omniture

Techking Lancar Pusat Khidmat (TSC) Luar Negara Pertamanya: Detik Penting dalam Pelaksanaan Global Model Pembangunan Tiga-peringkat

Techking Tires Limited
2021-07-27 17:06 216

KARACHI, Pakistan, 27 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pada awal Jun, sebuah pasukan petugas yang terdiri daripada jurutera penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengurus perniagaan dan kakitangan Khidmat Inovatif Techking berkunjung ke Pakistan sebagai persiapan untuk Pusat Khidmat Techking (TSC) tempatan, yang akan dilancarkan secara rasmi pada awal Ogos serta lawatan selepas-jualan untuk bertemu pelanggan khas tempatan bagi mendapatkan maklum balas penggunaan tayar.

Pakistan ialah salah satu pasaran tayar trak Techking yang terbesar dari segi jualan. Bandar-bandar utamanya kesemuanya diliputi oleh jaringan penjualan wakil penjual Techking. Tayar Techking dikenali ramai dalam kalangan pengguna tempatan dan tersenarai di tempat pertama dalam pasaran trak tugas berat Pakistan dengan bahagian pasaran mencecah kira-kira 60%.

Kualiti yang terbukti dan reputasi positif dalam tempoh jangka panjang memperkasa Techking untuk memperoleh pengiktirafan yang luas dan bahagian jualan jenama yang tinggi. Lihat pasukan petugas yang mengunjungi seorang pelanggan umpamanya, pada pertengahan Ogos 2020, empat trak mereka dilengkapi dengan 12 tayar TKAM II S Techking, dengan beban tayar mencecah 175-230%. Ketika lawatan selepas-jualan ini dibuat, tayar berkenaan telah melalui keadaan jalan yang sukar selama 9 bulan dan dijangka mencapai jangka hayat tayar melangkaui 12 bulan.

Produk yang hebat tidak mampu bertahan tanpa perkhidmatan selepas-jualan yang baik. Dalam pasaran Pakistan, jenama-jenama tayar hanya menjual tayar dan jarang memberi pekhidmatan pra-jualan dan selepas-jualan yang berkelayakan. Kebanyakan kedai tayar masih menggunakan tampalan dan pelekat untuk memperbaiki tayar. Cara yang ketinggalan zaman seperti ini akan memendekkan jangka hayat tayar dengan ketara dan dalam masa yang sama menjejaskan keselamatan kenderaan dan juga pemandunya.

Justeru itu, Techking memutuskan untuk bersama-sama menubuhkan TSC luar negara yang pertama mengikut piawaian tertinggi. Ia akan memperkasa keupayaan perkhidmatan hujung-ke-hujung wakil penjual termasuk pemadanan produk pra-jualan, latihan jualan serta pembaikan dan penyelenggaraan selepas-jualan. Dengan proses teknikal sistematik yang berkriteria lebih tinggi, tayar diperbaiki yang lebih stabil dapat dihasilkan dan kadar penggunaan tayar yang dipertingkat serta jangka hayat tayar yang lebih lama dapat dijamin.

Pengurus Besar pusat jualan luar negara Techking Raymond Zhang berkata: "TSC berperanan sebagai pembawa sistem perkhidmatan profesional dalam model pembangunan tiga-peringkat kami. Dengan TSC, wakil penjual luar negara kami akan dapat membangunkan keupayaan penyelesaian tayar hujung-ke-hujung dan membawa pengalaman pengguna dan nilai produk yang lebih baik kepada pelanggan." Pelancaran TSC di Pakistan menandakan satu kejayaan besar yang utama dan detik penting dalam pengaturan global Syarikat. Pada tahun 2021, Techking merancang untuk menubuhkan kira-kira 10 TSC di seluruh dunia.

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi Techking https://www.techking.com/.

Source: Techking Tires Limited
Keywords: Auto Mining/Metals Transportation Trucking and Road Transportation Corporate Expansion New products/services Future Events