HONG KONG, 27 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Sangfor Technologies berbangga mengumumkan pembentangan mereka – Don't Dare to Exploit - An Attack Surface Tour of SharePoint Server (Jangan Mencuba Eksploitasi – Jelajah Permukaan Serangan Pelayan SharePoint) – di DEFCON 29 di Las Vegas pada 7 Ogos 2021, menggariskan beberapa permukaan serangan SharePoint yang tidak diketahui sebelum ini, mitigasi terhadap permukaan serangan ini dan bagaimana mitigasi ini dapat dipintas. Eksploitasi akan didemonstrasikan semasa pembentangan selama 45 minit ini. – di DEFCON 29 di Las Vegas pada 7 Ogos 2021, menggariskan beberapa permukaan serangan SharePoint yang tidak diketahui sebelum ini, mitigasi terhadap permukaan serangan ini dan bagaimana mitigasi ini dapat dipintas. Eksploitasi akan didemonstrasikan semasa pembentangan selama 45 minit ini.
Pembentangan ini, dibentangkan oleh ahli-ahli Sangfor BlueOps Yuhao Weng dan Zhiniang Peng, bersama dengan penyelidik Keselamatan Rangkaian Steven Seeley, dipilih dari beribu-ribu yang hantar kepada DEFCON, akan menjelaskan mengenai seni bina keselamatan pelayan Microsoft SharePoint dan sejauh mana ia berbeza daripada produk Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) popular yang lain. Dari perspektif serangan, ia akan mendedahkan beberapa permukaan serangan, mitigasi yang akan dilaksanakan terhadapnya dan bagaimana mitigasi berkenaan boleh dipintas. Beberapa kerentanan yang berimpak tinggi (termasuk CVE-2021-24072, CVE-2020-17120 dan CVE-2020-17017) akan dibincangkan bagi untuk memperincikan penemuan serangan dan eksploitasi mereka.
SharePoint ialah CMS paling terkenal dan digunakan untuk berkongsi dan mengurus kandungan dalam organisasi-organisasi bagi memudahkan kolaborasi pasukan. Kerentanan hari-sifar yang dieksploitasi oleh penyerang siber untuk mendapat akses pentadbiran ke rangkaian untuk mencuri data atau bagi penyusupan dan jangkitan selanjutnya terhadap rangkaian.
DEFCON ialah perhimpunan penggodam yang terbesar dari seluruh dunia, diadakan setiap tahun di Las Vegas, Nevada dan dihadiri oleh ahli profesional keselamatan, wartawan, penyelidik, pelajar, penguatkuasa undang-undang yang terbaik di dunia dan penggodam.
Pasukan Sangfor BlueOps
Sangfor BlueOps , ujian keselamatan pertahanan Sangfor yang sangat mahir atau pasukan biru, berkhidmat untuk meningkatkan strategi pengesanan dan pertahanan serangan kepada semua penyelesaian keselamatan Sangfor. Pasukan keselamatan yang berpengalaman merupakan individu yang sangat penting dalam dunia keselamatan siber, mengikuti aliran ancaman siber dan kerentanan yangbaru dan berterusan. Pasukan Sangfor BlueOps bertanggungjawab untuk memastikan perusahaan mempunyai alat yang diperlukan oleh mereka untuk bertindak balas dengan berkesan, mengenal pasti ancaman dengan cepat dan memastikan agar perisian dan pengguna mereka selamat dan produktif.
Latar Belakang Sangfor Technologies
Sangfor ialah vendor global yang terkemuka bagi penyelesaian infrastruktur IT dan keselamatan yang mengkhusus dalam Keselamatan Siber dan Pengkomputeran Awan.
Untuk maklumat lanjut mengenai pembentangan Sangfor, atau mengenai rangkaian penyelesaian keselamatan Sangfor seperti NGFW & NDR, kunjungi Laman Web Site atau halaman media sosial kami.
Nikmati penggunaan PERCUMA VMware ESXi versi Sangfor Next Generation Application Firewall dengan VPN percuma perlindungan terminal Endpoint Secure, penyelesaian keseluruhan untuk rangkaian yang selamat dengan pekerja jarak jauh. Mohon sekarang.
Hubungan Media
Sunny Sun
marketing@sangfor.com
+86 755-8656 0605