omniture

CM.com Diiktiraf Pengusaha Utama dalam IDC MarketScape 2021 untuk Pasaran Platform Komunikasi sebagai satu Perkhidmatan (CPaaS) Seluruh Dunia

CM.com
2021-07-26 08:51 91

BREDA, Belanda, 26 Julai 2021 /PRNewswire/ -- CM.com (AMS: CMCOM), peneraju global bagi perisian awan untuk perdagangan perbualan, telah diberi kedudukan sebagai Pengusaha Utama dalam IDC MarketScape 2021 untuk Penilaian Vendor Platform Komunikasi sebagai satu Perkhidmatan Seluruh Dunia.

"Industri CPaaS terus menjadi salah satu industri yang paling pantas berkembang. Kami telah menyediakan penyelesaian perisian kepada beribu-ribu perniagaan global bagi memudahkan pengalaman pelanggan yang unggul," kata Jan Saan, ketua pegawai teknologi di CM.com.

"Kami berasa gembira dinamakan sebagai Pengusaha Utama dalam IDC MarketScape untuk Worldwide CPaaS. Satu pengiktirafan bahawa perisian untuk Perdagangan Perbualan kami, penyelesaian pemesejan dan pembayaran yang boleh dikonfigurasi dengan lapisan AI, menyokong perniagaan bagi keperluan penglibatan pelanggan mereka yang sedia ada dan akan datang."

Portfolio CM.com merangkumi pemesejan, suara, pembayaran dan API pengesahan. Platform Perdagangan Perbualan membolehkan perniagaan untuk berhubung dengan pelanggan merentas pelbagai saluran pemesejan seperti WhatsApp, Facebook Messenger dan Apple Business Chat, digabungkan dengan keupayaan pembayaran yang lancar melalui kaedah pembayaran dalam-aplikasi menerusi Apple Pay, WeChat Pay serta kad yang dapat memacu jualan dan memudahkan pengalaman pelanggan yang unggul.

IDC MarketScape menilai vendor platform CPaaS yang telah menjadi penginovasi dalam pasaran. Penilaian ini merangkumi vendor yang menawarkan berbilang API, termasuk SMS, suara, pengesahan berkaitan, dan pembayaran, memproses sekurang-kurangnya satu bilion transaksi API pada tahun 2020.

Latar Belakang IDC MarketScape

Model penilaian vendor IDC MarketScape direka bentuk untuk memberi gambaran keseluruhan mengenai kecergasan kompetitif pembekal ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dalam pasaran tertentu. Kaedah penyelidikan menggunakan kaedah penskoran yang ketat berdasarkan kriteria kualitatif dan kuantitatif yang menghasilkan gambaran grafik tunggal bagi setiap kedudukan vendor dalam pasaran tertentu. IDC MarketScape menyediakan rangka jelas yang melaluinya tawaran produk dan perkhidmatan, keupayaan dan strategi serta faktor-faktor kejayaan pasaran semasa dan akan datang bagi vendor IT dan telekomunikasi dapat dibandingkan secara bermakna. Rangka tersebut turut memberi penilaian 360-darjah kepada pembeli teknologi mengenai kekuatan dan kelemahan vendor semasa dan prospektif.

Latar Belakang CM.com

CM.com (AMS: CMCOM) ialah peneraju global bagi perisian awan untuk perdagangan perbualan yang membolehkan perniagaan menyampaikan pengalaman pelanggan yang unggul. Platform komunikasi dan pembayaran ini memperkasa pemasaran, penjualan dan sokongan pelanggan untuk mengautomasikan penglibatan dengan pelanggan dalam pelbagai saluran mudah alih, digabungkan dengan keupayaan pembayaran lancar yang memacu jualan, memperoleh pelanggan dan meningkatkan kegembiraan pelanggan.

Source: CM.com
Related Stocks:
EuronextAmsterdam:CMCOM
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics