omniture

H3C Jalin Kerjasama dengan Maxmulia Holdings Perkasa Perusahaan dengan Penyelesaian Perlindungan Data

H3C
2021-07-26 13:23 82

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Julai 2021 /PRNewswire/ -- H3C, peneraju bagi penyelesaian digital, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan Maxmulia Holdings Sdn Bhd, pengedar tempatan bagi penyelesaian ketersediaan data, untuk melancarkan pakej-pakej penyelesaian perlindungan data yang menampilkan syarikat-syarikat yang terkemuka dalam industri, Arcserve dan NaviClouDR. Himpunan penyelesaian tersebut direka bentuk untuk membantu perusahaan dengan pencegahan kehilangan data serta pemulihan fail, sistem dan pangkalan data penting, bagi memastikan operasi perniagaan yang lancar sepanjang masa.

H3C Jalin Kerjasama dengan Maxmulia Holdings Perkasa Perusahaan dengan Penyelesaian Perlindungan Data
H3C Jalin Kerjasama dengan Maxmulia Holdings Perkasa Perusahaan dengan Penyelesaian Perlindungan Data

Pakej Perkakas Deduplikasi Sandaran Arcserve dan Perkakas Tidak Berubah Semua-dalam-Satu (AIO) Pejabat Jarak Jauh (ROBO) NaviClouDR dikuasakan oleh pelayan atau server H3C, R4700G3, yang membantu perusahaan dengan kecekapan pusat data dan menyampaikan prestasi pengkomputeran tinggi untuk aplikasi-aplikasi intensif. Di samping itu, pakej-pakej penyelesaian tersebut bertujuan untuk membantu perusahaan melindungi data mereka yang kritikal untuk perniagaan serta meningkatkan prestasi replikasi dengan penyulitan data yang selamat. Sebagai pelayan sokongan, H3C mampu membantu perusahaan memulihkan data mereka yang hilang dalam beberapa minit.

Perlindungan data telah menjadi semakin penting ekoran COVID-19 dengan data memainkan peranan yang besar dalam operasi perniagaan. Menurut Laporan Barometer Pengarah Lembaga Asia Pasifik 2021[1], satu tinjauan yang dijalankan baru-baru ini oleh Tricor Group dan Financial Times Board Director Programme, laporan tersebut menyimpulkan bahawa 83% pengarah di seluruh dunia berkata mereka prihatin akan risiko keselamatan data yang masih berlaku. Di Malaysia, kurang daripada 45% pengarah telah mengambil langkah berjaga-jaga yang khusus. Menyedari keprihatinan yang timbul terhadap kebanyakan lembaga syarikat di Malaysia, H3C komited untuk membantu perusahaan Malaysia dalam perjalanan pendigitalisan mereka.

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, Rockies Ma, Pengurus Besar Negara H3C Malaysia, berkata, "Penyelesaian perlindungan data mengurus dan melindungi data perniagaan kritikal merentas sistem dan aplikasi, dalam persekitaran fizikal mahupun maya. Kami percaya penyelesaian perlindungan data yang berkesan penting bagi perusahaan hari ini untuk beradaptasi dengan permintaan yang semakin berkembang terhadap data raya yang membantu membuat keputusan perniagaan yang tepat. Justeru itu, kami berbangga dapat bekerjasama dengan Maxmulia bagi menyediakan portfolio lengkap penyelesaian perlindungan dan pemulihan data kelas-perusahaan kepada perusahaan Malaysia. Hasilnya, kami benar-benar yakin untuk membawa produk dan penyelesaian yang terbaik kepada pengguna akhir kami di Malaysia."

Kemasukan terkini Maxmulia ke dalam ekosistem rakan kongsi H3C memperhebatkan misi H3C untuk membawa amalan terbaiknya bagi memperkasa perusahaan Malaysia dengan penyelesaian perlindungan data. Di bawah inisiatif MyDIGITAL, H3C akan terus meningkatkan pelaburan dalam pembangunan pasaran tempatan dan bekerjasama erat dengan rakan kongsi ekologi untuk terus mengoptimumkan susun atur pasaran Malaysia bagi membantu pelanggan tempatan menyedari kepentingan penyelesaian perlindungan data untuk perniagaan serta menyumbang kepada matlamat negara untuk mencapai Revolusi Perindustrian 4.0.

Latar Belakang H3C 

H3C ialah peneraju industri bagi penyediaan Penyelesaian Digital dan komited untuk menjadi rakan kongsi pelanggan kami yang paling dipercayai dalam usaha mereka ke arah inovasi perniagaan dan transformasi digital. H3C menawarkan portfolio penuh produk Infrastruktur Digital, mencakupi pengkomputeran, penyimpanan, perangkaian, sekuriti dan domain berkaitan serta menyediakan platform digital sehenti yang komprehensif termasuk pengkomputeran awan, data raya, kesalinghubungan, sekuriti maklumat, keselamatan baharu, Internet Pelbagai Benda (IoT), pengkomputeran pinggir, kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian 5G, selain perkhidmatan teknikal hujung-ke-hujung.

Untuk maklumat lanjut mengenai H3C, sila kunjungi http://www.h3c.com/en/

 

Source: H3C
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements