omniture

Arctech Serahkan Penjejak SkySmart II 575MW di Utara China

Arctech
2021-07-29 16:56 45

SHANGHAI, 29 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Arctech (SSE-STAR: 688408), penyedia penyelesaian penjejakan, susunan rak dan BIPV yang terkemuka di dunia, mengumumkan bahawa ia telah menyerahkan sistem penjejakan SkySmart II kepada projek solar perkongsian-pertanian 575MW yang terletak di Bandar Nangong, Wilayah Hebei, China. Projek sistem penjejakan pemacu berbilang titik 2P + modul dwimuka yang terbesar ini mampu bertahan daripada pelbagai hentaman oleh angin kencang sementara kestabilan dan keandalan tinggi sistem tersebut benar-benar diiktiraf oleh pemilik perniagaan dan juga EPC.

Gambar projek 575MW yang terletak di Bandar Nangong, Wilayah Hebei, China
Gambar projek 575MW yang terletak di Bandar Nangong, Wilayah Hebei, China

Memandangkan tanah projek tersebut bertebaran, ia menimbulkan cabaran yang besar untuk susun atur projek tersebut. Walau bagaimanapun, sistem penjejakan SkySmart II dengan ukuran panjang 65-meter adalah agak pendek berbanding kebanyakan penjejak 1P yang menjadikannya pilihan ideal untuk projek tersebut. Dalam masa yang sama, dalam menghadapi cabaran harga keluli yang melambung tinggi dan juga bekalan keluli yang rendah, Arctech masih dapat menyerahkan penjejak hanya dalam tempoh tiga bulan yang membolehkan projek tersebut disiapkan tepat pada masanya.

Sebagai sistem penjejakan pemacu selari berbilang titik pertama yang diperakui oleh IEC; walaupun ia merupakan aplikasi pertama SkySmart II dalam projek yang berskala besar di China, ia telah diterima baik di banyak negara lain seperti Kazakhstan, Chile, AS dan sebagainya.

Menerima pakai teknologi pemacu selari berbilang titik yang dibangunkan sendiri, Arctech SkySmart II memberi peningkatan sebanyak 200% terhadap rintangan angin berbanding sistem penjejakan 2P yang lain dan pengurangan 52% tapak berbanding sistem penjejakan 1P. Sementara itu, memandangkan SkySmart II dilengkapi dengan modul solar 4X1,500V-rentetan yang bukan sahaja membantu mengurangkan kos elektrik tetapi juga memungkinkannya untuk serasi dengan kesemua modul solar yang boleh didapati secara komersial termasuk modul besar 182/210.

Tambahan pula, dengan bantuan kecerdasan buatan, strategi kawalan penjejakan, strategi awan berdasarkan data metereologi masa sebenar, strategi penjanaan kuasa dwimuka dan strategi maklum balas gelung tertutup yang berkongsi parameter dengan penggabung DC serta penyongsang rentetan, SkySmart II dapat disesuaikan dengan pelbagai rupa bumi, cuaca dan keadaan tanah serta mendayakan sehingga 7% penjanaan tenaga tambahan.

"Inovasi teknologi termaju dan kualiti produk yang andal merupakan kunci untuk Arctech SkySmart II memenangi projek solar 575MW. Di samping itu, dengan kejayaan aplikasi SkySmart II dalam projek global, kami percaya pasaran penjejak akan menyaksikan kemajuan yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam dekad akan datang dengan populariti penjejak 1P mahupun 2P," kata Guy Rong, Presiden Perniagaan Global di Arctech. "Selain menawarkan produk yang andal, perkhidmatan Arctech yang tepat pada masanya dan profesional juga merupakan faktor penting untuk kami mencapai kejayaan pada skala global secara berterusan. Memandang ke masa depan, Arctech akan memberi komitmen untuk meningkatkan penjanaan kuasa PV dengan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang sangat cekap dan andal, bagi membantu lebih ramai pelanggan mencapai kejayaan komersial dan membantu dunia merealisasikan sasaran Keneutralan Karbon."

Yoyo YU
Pakar Komunikasi Luar Negara
Tel: 021-60256830-842
Emel: yoyo.yu@arctechsolar.com 

 

Source: Arctech
Related Stocks:
Shanghai:688408
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities