omniture

CloudMile kumpul US$10 juta buka pasaran AI dan awan di Malaysia

CloudMile, pemenang anugerah Rakan Kongsi Sektor Awam Terbaik Tahunan - APAC Google Cloud 2020, baru-baru ini melantik individu semakin menonjol dalam industri IT Lester Leong untuk memimpin perniagaan Malaysia
CloudMile
2021-07-27 03:23 91

SINGAPURA, 27 Julai 2021 /PRNewswire/ -- CloudMile, syarikat awan dan AI yang terkemuka di Asia, hari ini mengumumkan bahawa ia berjaya mengumpul sebanyak US$10 juta dalam pendanaan Siri B untuk membuka pasaran AI dan awan di Malaysia. Sejak penubuhan CloudMile pada tahun 2017, syarikat ini beroperasi di seluruh Asia menerusi pejabat Taiwan, Hong Kong dan Singapura miliknya, membantu lebih daripada 400 syarikat dalam 20 industri berhubung transformasi digital.

Baru-baru ini, CloudMile merekrut bekas Pengurus Besar syarikat gergasi pengedaran IT Ingram Micro, Lester Leong sebagai pengurus negara CloudMile Malaysia.
Baru-baru ini, CloudMile merekrut bekas Pengurus Besar syarikat gergasi pengedaran IT Ingram Micro, Lester Leong sebagai pengurus negara CloudMile Malaysia.

"Pasaran ini optimis dengan AI dan teknologi awan, kami melabur di Malaysia untuk mencari bakat teknologi baharu dan meluaskan hala tuju perniagaan di hab digital ASEAN," kata Spencer Liu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CloudMile.

Sebagai pemenang anugerah Rakan Kongsi Sektor Awam Terbaik Tahunan - APAC Google Cloud 2020, CloudMile juga berkelayakan sebagai Penyedia Perkhidmatan Terurus Google Cloud dengan empat pengkhususan profesional: Pembelajaran Mesin, Infrastruktur, Analitik Data dan Penghijrahan Awan. Syarikat ini telah diiktiraf oleh ekosistem Google Cloud kerana membantu pelanggan dalam pelbagai industri termasuk sektor awan bagi mencapai transformasi digital.

Untuk terus melebarkan sayapnya ke dalam pasaran S.E.A., baru-baru ini, CloudMile merekrut bekas Pengurus Besar syarikat gergasi pengedaran IT Ingram Micro, Lester Leong sebagai pengurus negara CloudMile Malaysia.

Sebelum menyertai CloudMile, Lester merupakan Pengurus Besar Keselamatan Siber dan DC Moden untuk Ingram Micro di mana beliau berkhidmat selama 10 tahun terakhir dalam kerjaya beliau. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Ingram, beliau berjaya memimpin syarikat berkenaan untuk mencapai inisiatif transformasi strategik mereka bagi menjadi sebuah organisasi keselamatan siber berpandukan awan yang bertaraf dunia.

Dipertanggungjawabkan untuk mengurus operasi CloudMile di Malaysia, beliau diharapkan agar dapat menerajui semua inisiatif awan, analitik, pembelajaran mesin dan AI. Beliau juga akan memainkan peranan untuk mengatur operasi CloudMile sepenuhnya di Kuala Lumpur diikuti dengan perkhidmatan bersama, penyelidikan dan pembangunan (R&D) & pusat sokongan untuk wilayah berkenaan.

"Saya teruja dapat menyertai pasukan CloudMile dengan misi untuk membantu pelanggan menyelesaikan semua masalah IT mereka dengan mencapai transformasi digital dengan menerima dan mengguna pakai pendekatan awan, analitik, pembelajaran mesin dan AI," kata Leong. Tanggungjawab beliau yang lain termasuk meluaskan ekosistem rakan kongsi, merangkumkan akaun perusahaan besar, membina kerjasama dengan sektor awam dan organisasi pendidikan serta mengembangkan akaun korporat.

Leong akan bekerjasama erat dengan Google Cloud untuk memacu inovasi dalam pasaran S.E.A. menurut visi CloudMile untuk menjadi No.1 dalam analitik, pembelajaran mesin dan peneraju AI untuk rantau ini.

Latar Belakang CloudMile 

CloudMile, sebuah syarikat AI dan teknologi awan yang terkemuka di Asia, memfokuskan transformasi digital untuk pelanggan korporatnya dan memacu pertumbuhan. Memanfaatkan pembelajaran mesin dan analisis data raya, CloudMile membantu lebih 400 syarikat korporat pelanggan dengan ramalan perniagaan dan penaiktarafan industri. CloudMile telah meraih lebih 120 akreditasi dengan lebih 60 pensijilan profesional Google Cloud. Sebagai Rakan Kongsi Utama Google Cloud, CloudMile berkelayakan untuk Pengkhususan Pembelajaran Mesin, Pengkhususan Analitik Data, Pengkhususan Penghijrahan Awan dan Pengkhususan Infrastruktur. Pada tahun 2020, CloudMile menjadi Penyedia Perkhidmatan Terurus (MSP) Google Cloud pertama Taiwan dan Rakan Kongsi Sektor Awam Terbaik Tahunan di rantau APAC.

Laman Sesawang: https://www.mile.cloud/

Maklumat Perhubungan

Cathy Lin | Pengarah Pemasaran|Cathy.lin@mile.cloud | +886-920-994-299

Source: CloudMile
Keywords: Computer/Electronics Corporate Expansion Personnel announcements Venture Capital Data Analytics