omniture

AppGallery Jalin Kerjasama dengan Belka Games Bawakan Keseronokan Clockmaker ke Peranti Huawei

Peminat Clockmaker kini boleh menantikan hadiah eksklusif yang disediakan semasa pelancaran apabila bermain melalui AppGallery
AppGallery
2021-07-29 16:59 238

SHENZHEN, China, 29 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pemain permainan video kini dapat menantikan peluang untuk memulakan pengembaraan teka-teki tiga pertandingan mistik melalui Clockmaker Belka Games yang mendapat pujian kritis yang kini boleh didapati di AppGallery.

Clockmaker
Clockmaker

Dalam perlumbaan untuk membongkar Misteri Pembuat Jam (Clockmaker) Jahat dan membatalkan sumpah, pemain perlu meleret perjalanan mereka melalui teka-teki berdasarkan permata untuk memulihkan sebuah bandar lama yang telah disihir. Selain menavigasi melalui suasana yang misteri, Clockmaker mengajak pemain untuk berdepan dengan lebih seribu permainan mini yang memerlukan pemikiran dan kemahiran taktikal untuk meletupkan permata.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut dan bagi meraikan pelancaran Clockmaker, AppGallery dan Belka Games membawakan hadiah eksklusif kepada pemain. Pemain yang bermain melalui AppGallery akan menerima pek hadiah eksklusif termasuk 24 jam hayat tanpa had serta 15 batu delima premium untuk dibelanjakan di kedai dalam-permainan. Pek hadiah boleh ditebus selepas menyelesaikan peringkat rumah pertama pada awal permainan.

"Kami berasa gembira kerana lebih ramai pemain di seluruh dunia kini dapat merasai pengalaman corak permainan Clockmaker yang popular," kata Yuriy Krasilnikov, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan di Belka Games. "Seperti mana yang telah kita lihat, permainan ini adalah sangat popular, maka kami begitu teruja kerana lebih ramai pemain akan mendapat akses hasil daripada kerjasama kami bersama Huawei."

Huawei Menawarkan Sokongan Teknologi kepada Rakan Kongsi

Sebagai salah satu pasaran aplikasi yang berkembang paling pantas dan yang ketiga terbesar di dunia, AppGallery menunjukkan betapa pembangun dapat memanfaatkan sokongan operasi Huawei yang mantap hingga membawa kepada pelancaran aplikasi. Clockmaker merupakan contoh kukuh potensi HMS Core Huawei, berintegrasi dengan IAP Kit dan Ads Kit untuk membawakan penyelesaian pembayaran yang lancar serta pengalaman iklan yang menyenangkan kepada pengguna.

"Jalinan kerjasama dengan Huawei telah menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan buat pasukan di Belka Games," kata En. Krasilnikov. "Kami telah menerima tahap sokongan operasi dan pembangunan yang tinggi dari awal dan kami berasa gembira dengan integrasi HMS Core Kits Huawei yang lancar agar kami dapat menawarkan perkhidmatan yang layak diterima kepada peminat permainan ini."

Clockmaker telah meraih kejayaan yang besar sejak dua tahun yang lalu merentas pelbagai platform di seluruh dunia serta mendapat kedudukan dalam carta terlaris teratas ekoran corak permainannya yang interaktif dan menarik. Kerjasama Belka Games dengan AppGallery menunjukkan keinginan untuk mencapai pertumbuhan dan memberi bayangan bahawa peminat boleh berharap untuk melihat lebih banyak lagi dalam bulan-bulan akan datang.

Clockmaker kini tersedia untuk dimuat turun melalui AppGallery.

Latar Belakang AppGallery - Salah Satu daripada 3 Pasaran Aplikasi Terunggul di Dunia  

AppGallery boleh didapati di lebih daripada 170 negara dan wilayah dengan lebih 550 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Huawei telah bekerjasama dengan 4.5 juta pembangun di seluruh dunia dengan jumlah muat turun mencapai 384.4 bilion pada tahun 2020. Menjelang penghujung Jun 2021, lebih daripada 141,000 aplikasi diintegrasikan dengan HMS Core di seluruh dunia.

Source: AppGallery
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications