omniture

Premia Partners lancar Premia China STAR50 ETF pada TER 0.58% p.a. sebagai alat berkos rendah untuk peluang daripada pertumbuhan China dalam teknologi tegar dan sektor inovasi

Premia Partners
2021-07-29 09:00 232

HONG KONG, 29 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Premia Partners, penyedia ETF yang terkemuka di Hong Kong, hari ini mengumumkan penyenaraian Premia China STAR50 ETF di HKEX.

ETF yang direplikasi secara fizikal ini menawarkan akses yang paling menjimatkan kos dan mudah kepada peneraju baru muncul di STAR Board Shanghai Stock Exchange.

Premia China STAR50 ETF (Simbol saham: 3151 HKD / 9151 USD/ 83151 RMB) dengan nisbah jumlah perbelanjaan (TER) 0.58% p.a., menjejak SSE Science and Technology Innovation Board 50 Index, yang meliputi 50 syarikat STAR Board terbesar mengikut permodalan pasaran. Strategi ini melibatkan pemimpin-pemimpin baru muncul China dalam industri-industri strategik yang dicirikan oleh teknologi tegar, penyelidikan dan pembangunan (R&D) tinggi dan inovasi saintifik bermula daripada semikonduktor, bahan baharu, ekonomi mesra alam hinggalah bioteknologi, penyelesaian rantaian sejuk bioperubatan dan banyak lagi. Strategi ini turut memberi faedah-faedah pempelbagaian memandangkan terdapat korelasi yang rendah dengan ADR China dan pasaran global arus perdana.

"Kami berbesar hati untuk melancarkan ETF pada waktu yang sesuai ini ketika pelabur menjadi semakin berminat dengan STAR Board kerana ia memperluas peruntukan China untuk peluang pertumbuhan jangka panjang," kata Rebecca Chua, Rakan Pengurusan Premia Partners. "Konsisten dengan semua ETF Premia, ia diwujudkan sebagai alat peruntukan yang berkos rendah dan telus untuk pelabur antarabangsa mengakses peluang STAR Board yang tidak dapat diakses sepenuhnya melalui Stock Connect."

"STAR 50 Index ialah indeks utama yang pertama merangkumkan saham yang paling banyak diwakili dan konstituen CDR STAR Board, dengan perwakilan luas dan tumpuan industri inovasi yang berbeza," kata Suyuan Lu, Pengurus Besar China Securities Index Company (CSI). "Kami telah mengekalkan hubungan yang sangat baik dengan Premia Partners melalui kerjasama kami selama bertahun-tahun dan berharap agar dapat bekerjasama dengan lebih erat untuk membantu pelabur antarabangsa mengakses peluang China dengan lebih baik melalui penyelesaian yang lebih relevan dan amalan terbaik."

Latar Belakang Premia Partners

Ditubuhkan pada tahun 2016, Premia Partners ialah salah satu pengurus ETF yang terkemuka dari Hong Kong, mengkhusus untuk membina ETF berkos rendah, cekap dan amalan terbaik untuk Asia. Setakat 28 Julai 2021, Premia Partners mengurus 9 ETF termasuk Premia CSI Caixin China New Economy ETF yang merupakan ETF saham-A China keempat terbesar di Hong Kong. Untuk maklumat lanjut mengenai ETF Premia yang meliputi China, ASEAN Baru Muncul, Teknologi Inovatif Asia, Vietnam, bon hasil tinggi China, bon kerajaan China dan Perbendaharaan AS, sila kunjungi www.premia-partners.com 

Source: Premia Partners
Keywords: Banking/Financial Service Offerings