omniture

PRT lancar 173 Pemasangan Topang Lengkap untuk APAC

PRT (Performance Ride Technology)
2021-07-26 09:05 126

BUFORD, Georgia dan SINGAPURA, 26 Julai 2021 /PRNewswire/ -- PRT, jenama global yang terkemuka untuk Hentakan Automotif, Topang dan Pemasangan Topang Lengkap, terus menambah kepada portfolio produknya yang luas untuk Asia-Pasifik dengan pelancaran 173 pemasangan topang yang lengkap untuk kenderaan ringan, SUV dan pikap.

PRT lancar 173 Pemasangan Topang Lengkap untuk APAC
PRT lancar 173 Pemasangan Topang Lengkap untuk APAC

Barisan produk baharu ini, yang memberi penambahan kepada portfolio PRT dengan 2,700 produk berkualiti OEM, disesuaikan untuk beberapa model kenderaan yang paling popular dan terbaharu di rantau ini seperti Ford Transit, Hyundai Santa Fe dan Jeep Commander. Turut disediakan ialah pemasangan baharu untuk Kia Sorento dan Honda Civic.

Berdasarkan kepada kajian antarabangsa, industri bahagian alat ganti di Asia-Pasifik dijangka meningkat dalam beberapa tahun akan datang dan produk baharu ini mengesahkan kedudukan PRT sebagai peneraju trend yang sentiasa mendengar maklum balas pengguna.

"Kami ingin mengikuti trend pertumbuhan ini selepas pandemik ini dan terus menawarkan semua pelanggan kami dengan produk alat ganti berkualiti OEM dan harga berdaya saing untuk kenderaan mereka," kata Bruno Bello, Pengurus Kategori dan Pemasaran di PRT.

Pemasangan topang lengkap yang baharu daripada PRT merupakan sebahagian daripada katalog produk jenama ini yang menampilkan silinder, pelekap dan lelengan kerja yang lancar dan dibuat khusus untuk pelbagai kenderaan bagi menjamin keserasian dan prestasi yang tinggi.

Produk-produk ini merupakan penyelesaian pakej semua-dalam-satu dengan komponen berkualiti OEM direka bagi menggantikan topang biasa dan plat galas dalam satu unit pra-pasang dan turut mengintegrasikan spring gegelung, penutup habuk dan tempat duduk spring. Ini menjadikan pemasangan topang yang lengkap mudah dipasang dan dapat menjimatkan masa pembaikan pelanggan dan klien sehingga 50% berbanding dengan penyelenggaraan topang biasa.

"Sebagai pembekal OEM, PRT terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan produk baharu. Barang-barang baharu ini berperanan untuk memperluas jangkauan dan liputan aplikasi kami untuk industri bahagian alat ganti APAC," tambah Bello.

Latar Belakang PRT 

PRT (Performance Ride Technology) telah beroperasi selama lebih daripada 25 tahun dan memiliki kehadiran utama di lebih 67 negara. PRT mengeluarkan alat ganti yang dapat digunakan dalam hampir semua jenis kenderaan, bermula daripada kereta, hinggalah SUV, malah trak. PRT diperakui oleh ISO dan mematuhi standard kualiti paling ketat untuk pengeluar kereta.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi khidmat hubungan pelanggan PRT dengan menelefon +66 (61) 541-5546 atau emel: ann.budsamalee@add-asia.com. Anda juga boleh mengunjungi laman sesawangnya www.prtautoparts.com.

Ikuti halaman media sosial PRT:

  • facebook.com/prtautoparts  
  • instagram.com/prtautoparts 
  • twitter.com/prt_autoparts  
  • pinterest.com/prtautoparts
Source: PRT (Performance Ride Technology)
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation New products/services