omniture

CGTN Think Tank Keluarkan Laporan Analisis mengenai Keadaan Global Pandemik COVID-19

CGTN
2021-07-27 03:09 174

BEIJING, 27 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Memandangkan penularan pandemik COVID-19 di dunia masih belum reda, CGTN Think Tank mengeluarkan satu Laporan Analisis mengenai Keadaan Global Pandemik COVID-19 ("Laporan") dengan mendapatkan data daripada laman sesawang Johns Hopkins University, Our World in Data and Pharmaceutical Technology yang masih belum diproses secara komprehensif, menganalisis literatur penyelidikan daripada komuniti akademik dan merujuk kepada impak pandemik ke atas pembangunan ekonomi dan sosial global serta saranan mengenai pencegahan dan kawalannya daripada pakar-pakar kesihatan awam yang tersohor. Laporan ini mengumpul data mengenai langkah-langkah pencegahan dan kawalan pandemik dalam 51 negara sampel untuk menghasilkan senarai kedudukan sebagai cara untuk mencerminkan keadaan kawalan pandemik semasa di negara-negara ini. Ia memfokuskan peri pentingnya agar negara-negara mementingkan keselamatan diri, kestabilan sosial dan alam sekitar, dan oleh yang demikian memberi idea dan hala tuju kepada negara-negara di seluruh dunia untuk memerangi pandemik ini.

Laporan ini menganalisis dan menilai keadaan semasa pencegahan dan kawalan pandemik di 51 negara berdasarkan lima petunjuk termasuk jumlah keseluruhan kes yang disahkan, jumlah kes yang baru disahkan, jumlah keseluruhan kematian, jumlah pemberian vaksin dan kitaran penuh bermula daripada tercetusnya pandemik hingga keadaan terkawal setakat 14 Julai.

Data tersebut menunjukkan bahawa Amerika Syarikat menunjukkan prestasi paling buruk dalam tiga daripada lima petunjuk statistik. A.S. mencatatkan lebih 34 juta kes yang disahkan secara keseluruhan, iaitu yang tertinggi di dunia dan lebih 600,000 kematian secara keseluruhan, juga yang tertinggi di dunia dan jumlah hari dengan kurang daripada 5,000 kes baharu harian dalam kitaran penuh bermula daripada tercetusnya pandemik hingga keadaan terkawal hanya 62, masih yang terburuk antara negara-negara sampel.

Menurut data tersebut, keadaan di negara-negara utama Eropah tidak memberangsangkan. Apabila melihatkan jumlah keseluruhan kes yang disahkan dan kes kematian, Perancis, UK dan Itali kesemuanya berada di kedudukan yang tinggi.

Data tersebut menunjukkan bahawa sesetengah negara Asia menunjukkan prestasi yang baik dalam pencegahan dan kawalan pandemik hasil daripada langkah-langkah yang berkesan seperti larangan masuk, kuarantin dan ujian yang ketat di sempadan. China mencatatkan jumlah kes baharu disahkan yang paling rendah antara negara-negara sampel dan jumlah pemberian vaksin tertinggi di dunia; Singapura dan Vietnam berada di kedudukan bawah antara semua negara sampel bagi jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19; dan Korea Selatan telah menyesuaikan tahap tindak balas pandemik tepat pada masanya, menghasilkan 537 hari dengan kurang daripada 5,000 kes baharu harian.

Dari segi jumlah pemberian vaksin, China ialah salah satu daripada segelintir negara sedang membangun yang mencatatkan jumlah tertinggi pemberian vaksin COVID-19 lantaran keupayaannya membangunkan dan mengeluarkan vaksinnya sendiri. Ketika ini, lebih 1.4 bilion dos vaksin COVID-19 telah diberikan di China. China turut membekalkan lebih daripada 500 juta dos vaksin COVID-19 dan penyelesaian stok ke lebih daripada 100 negara dan organisasi antarabangsa di seluruh dunia, bersamaan dengan satu perenam daripada jumlah pengeluaran vaksin global. Walau bagaimanapun, statistik juga mendedahkan bahawa perkembangan pemberian vaksin di negara-negara sedang membangun jauh lebih buruk daripada negara-negara maju lantaran ketidaksamaan yang teruk dari segi pengagihan vaksin global. Negara-negara dengan rekod pemberian vaksin yang buruk seperti Vietnam dan Iraq masih jauh daripada mencapai imuniti kelompok ekoran pelbagai batasan seperti perkhidmatan kesihatan yang lemah dan pengumpulan vaksin oleh negara-negara maju yang tertentu.

Polarisasi dari segi jumlah kes yang disahkan, jumlah kematian dan jumlah individu yang diberi vaksin di negara-negara dan wilayah-wilayah berbeza di dunia, seperti yang ditunjukkan oleh statistik objektif, amat berkait rapat dengan dasar dan langkah pencegahan serta kawalan pandemik negara dan mengetengahkan peranan penting yang dimainkan oleh kerajaan sesebuah negara dalam pencegahan serta kawalan pandemik.

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Acquisitions, mergers, takeovers Survey, Polls & Research Trade policy Trade show news