omniture

Kerajaan Filipina dan Singapura Jadi Tumpuan di Digital Pilipinas

Pertahanan siber, E-dagang, Teknologi Pendidikan, Teknologi Hartanah, Teknologi Insurans demi kemajuan PH
GeiserMaclang Marketing Communications Inc.
2021-07-27 15:43 161

MANILA, Filipina, 27 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Agensi kerajaan Filipina, sektor swasta dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) baru-baru ini melancarkan 'Digital Pilipinas: A Closer Look at the Philippine Sandbox ('Digital Pilipinas: Gambaran Lebih Dekat terhadap Persekitaran 'Sandbox' Filipina')', satu pergerakan untuk mencetuskan perubahan melalui teknologi dan inovasi dalam lingkungan tempatan dan global pada 22 Julai.

(LClockwise) DOF Secretary Carlos Dominguez, DTI Secretary Ramon Lopez, Monetary Authority of Singapore (MAS) Chief FinTech Officer Sopnendu Mohanty, and GeiserMaclang Co-founder and Digital Pilipinas Convenor Amor Maclang
(LClockwise) DOF Secretary Carlos Dominguez, DTI Secretary Ramon Lopez, Monetary Authority of Singapore (MAS) Chief FinTech Officer Sopnendu Mohanty, and GeiserMaclang Co-founder and Digital Pilipinas Convenor Amor Maclang

Digital Pilipinas dianjurkan oleh GeiserMaclang dan disokong oleh kerajaan Singapura melalui MAS dan oleh kerajaan Filipina melalui Jabatan Perdagangan dan Industri (DTI) serta Jabatan Kewangan (DOF).

Dalam ucapan dasar beliau, Ketua Pegawai Teknologi Kewangan MAS Sopnendu Mohanty berkata, "Sekiranya terdapat satu pasaran di Asia yang memiliki potensi terbesar untuk mengalami transformasi sepenuhnya, pasaran tersebut ialah Filipina. Kami mempromosikan teknologi kepada orang ramai untuk berkembang maju, maka kepentingan umum penting bagi menjadikan persekitaran 'sandbox' berjaya."

Penganjur Digital Pilipinas dan Pengasas Bersama GeiserMaclang Marketing Communications, Inc. Amor Maclang menekankan bahawa teknologi dapat membantu menyelesaikan masalah negara ini yang sekian lama berlaku sebagaimana yang digariskan dalam agenda 12-matlamat Digital Pilipinas. "Inovasi diterajui dalam persekitaran 'sandbox' di Asia. Kita perlu melakukan lebih lagi daripada sekadar meningkatkan hasil inovasi kita sebagai sebuah negara untuk kekal berdaya saing, kita perlu menuntut hasil teknologi dan inovasi daripada pemimpin masa depan kita," kata beliau.

Setiausaha DTI Ramon Lopez mengetengahkan mengenai e-dagang negara yang semakin berkembang dengan berkata, "Sebelum pandemik, kerajaan telahpun memanfaatkan pendigitalan untuk mendorong kemudahan bagi menjalankan perniagaan. Penerimaan e-dagang memudahkan transformasi digital perniagaan. Kerajaan kekal komited terhadap peranannya untuk mendayakan pemegang kepentingan yang berbeza di negara kami demi menjamin faedah untuk rakyat kami dalam bidang e-dagang."

Sementara itu, Setiausaha DOF Carlos Dominguez memetik kejayaan penting negara dalam pengumpulan cukai elektronik. "Ekonomi kita akan perlu disesuaikan mengikut teknologi moden sekiranya ia ingin terus berdaya maju. Walaupun sebelum pandemik, kerajaan Filipina menggalakkan peningkatan Teknologi Kewangan yang pesat di negara kami dan agensi-agensi hasil kami telahpun menerima pendigitalan secara sepenuhnya," kata beliau.

Agenda 12-matlamat Digital Pilipinas menyediakan penyelesaian bagi menangani cabaran dalam industri dan ekosistem ekonomi Filipina, sekali gus memanfaatkan peluang berpandukan ICT. Agenda 12-sasaran tersebut meliputi TEKNOLOGI KEWANGAN, TEKNOLOGI KERAJAAN dan TEKNOLOGI KAWAL SELIA; TEKNOLOGI HARTANAH; TRANSFORMASI DIGITAL; PERBANKAN FILIPINA LUAR NEGARA; MASA DEPAN MOBILITI; TEKNOLOGI INSURANS; E-DAGANG; KESELAMATAN SIBER; INTERNET TENAGA; MASA DEPAN PENDIDIKAN; BANDAR DIGITAL; dan PERMAINAN DIGITAL.

Aktiviti-aktiviti selama berbulan-bulan oleh Digital Pilipinas menjurus kepada Festival Teknologi Kewangan Dunia pada 11-12 November 2021 yang mana pemimpin dan perintis teknologi terunggul negara akan berkongsi pandangan mereka mengenai trend dan ketangkasan organisasi dalam kebiasaan baharu. Menerajui mereka ialah Penganjur Bersama Digital Pilipinas AFIN (ASEAN Financial Innovation Network) / APIX, Angkas, Dragonpay, European Chamber of Commerce of the Philippines, FinTech Philippines Association, Global Impact Fintech Forum (GIFT), Insular Life, Kimstore, KPMG of the Philippines (R.G. Manabat & Co), Mynt (GCash), Overseas Filipino Bank (OF Bank), The Final Pitch, Tier One Entertainment, Union Bank of the Philippines, UNObank, Women Future Conference dan Xendit Philippines.  

Maclang mengulangi, "Kita tidak akan benar-benar bebas sehinggalah kita dapat mengawal masa depan digital kita sebagai sebuah negara."

Untuk menyertai pergerakan tersebut, kunjungi www.digitalpilipinas.ph atau emel info@digitalpilipinas.ph.

Source: GeiserMaclang Marketing Communications Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Telecommunications New products/services Financial Technology