omniture

Suntikan Tindakan Panjang Pertama Frontier Biotechnologies (Aikening(R)) Dalam Regimen Dua Jenis Ubat Untuk HIV, Terbukti Selamat Dan Berkesan Untuk Pesakit

Frontier Biotechnologies
2021-07-27 11:19 62
  • Penemuan kajian TALENT (TALENT) yang dibentangkan di Persidangan Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS) yang ke-11 mengenai Sains HIV menunjukkan bahawa regimen dua jenis ubat sama berkesan dan selamat sebagaimana terapi berbilang ubat
  • TALENT ialah percubaan klinikal fasa III pertama di dunia bagi perencat campuran HIV-1 tindakan panjang yang baharu, Aikening® (nama generik: Albuvirtide [ABT]) dalam populasi Asia
  • TALENT mengkaji kombinasi dwi-terapi suntikan tindakan panjang yang baharu untuk merawat orang yang hidup dengan HIV (PLHIV) yang telah gagal dalam rawatan awal
  • ABT, perencat campuran baharu yang diberi seminggu sekali, merupakan suntikan tindakan panjang yang pertama dan satu-satunya yang tersedia sebagai regimen dua jenis ubat untuk pesakit yang pernah dirawat dengan replikasi HIV-1

BERLIN, 27 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Bersempena dengan Persidangan IAS mengenai sains HIV, Frontier Biotechnologies hari ini mengumumkan keputusan penting yang positif untuk kajian TALENT fasa 3 yang menunjukkan bahawa cabang rawatan dua jenis ubat berasaskan ABT adalah setanding dengan cabang rawatan tiga jenis ubat berasaskan lopinavir (LPV) (75.7% berbanding 77.3%).

Keputusan daripada kajian kawalan rambang, berlabel terbuka, berbilang pusat dan bukan inferior menunjukkan kejayaan pencapaian endpoint utama dengan jumlah pesakit yang memuaskan untuk regimen ABT dengan HIV RNA kurang daripada 50 salinan/mL pada 48 minggu. Ubat ini menunjukkan keberkesanan terhadap strain utama HIV, termasuk strain rintang.

Di samping itu, subjek yang mengalami kegagalan virologi pada minggu ke-48 tidak menunjukkan mutasi berkaitan rintangan dengan gp41 akibat rawatan. Penghalang genetik yang tinggi terhadap rintangan ABT+LPV/r bererti tiada rintangan selanjutnya yang terhasil terhadap agen-agen ini. Ini penting untuk mengelakkan daripada menjejaskan pilihan ubat pada masa akan datang untuk pesakit HIV yang pernah menerima rawatan ini.

Dr Dong Xie, Ketua Pegawai Saintifik, Pengerusi, Frontier Biotechnologies berkata, "IAS ialah mesyuarat yang paling berpengaruh di dunia berhubung sains HIV. Ia menerajui respons kolektif dalam setiap aspek komuniti HIV global. Frontier Biotechnologies berbesar hati untuk mengongsikan hasil kajian TALENT, melalui penyelidik, di mesyuarat yang berprestij ini. ABT+LPV/r (Albuvirtide berserta kombinasi Lopinavir penggalak) ialah regimen dua jenis ubat pilihan memandangkan ABT aktif terhadap kebanyakan strain HIV termasuk strain rintang dan mempunyai penghadang rintangan yang tinggi, manakala LPV/r tersedia secara meluas di China. Ini merupakan contoh mantap bagi kombinasi dua kelas ubat dengan mekanisme tindakan berbeza yang memberi kombinasi keberkesanan pelengkap. Dua NRTI digantikan dengan Aikening® sebagai teras dan pengekangan virus yang pantas dan berterusan dapat dicapai dalam kalangan pesakit yang gagal dalam rawatan awal."

Percubaan fasa 3 memilih secara rambang 418 pesakit; lebih daripada 25% pesakit merupakan wanita dan lebih daripada 70% pesakit mengalami rintangan terhadap sekurang-kurangnya dua kelas ubat. Di samping itu, kira-kira 25% pesakit mempunyai kiraan sel CD4 kurang daripada 100, menunjukkan penyakit HIV peringkat lanjut dengan imuniti yang sangat lemah, yang mengalami risiko tinggi terhadap penyakit oportunistik dan kematian. Dalam kata lain, ini merupakan populasi pesakit yang agak sukar untuk dirawat.

Dr. CJ Wang, Ketua Pegawai Eksekutif, Frontier Biotechnologies berkata, "Pengumuman hari ini menandakan satu pencapaian penting dalam usaha kami untuk mencipta rawatan suntikan tindakan panjang bagi PLHIV (Patients Living with HIV; Pesakit yang Hidup dengan HIV) yang pernah menerima rawatan dan pesakit AIDS yang kritikal dan dimasukkan ke hospital yang mempunyai pilihan terhad untuk rawatan antiretrovirus. ABT ialah ART tindakan panjang HIV baharu yang pertama ditemui di China dan kami berharap dapat bekerjasama dengan pengawal selia global serta komuniti perubatan HIV untuk membawa ABT kepada lebih ramai PLHIV yang memerlukannya dengan secepat mungkin."

