omniture

Memiliki Kediaman Idaman di Myra Alam Bukan Setakat Impian

Myra bekerjasama dengan Maybank Islamic HouzKEY bagi merealisasikan impian pemilikan rumah
Myra
2021-07-28 09:00 2313

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Memang tidak dapat dinafikan bahawa tiada sesiapa yang suka melalui proses pembelian rumah yang rumit.  Namun, berita baik untuk pembeli bakal untuk Myra Alam, iaitu mereka kini berpeluang untuk merealisasikan impian rumah mereka tanpa proses pembelian yang rumit melalui kerjasama pemaju dengan penyelesaian pembiayaan pemilikan rumah Maybank Islamic, iaitu HouzKEY.

Fasa Ketiga Myra Alam Jenis F
Fasa Ketiga Myra Alam Jenis F

HouzKEY berhasrat untuk membantu pembeli rumah pertama dan kedua memiliki rumah sendiri dengan mudah. Ia menawarkan banyak faedah kewangan bagi mereka yang ingin mendiami di  rumah impian dan ianya memastikan proses pembelian rumah lebih lancar.

Pembeli rumah baharu juga boleh menikmati insentif seperti Kempen Pemilikan Rumah (HOC), yang kini berlangsung sehingga 31 Disember 2021, MOT, SPA, dan diskaun untuk pembeli rumah Bumiputera yang layak. Selain itu, Myra juga melengkapkan lagi tawaran menarik ini dengan hartanahnya yang dibina dengan kualiti premium, serta memberi keutamaan kepada lokasi dan keunikan.

Dengan bantuan HouzKEY dan inisiatif kerajaan, sudah tiba masanya bagi para peminat Myra Alam mengambil langkah pertama untuk memiliki sebuah kediaman premium yang dirancang dengan baik di perbandaran ini.

Selaras dengan perkara itu, Myra Alam memperkenalkan pelancaran fasa ketiganya, iaitu unit Type F dan Type D.

Fasa 3 bagi unit Type D menawarkan pemilik rumah ruang binaan ekstra sebanyak 2,294 kaki persegi (kps) untuk rumah tengah dan lot hujung (end lot), dan 2,396 kps bagi lot tepi (corner lot) di atas tanah seluas bermula dari 22'x70', dengan pilihan untuk mendapatkan lebih ruang dalaman dan luaran. Dengan hanya 16 unit, rumah ini ditawarkan dari harga RM569,000 seunit.

Manakala Type F pula didatangkan pada saiz binaan 2,002 kps untuk lot tengah dan hujung dan 2,104 kps bagi lot tepi, dengan saiz tanah lebih kecil bermula dari 20'x70'.

Hanya 49 unit yang ditawarkan untuk Type F dan setiap unit mengandungi 4 bilik tidur lengkap dengan bilik air sendiri, ruang dalaman dan bilik tidur tetamu yang lebih besar. Harga jualan dari RM554,000 seunit.

Pembangunan baharu ini akan memberikan pemilik rumah prospek untuk mengubahsuai kediaman mengikut citarasa mereka kerana ia dibina berdasarkan idea fleksibiliti untuk menukar ruang tambahan menjadi bilik tambahan sambil ia menekankan gaya hidup hijau.

Secara keseluruhannya, Puncak Alam adalah sebuah perbandaran berkembang pesat dengan adanya potensi dibangunkanlebih lanjut, ditambah dengan kemudahan akses ke LATAR dan Lebuhraya Dash. Penduduk Myra Alam juga boleh menjangkakan pembinaan lot kedai, sekolah, dan hospital yang baru di kawasan ini.

Source: Myra
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Contracts New products/services