omniture

China Oceanic Development Foundation - Pelajari Tentang Lautan, Bekerja di Laut: Kisah Pusat Laut Pintar ASEAN-China

China Oceanic Development Foundation
2021-07-26 09:40 102

BEIJING, 26 Julai 2021 /PRNewswire/ -- "Saya tidak akan melupakan detik apabila saya menjejakkan kaki di Tianjin University. Waktu yang saya luangkan di Tianjin University ialah satu episod penting kehidupan saya yang mana saya telah menimba pengetahuan dan persahabatan. Walaupun terkesan dengan epidemik Covid-19 dalam tahun 2020, kami masih menyertai Pertandingan Filem Pelajar 'Learning about Ocean' China-ASEAN dalam talian. Kami berdua telah banyak belajar daripada pertandingan ini dan akan terus mengekalkan pengalaman ini dalam memori kami selama-lamanya," Annisa dan Gustiana, dari Sumatra Institute of Technology di Indonesia, berkata dengan penuh semangat.

Apa yang mereka katakan adalah yang biasa dikatakan oleh peserta pertandingan ini. Berpusatkan pada tema "Mempelajari tentang Lautan", pertandingan ini diadakan oleh Pusat ASEAN-China Smart Ocean Center (ACSOC) untuk siswazah Cina dan ASEAN. Sepuluh istilah yang berkaitan dengan lautan telah diberikan, dan peserta akan memilih satu sebagai topik tematik untuk penghasilan video mereka. Di sepanjang pertandingan selama empat bulan ini, lebih daripada seratus pelajar dari 23 universiti di 5 negara mengambil bahagian secara aktif dalam pertandingan ini. Sehingga 11 Oktober 2020, 69 penyertaan telah diterima. Tambahan lagi, penganjur menjemput profesor yang terkenal untuk menjadi juri, seperti Profesor Yuen Kum Fai dari Nanyang Technological University dan Profesor Xiaoqi Zeng dari Ocean University of China, antara lain.  

"Sains popular ialah cara yang penting dalam menyebarkan pengetahuan mengenai lautan. Pertandingan filem pelajar ini bukan hanya satu cara yang berkesan untuk menyebarkan pengetahuan marin, malah juga berfungsi sebagai platform antarabangsa untuk pelajar Cina dan ASEAN berinteraksi dan belajar daripada satu sama lain," kata Lam Wei Haur, anggota ASEAN Academy of Engineering and Technology.

Pertandingan filem ini hanyalah contoh unggul persahabatan dan kerjasama antara universiti-universiti Cina dan ASEAN. Pada 17 Jun 2019, Program Kursus Inovasi Pelajar Antarabangsa China-ASEAN Smart Ocean telah dimulakan di Tianjin University. Program ini telah menarik 27 pelajar dari Indonesia, Thailand dan Kemboja.

Semasa kursus, Tianjin University menganjurkan beberapa lawatan dan perjumpaan sosial untuk pelajar-pelajar antarabangsa. Pada 30 Ogos 2019, Tianjin University mengadakan pesta alu-aluan di Fakulti Sains dan Teknologi Marin untuk peserta program ini. Para pelajar dari pelbagai negara turut serta dalam menyanyikan Jasmine, sebuah lagu rakyat Cina. Diiringi oleh gitar, pelajar-pelajar dari Indonesia mempersembahkan lagu Leaving on a Jet Plane.

Indonesian students sang songs at the party
Indonesian students sang songs at the party

Sejak ia bermula tiga tahun lalu, program ini telah menyediakan lebih tujuh puluh pelajar dari negara-negara ASEAN dengan kursus-kursus lanjutan mengenai pengetahuan dan teknologi marin. Thanirin, pelajar dari Mahidol University di Thailand, berkata: "Saya berasa selesa dari hari pertama saya tiba di China. Saya amat gembira kerana dapat menyertai program yang menarik ini, kerana ia membantu saya bukan hanya mendalami sains marin, malah juga mengalami keindahan China secara peribadi."

ACSOC juga berusaha untuk merancang rangka kerja kolaboratif antarabangsa dalam penyelidikan saintifik, budaya sukan dan latihan bakat. Dalam bulan November 2019, lebih 100 atlit dari 7 universiti domestik dan luar negara turut serta dalam Pertandingan Dinamometer Dayung dalam Perlumbaan Mendayung Universiti-Universiti China-ASEAN. Dalam Ujian Masa 500 meter Wanita, Supawadee Roopmoh dari Mahidol University di Thailand memenangi hadiah pertama dengan catatan masa 1 minit 44.8 saat. Dalam proses mengalami budaya mendayung dan penglibatan dalam sukan-sukan kompetitif, para pelajar dari pelbagai negara meningkatkan kesefahaman bersama dan menjalin ikatan yang kuat antara satu sama lain.

ACSOC terus berusaha mengajak lebih ramai anak muda untuk bekerja di laut untuk mempromosi pertukaran budaya dan dialog antara rakyat China dan negara-negara ASEAN. Pada 22 September, Program Praktikal ASEAN-China Smart Ocean mengadakan majlis pembukaan di Wilayah Shaanxi. Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dari wilayah pedalaman yang kurang maju dengan latihan maritim profesional, melatih mereka untuk menjadi pelaut yang berkelayakan, dan merangsang pembangunan ekonomi dan kerjasama perdagangan ASEAN-China.

Bagi pihak semua rakan sekelas, Du Fuqiang memberikan kain rentang sutera kepada Tianjin University untuk menyatakan penghargaan mereka. "Terima kasih kepada program ini, saya kini berpeluang untuk menjadi kelasi dan melihat dunia yang berbeza. Pekerjaan ini juga akan membantu meningkatkan kehidupan keluarga saya," kata Du Fuqiang.

Menurut rancangan latihan ini, mereka yang memenuhi standard program ini akan direkrut oleh syarikat-syarikat perkapalan terkenal dengan gaji bulanan tidak kurang daripada $1600.

Mempelajari tentang lautan membantu orang memahami kepentingan laut dan mengeratkan kerjasama antara negara-negara ASEAN dan China; bekerja di laut membantu anak muda meneroka lautan dan mengukuhkan ikatan antara negara-negara ASEAN dan China. "Kini, ACSOC telah menjadi kad penting bagi China dalam komunikasi dengan negara-negara ASEAN. ACSOC akan bekerja lebih kuat dalam bidang pendidikan, inovasi teknologi dan pembinaan kumpulan pemikir untuk membina komuniti maritim dengan masa depan yang dikongsi," kata Delu Pan, anggota Chinese Academy of Engineering.

Source: China Oceanic Development Foundation
Keywords: Education Higher Education Maritime/Shipbuilding Publishing/Information Service Transportation