Peratusan subjek HIV RNA <400 salinan/mL yang dirawat pada 48 minggu masing-masing ialah 88.1% dan 85.4% dan beban virus menurun dengan purata 2.2 dan 2.1 log10 salinan/mL (p>0.05), CD4 meningkat dengan purata 139.1 dan 142.3 sel/µL (p>0.05). Keputusan ini menunjukkan bahawa dengan regimen dua jenis ubat ABT (menggantikan dua NRTI), pesakit dapat mengekang virus secara pantas dan dapat bertahan lama selama 48 minggu, setanding dengan terapi kombinasi tiga jenis ubat barisan-kedua yang biasa digunakan.

Prof. Datuk Adeeba Kamarulzaman, Presiden IAS, berkata, "HIV bukan lagi penyakit yang mengancam nyawa. Rawatan antiretrovirus yang lebih baharu sentiasa dialu-alukan, khususnya rawatan yang ditoleransi dengan lebih baik, kurang berinteraksi dengan ubat lain dan dalam formulasi suntikan tindakan panjang dengan pemberian dos yang kurang kerap. Kini lebih daripada sebelumnya, kita mempunyai lebih banyak pilihan ubat bagi memenuhi keperluan individu pesakit. ABT ialah salah satu daripada pilihan baharu ini yang mempunyai ciri-ciri unik untuk memajukan pilihan ART yang sedia ada."

Penyelidik utama kajian TALENT, doktor Bahagian Jangkitan di You 'An Hospital yang merupakan sekutu Capital Medical University, Profesor Wu Hao berkata, "ABT sekali seminggu diterima dengan baik dalam TALENT dan tiada reaksi di tempat suntikan dilaporkan. Data juga mengukuhkan kelebihan ABT seperti kepatuhan klinikal yang baik (>97%) terhadap suntikan tindakan panjang mingguan yang turut menunjukkan keselamatan keseluruhan yang baik.

Regimen dua jenis ubat dengan sasaran yang berbeza merupakan trend penyelidikan ART pada masa depan. Ia wajar dilakukan dan kami berharap dapat terus membangunkan kombinasi HIV baharu dengan keberkesanan tinggi dan ditelorensi dengan baik untuk pesakit kami."

Tentang Aikening®

Aikening® ialah produk farmaseutikal baharu dan asli daripada Frontier Biotechnologies dengan hak harta intelek bebas dalam pasaran utama di dunia.

Pada bulan Mei 2018, Aikening® menerima sijil ubat baharu daripada Pentadbiran Ubat Negara di China. Pada bulan Oktober 2018, Aikening® dirangkumkan sebagai salah satu ubat antiretrovirus utama yang tersedia dalam garis panduan Cina untuk diagnosis dan rawatan HIV/AIDS (2018) yang dikeluarkan oleh Unit Penyakit Berjangkit Persatuan Perubatan Cina serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China. Pada bulan Disember 2020, Aikening® disenaraikan sebagai produk berpaten eksklusif dalam Senarai Insurans bagi Perubatan Penting Negara, Insurans Kecederaan Industri dan Insurans Ubat Bersalin (2020).

Aikening® yang digabungkan dengan rawatan antiretrovirus yang lain berkesan untuk strain virus utama dan rintang-ubat. Dalam persekitaran dunia sebenar, Aikening® diterima secara meluas sebagai salah satu ART untuk pesakit dengan keperluan tidak dipenuhi yang tinggi seperti pesakit kritikal yang dimasukkan ke hospital kerana HIV, pesakit dengan kegagalan hati dan buah pinggang serta pesakit dengan pelbagai rintang-ubat ekoran kaedah pemberian baharu (suntikan sekali seminggu), beban pil yang lebih rendah, tindakan pantas, penghadang rintangan yang tinggi dan profil keselamatan yang diterima dengan baik.

Tentang Frontier Biotechnologies

Ditubuhkan pada tahun 2013, Frontier Biotechnologies Inc. ("Frontier Biotech") ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat komersial yang beribu pejabat di China dengan visi global dan daya saing bertaraf dunia. Frontier Biotech komited terhadap penemuan, pembangunan, pembuatan dan pengkomersialan ubat-ubatan inovatif yang memperbaiki kesihatan pesakit.

Untuk memuat turun logo korporat: https://www.webcargo.net/l/pskSVj2pqh/

Source: Frontier Biotechnologies
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries