omniture

CGTN: Tinjauan Dalam Talian Global Tunjukkan Pengesanan Asal Usul COVID-19 Dipolitikkan

CGTN
2021-07-29 02:19 153

BEIJING, 29 Julai 2021 /PRNewswire/ -- CGTN Think Tank telah mengeluarkan tinjauan pendapat dalam talian global yang mana 80 peratus daripada responden percaya bahawa isu pengesanan asal usul COVID-19 telah dipolitikkan.

Global online poll shows tracing COVID-19 origins politicized
Global online poll shows tracing COVID-19 origins politicized

Tinjuan berkenaan disediakan dalam beberapa bahasa rasmi PBB iaitu Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Rusia, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Arab dan ia telah dijalankan pada awal pagi 24 Julai, waktu Beijing. Setakat jam 10 malam, 25 Julai, antara warganet yang mengambil bahagian dan tinjauan tersebut:

Twitter:

Sembilan puluh peratus warganet yang bertutur dalam Bahasa Sepanyol bersetuju bahawa asal usul COVID-19 telah dipolitikkan; 88 peratus warganet yang bertutur dalam Bahasa Perancis, 83 peratus warganet yang bertutur dalam Bahasa Rusia, 70 peratus warganet yang bertutur dalam Bahasa Inggeris dan 68 peratus warganet yang bertutur dalam Bahasa Arab bersetuju.

Facebook:

Secara purata, 83 peratus warganet yang bertutur dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol, Bahasa Perancis, Bahasa Arab dan Bahasa Rusia bersetuju bahawa asal usul COVID-19 telah dipolitikkan.

Chinese Weibo

Sebanyak 95 peratus responden tinjauan tersebut percaya bahawa "isu asal usul COVID-19 telah dipolitikkan," seraya menunjukkan tahap persetujuan yang tinggi.

Dalam menganalisis tinjauan berkenaan, CGTN Think Tank mendapati bahawa kata kunci yang tertentu sering muncul dalam ulasan ini: "tekanan politik," "sekatan A.S.," "kawalan media," "pampasan ekonomi" dan "halangan pembangunan China."

Soalan kedua daripada tiga soalan dalam tinjuan dalam talian oleh CGTN Think Tank ialah "Adakah anda menyokong penyiasatan mengenai asal usul COVID-19 di pelbagai negara?"

Keputusan tinjauan tersebut menunjukkan bahawa 83 peratus responden yang bertutur dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol, Bahasa Perancis, Bahasa Arab dan Bahasa Rusia di Twitter yang menyokong penyiasatan pengesanan asal usul di pelbagai negara. Kadar kesukaan di Facebook mencecah 79 peratus manakala kadar kesukaan di Chinese Weibo mencecah setinggi 93 peratus.

Sebagai tindak balas kepada soalan daripada CGTN Think Tank, "Apakah tugas yang paling mencabar untuk memerangi COVID-19 pada skala global?", sejumlah besar responden global memilih pilihan meluaskan bekalan vaksin, memperhebatkan rawatan perubatan dan mengenakan sekatan pergerakan di kawasan dilanda wabak merupakan antara lima pilihan yang disediakan, iaitu meluaskan bekalan vaksin, memperhebatkan rawatan perubatan, mengesan asal usul virus secara serta merta, mengenakan sekatan pergerakan di kawasan dilanda wabak dan menarik balik larangan perjalanan. Mereka meninggalkan pilihan untuk mengesan asal usul virus secara serta merta dengan kadar kesepakatan yang tinggi. Di Twitter, hanya kira-kira 17 peratus responden bersetuju dengan pengesanan asal usul virus secara serta merta manakala di Facebook, hanya 2 peratus daripada responden yang bertutur dalam Bahasa Sepanyol memilih pilihan ini.

https://newsus.cgtn.com/news/2021-07-27/Global-online-poll-shows-the-origins-of-COVID-19-became-politicized-12eaxXkgzQY/index.html

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Television Advocacy Group Opinion Survey, Polls & Research