omniture

ZTE lancar telefon pintar kamera bawah-paparan generasi baharu Axon 30

ZTE Corporation
2021-07-28 21:26 406

SHENZHEN, China, 28 Julai 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini melancarkan telefon pintar kamera bawah-paparan generasi baharunya, ZTE Axon 30 di China. 

ZTE melancarkan telefon pintar kamera bawah-paparan generasi baharu Axon 30
ZTE melancarkan telefon pintar kamera bawah-paparan generasi baharu Axon 30

ZTE telah terbukti menjadi penetap trend skrin-penuh dengan mencipta segmen telefon pintar kamera bawah-paparan yang baharu. Lantaran penaiktarafan teknologi kamera bawah-paparannya yang utama, syarikat ini mempercepatkan lagi proses pengkomersialan telefon pintar kamera bawah-paparan. ZTE Axon 30 akan membawa pengalaman baharu yang belum pernah diberikan sebelum ini kepada penggunanya.

Ni Fei, Naib Presiden Kanan ZTE Corporation dan Presiden Bahagian Peranti Mudah Alih berkata, "Skrin dan fotografi merupakan dua hala tuju pembangunan bagi evolusi telefon pintar masa depan. Hari ini, kami membawakan telefon pintar kamera bawah-paparan generasi baharu kami ZTE Axon 30. Dengan prestasi yang diperkukuhkan lagi dan penaiktarafan yang komprehensif, ZTE Axon 30 membuktikan peningkatan ke hadapan yang pesat dan membawakan pengalaman visual skrin-penuh yang revolusioner kepada pengguna kami berbanding dengan generasi terdahulu."

Penetap Trend Skrin-penuh ke arah Masa Depan 

Bagi mencapai keseimbangan terbaik antara prestasi paparan dan bentuk skrin, ZTE telah dapat menangani pelbagai cabaran teknikal dan membawakan lonjakan kualitatif dari segi ciri tak kelihatan kamera depan dan prestasi paparan, dikuasakan oleh inovasinya yang berterusan dan penaiktarafan dalam enam teknologi teras, termasuk matriks piksel khas, litar pemacu unik, cip paparan bebas, kamera depan, algoritma swafoto dalaman dan kamera piksel besar setara 2.24um 4-dalam-1 peka-cahaya yang lebih besar.

Skrin bahagian kamera bawah-paparan merupakan yang pertama di seluruh dunia dengan ketumpatan piksel tinggi iaitu 400 PPI. Ini dapat memberikan prestasi paparan yang lebih baik dan dalam masa yang sama mengekalkan kepancaran tinggi dan integrasi visual yang lebih baik dengan skrin secara keseluruhan. Susunan litar pintarnya mendayakan penyegerakan antara kamera depan dan bahagian paparan konvensional, seraya menjanjikan peralihan yang lebih semula jadi antaranya. Peranti baharu ini dilengkapi dengan cip paparan skrin bebas yang menjadikan paparan skrin lebih tepat dan segerak, melalui peningkatan piksel yang pintar dan pengoptimuman paparan pintar. 7 lapisan bahan yang sangat lutsinar dan 3 teknologi pemprosesan khas digunakan untuk menjadikan bahagian kamera bawah-paparan lebih memancarkan cahaya. Digabungkan dengan kamera piksel besar setara 2.24um 4-dalam-1 peka-cahaya yang lebih besar, ia dapat mewujudkan persekitaran dengan cahaya yang sangat baik untuk merakam gambar.

ZTE Axon 30 juga merupakan telefon pintar kamera bawah-paparan pertama dengan skrin kadar segar semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuh 360Hz. ZTE Axon 30 turut dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.92-inci dan nisbah skrin gred-pawagam 20.5:9 dan dalam masa yang sama digabungkan dengan teknologi audio 3D imersif DTS:X® Ultra. Telefon pintar ini membawakan pengalaman menonton filem yang berkualiti tinggi kepada penggunanya. Skrinnya meliputi 100% gamut warna DCI-P3 dan menyokong kedalaman warna 10-bit dan 1.07 bilion warna.

Ia merupakan telefon pintar pertama di seluruh dunia yang diperakui dengan tiga pensijilan perlindungan mata autoritatif, meliputi TUV, SGS dan UL. Skrin 30's ZTE Axon dapat mengurangkan radiasi cahaya biru dengan berkesan, melindungi penglihatan dan menyokong pemalapan DC untuk mengurangkan keletihan visual yang disebabkan oleh kelipan skrin, lalu menyediakan pelbagai ciri kepada penggunanya untuk menjaga mata mereka.

Pengalaman Pengguna Revolusioner Dikuasakan oleh Prestasi Mantap 

Dari segi prestasi, ZTE Axon 30 dilengkapi dengan platform mudah alih Qualcomm® Snapdragon™ 870G dengan reka bentuk teras-okta "1+3+4" dan frekuensi teras maksimum 3.2GHz. Ini dapat menyokong dengan sempurna pengalaman permainan video kelas-profesional dengan keupayaan pengkomputeran, persembahan grafik dan rangkaiannya. Peranti baharu ini mengguna pakai teknologi gabungan memori yang dibangunkan sendiri, menggunakan sebahagian daripada ruang storan kosong untuk memperluas memori yang beroperasi sehingga 5GB.

