omniture

Jalan Kaki Pendidikan 6km untuk Terokai Ladang Angin Assac

Pejabat Pelancong Tarn Valley & Monts de l'Albigeois, Town Hall of Assac dan CGN Europe Energy akan menganjurkan 2 lawatan pada musim panas ini yang boleh diakses oleh orang awam khusus untuk penerokaan ladang angin Assac
CGN Europe Energy
2021-07-27 19:20 111

PARIS, 27 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pada 30 Julai dan 27 Ogos, Pejabat Pelancong Tarn Valley & Monts de l'Albigeois, Town Hall of Assac dan CGN Europe Energy, pengusaha Eropah bagi tenaga mesra alam, menjemput orang awam untuk meneroka ladang angin Assac. Secara keseluruhan, pengunjung akan berpeluang untuk berjalan kaki sejauh 6 km di jejak pendidikan yang digelar "Dari turbin angin ke kincir angin".

 

10 turbin angin berukuran 85 meter tinggi, dengan bilahnya berukuran 45 meter, menghasilkan pengeluaran tenaga elektrik sebanyak 30,000 megawatt pada tahun 2020, cukup untuk membekalkan 6,500 buah rumah atau kira-kira 14,000 penduduk. Ketiga-tiga pengusaha ini telah bekerjasama selama beberapa bulan untuk membangunkan projek "pelancongan industri" ini. Ia merupakan aset yang mantap dalam strategi pembangunan komuniti.

Satu inovasi untuk melindungi kepelbagaian biologi

Bagi melindungi kepelbagaian biologi, CGN Europe Energy mewujudkan sistem yang inovatif di tengah-tengah taman tersebut. Pengesan pergerakan dan pembesar suara untuk menghasilkan bunyi yang menakutkan memang dipasang untuk mengesan haiwan apabila risiko impak dikenal pasti. Secara khususnya, isyarat bunyi yang sangat pendek dipancarkan bagi mengalihkan burung dari trajektorinya, lantas dapat mengelakkan bahaya daripada sebarang impak.

Faedah-faedah untuk masyarakat

Di samping itu, ladang angin ini juga merupakan aset untuk peladang yang menyelenggara ladang di kawasan berdekatan yang menurut mereka, berpuas hati dengan taman ini. "Kami peka terhadap tenaga boleh diperbaharui kerana kami perlu mencari sesuatu untuk kurang bergantung kepada bahan api fosil. Maka, turbin angin merupakan cara yang baik untuk menggantikan sumber ini," kata Louis Cabot, pemilik ladang Bontemps.

TARIKH LAWATAN: Jumaat, 30 Julai dan Jumaat, 27 Ogos 2021. 3 slot lawatan dicadangkan, setiap slot terhad kepada 20 orang: 10:30 pagi, 11 pagi dan 11:30 pagi. 

PERCUMA - tempahan diperlukan 05 63 55 39 14 www.valleedutarn-tourisme.com

Latar Belakang CGN Europe Energy

Dengan jumlah kapasiti penjanaan mencecah 2.4 gigawatt, CGN Europe Energy ialah salah satu pembekal utama bagi tenaga mesra alam di Eropah. Aktiviti-aktiviti syarikat ini memfokuskan penyelidikan, pembinaan, operasi dan pengeluaran apa yang digelar sebagai tenaga bersih dan boleh diperbaharui, seperti turbin angin dan panel fotovolta.

Pada tahun 2020, CGN Europe Energy membekalkan 5 bilion kWj tenaga mesra alam kepada 2 juta rumah Eropah, lalu menyumbang kepada pengurangan emisi gas rumah hijau yang bersamaan dengan mewujudkan 13,000 hektar persegi hutan kayu.

Source: CGN Europe Energy
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities