omniture

Bigo Live Membawa Pasar Malam ke Rumah dengan "Bigo Pasar Malam"

Bigo Live
2021-07-27 11:00 87

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Bigo Live, platform penyiaran langsung global yang terkemuka, menjemput rakyat Malaysia untuk menikmati suasana riuh-rendah pasar malam secara maya melalui Bigo Pasar Malam, sebuah acara e-dagang dalam talian pertama platform tersebut. Membawakan 50 penyiar Bigo Live sendiri, acara istimewa tersebut diadakan pada 23 dan 30 Julai 2021 dan berlangsung dari 8 -10 malam, menawarkan produk-produk seperti pakaian, snek, gajet, aksesori, perkakas rumah selain kosmetik dan produk penjagaan kulit, antara pelbagai kategori yang ditawarkan.

 

Bigo Live Membawa Pasar Malam ke Rumah dengan "Bigo Pasar Malam"
Bigo Live Membawa Pasar Malam ke Rumah dengan "Bigo Pasar Malam"

Bigo Pasar Malam dapat diakses melalui tab Pasar Malam yang dicipta di platform tersebut khusus untuk acara ini. Melalui tab ini, pengguna boleh menikmati pelbagai produk yang dijaja hos yang mengambil bahagian dalam Bigo Pasar Malam. Pengguna Bigo Live juga berpeluang untuk mendapat diskaun daripada tawaran kombo istimewa, penghantaran percuma, hadiah percuma dan lebih banyak tawaran promosi apabila membeli daripada vendor-vendor Bigo Pasar Malam.

Sekatan pergerakan yang ekstensif telah mengubah cara rakyat Malaysia menjalani kehidupan mereka dan menjejaskan mata pencarian ramai penduduk. Dengan semangat #KitaJagaKita, Bigo Live berusaha untuk menjaga ekosistem pencipta kandungan yang semakin berkembang, dengan menawarkan saluran tambahan yang berdaya maju untuk menjana pendapatan tambahan serta memberi pendedahan untuk perniagaan mereka sendiri.

Bigo Live Membawa Pasar Malam ke Rumah dengan "Bigo Pasar Malam"
Bigo Live Membawa Pasar Malam ke Rumah dengan "Bigo Pasar Malam"

Bigo Pasar Malam juga merupakan acara yang pertama antara banyak pengaktifan e-dagang yang bertujuan untuk membantu masyarakat sekeliling. Menawarkan tawaran dan promosi terbaik kepada pengguna platform tersebut, acara berkenaan akan menghubungkan masyarakat setempat dan menyediakan kandungan menarik yang dapat dicapai dalam keselamatan dan keselesaan rumah masing-masing.

Untuk mengunjungi alam maya Bigo Pasar Malam, sila muat turun aplikasi Bigo Live di sini (iOSAndroid).

Latar Belakang Bigo Live

Bigo Live ialah salah satu komuniti sosial penyiaran langsung yang paling pantas berkembang di dunia yang membolehkan pengguna bersiaran pada masa sebenar untuk berkongsi detik-detik kehidupan, menunjukkan bakat mereka dan berinteraksi dengan orang ramai dari serata dunia. Bigo Live mempunyai sekitar 400 juta pengguna di lebih 150 negara dan kini merupakan peneraju pasaran dalam industri penyiaran langsung. Dilancarkan pada Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh BIGO Technology yang berpangkalan di Singapura.

Source: Bigo Live
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Multimedia/Online/Internet Retail Social Media Future Events