Ciri-ciri fotografi yang berkuasa ini baru-baru ini menjadi bahagian penting dalam siri ZTE Axon. ZTE Axon 30 meneruskan trend ini yang dilengkapi dengan kamera-quad AI termasuk kamera utama 64 megapiksel, kamera sudut lebar 120 darjah, kanta makro 3cm dan kanta kedalaman-lapangan. Oleh itu, ia dapat membolehkan penggunanya bermain-main dengan pelbagai senario rakaman dengan mudah. Ia juga dapat menyokong rakaman serentak berbilang kamera, menyediakan pengguna dengan pelbagai pilihan perspektif rakaman. Selain itu, ia menyediakan fungsi kamera Mod Malam Super yang dapat menyekat hingar waktu malam melalui algoritma AI yang mengekalkan warna waktu malam yang lebih menawan kepada penggunanya.

Kamera baharu ini didatangkan dengan pelbagai penapis klasik dan menyokong penapis 3D Lut untuk penggunanya membuat penyesuaian mengikut kehendak mereka. Fungsi perubahan warna ajaibnya juga membolehkan anda memilih satu warna dalam imej di samping menawarkan lebih banyak pilihan untuk menukar bahagian yang ingin anda ubah dengan warna pilihan anda yang berbeza. Mod rakaman kamera lebih diperibadikan diteruskan dengan siri ZTE Axon dengan menyerlahkan dunia imej yang indah dan berwarna-warni buat penggunanya.

ZTE Axon 30 menyokong penstabilan video dua-hala untuk kamera utama dan kamera sudut lebar yang dapat membetulkan getaran rakaman video dengan pintar semasa bergerak dan menjadikan rakaman video yang dinamik lebih jelas dan stabil. Fungsi-fungsi video pendek pintar VLOG telefon tersebut menyokong zum Hitchcock, kesan fokus tarik, main balik pantas terbina dalam, pergerakan perlahan dan mandir. Ia juga dilengkapi dengan beberapa set templat penggambaran bergaya yang dinamik dan artistik bagi menyokong pengguna untuk penggambaran yang mudah dengan pelbagai gaya yang berbeza.

Dari segi pengalaman 5G, ZTE Axon 30 memberikan sambungan yang lancar. Axon 30 membawakan antena super 3.1 5G yang dilengkapi dengan sistem antena "anti-kunci" dan dua antena Wi-Fi. Tanpa mengira cengkaman menegak atau mendatar, ia dapat mengelakkan tangan daripada menghalang antena dan meningkatkan keupayaan penghantaran isyarat sebanyak 100%. Algoritma pengesanan rangkaiannya yang unik dapat membantu telefon ini mengenal pasti dengan pintar rangkaian yang terbaik dan merealisasikan fungsi pertukaran lancar dan pemecutan pintar saluran 5G/Wi-Fi1/Wi-Fi2 bagi memastikan pengalaman internet yang cepat dan stabil sepanjang masa.

Reka Bentuk Anggun dan Kuasa Berkekalan  

ZTE Axon 30 menerima pakai reka bentuk badan ultra-nipis dengan ketebalan yang hanya berukuran 7.8mm dan berat 189g. Ini sepadan dengan bezel ultra-sempit, garis pinggang berganda dan reka bentuk estetik aliran yang dinamik bagi membolehkan seluruh penampilan peranti bersifat inovatif, sejajar dengan trend estetik masa kini.

Bahagian kamera baharu di sebelah belakang peranti menampilkan reka bentuk LABEL ikonik dengan menghasilkan label teknologi gabungan imej yang unik. Cangkang belakang diperbuat daripada bahan polimer komposit 3D dengan lapisan tekstur berkilau tahap-nano. Kesan holografik ilusinya dapat membawa perubahan cahaya dan bayang beraneka dengan keindahan warna yang mempesonakan. Peranti baharu ini mempunyai dua kombinasi warna: Hitam dan Akua, yang boleh dipilih oleh pengguna bagi memberikan mereka pilihan unik agar sepadan dengan pilihan keutamaan mereka.

ZTE Axon 30 juga dilengkapi dengan bateri 4200mAh dan pengecasan pantas 55W. Sistem penyejukan ais tiga kali gandanya, terdiri daripada plat penyejuk cecair VC besar, gel terma berkuasa tinggi dan bahan komposit berasaskan kuprum grafin dapat menjamin prestasi tinggi yang berterusan.

Dalam gelombang inovasi teknologi, ZTE Axon 30 sedang melalui penerokaan berterusan teknologi kamera bawah-paparan. Lelaran baharu kekuatan produknya akan membawa pengalaman baharu kepada pengguna yang melangkaui imaginasi mereka. Versi-versi model dan maklumat harga akan ditambah apabila kemas kini dibuat.

Versi global ini akan disediakan tidak lama lagi di laman sesawang rasmi ZTE.

Latar Belakang ZTE Corporation 

ZTE ialah penyedia bagi sistem telekomunikasi canggih, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan kepada pengguna, operator, syarikat dan pelanggan sektor awam. Syarikat ini komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung bersepadu bagi menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Disenaraikan di bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih daripada 160 negara.

Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services