SINGAPURA, 27 Julai 2021 /PRNewswire/ -- FUJIFILM Business Innovation Corp. melancarkan dua model pencetak produksi di bawah jenama Revoria baharunya: Revoria Press PC1120, pencetak produksi berwarna untuk pasaran pencetakan profesional canggih dan Revoria Press Siri E1, pencetak produksi monokrom untuk pencetakan atas-permintaan bagi kegunaan profesional dan pejabat. Kedua-dua model baharu ini akan dijual secara berturutan[Nota 1] mulai 27 Julai di rantau Asia Pasifik.
Nama jenama baharu Revoria diperoleh daripada gabungan antara "revolusi" dan akhiran "-ia" yang bermaksud negara atau tanah. Dengan merevolusikan perniagaan pencetakan produksi, syarikat ini menyasarkan untuk mengusahakan "tanah" baharu dan mencipta nilai yang belum pernah terjadi sebelum ini. Nama jenama ini juga menggabungkan "kelahiran semula", "pembaharuan semula" dan "penambahbaikan", maka ejaan Revo"r"ia dengan "r" dan bukannya Revo"l"ia dengan "l"; menunjukkan kesungguhan syarikat untuk dilahirkan semula ke tahap baharu. Logo jenama menggambarkan seekor burung terbang tinggi melintasi tanah yang subur menuju matahari terbit dan ini melambangkan penerbangan berterusan pelanggan kami menuju kejayaan dengan FUJIFILM Business Innovation.
Di bawah jenama Revoria baharu, FUJIFILM Business Innovation akan menyediakan pelanggan dengan rangkaian penyelesaian pencetakan produksi yang merangkumi pencetak produksi, pelayan cetakan berkaitan dan perisian aliran kerja cetakan.
[Memperkenalkan Revoria PressTM PC1120]
Membantu syarikat-syarikat pencetakan dalam pengembangan perniagaan dan peningkatan produktiviti mereka dengan aplikasi baharu, AI dan teknologi automasi.
Revoria Press(TM) PC1120 membantu mengembangkan perniagaan anda, meningkatkan produktiviti dengan aplikasi baharu, AI dan teknologi automasi.
[Memperkenalkan Revoria PressTM Siri E1]
Membawakan aplikasi monokrom ke tahap seterusnya dengan kualiti imej yang cemerlang dan rangkaian aplikasi lebih luas.
Revoria Press(TM) Siri E1 membawa aplikasi monokrom ke tahap selanjutnya dengan kualiti imej yang cemerlang dan rangkaian aplikasi yang lebih luas.
[Acara Dalam Talian: Webinar "Revolusi dalam Cetakan"[Nota8] FUJIFILM Business Innovation]
Terokai peranan pencetakan digital dalam komunikasi pelanggan dan bagaimana pencetakan digital berkembang ke pasaran baharu, bagaimana CMYK+ menyumbang kepada evolusi perniagaan anda dan melalui kejayaan terkini FUJIFILM Business Innovation – Siri Revoria Press. Sila daftar di sini.
Nota 1: Sila semak dengan pejabat FUJIFILM Business Innovation tempatan anda mengenai ketersediaan model. |
Nota 2: Pilihan |
Nota 3: Pengagregatan Emulsi (EA) |
Nota 4: Hanya boleh didapati di Tanah Besar China, Hong Kong, Singapura dan Vietnam |
Nota 5: Revoria Press E1136/E1136 P, A4 mendatar |
Nota 6: Low Gloss Kuro (LGK) |
Nota 7: Tidak termasuk model pencetak untuk pencetakan data misi kritikal (Revoria Press E1136P/E1125P/E1110P) |
Nota 8: Pendaftaran awal diperlukan untuk menghadiri "Webinar Revolusi dalam Cetakan" |
Latar Belakang FUJIFILM Business Innovation
FUJIFILM Business Innovation komited untuk terus menawarkan inovasi kepada perniagaan di seluruh dunia bagi membantu memaksimumkan kekuatan organisasi mereka. Kami telah mempelopori pelbagai teknologi dan mengumpul kepakaran sejak penubuhan kami sebagai Fuji Xerox pada tahun 1962 untuk membina persekitaran yang menggalakkan penggunaan daya kreativiti seseorang dengan menggunakan maklumat dan pengetahuan secara berkesan. Portfolio kami termasuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan pencetak berbilang fungsi, pencetak pengeluaran dan penyelesaian IT bertaraf dunia selain perkhidmatan penyumberluaran proses perniagaan.
Pada 1 April 2021, FUJIFILM Business Innovation menukar namanya daripada Fuji Xerox kepada nama yang merangkumkan komitmennya untuk terus maju sebagai sebuah syarikat yang sentiasa memburu inovasi perniagaan. FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific ialah ibu pejabat serantau syarikat global, FUJIFILM Business Innovation, yang menyediakan sokongan korporat dan perkhidmatan bersama untuk rantau Asia Pasifik.