omniture

Joint Commission of Taiwan kongsi pengalaman Taiwan dalam rawatan kesihatan pintar

Penyelesaian rawatan kesihatan pintar membantu menyelamatkan nyawa semasa beberapa minit pertama yang kritikal selepas serangan jantung
Acara tersebut mendapat pujian daripada seluruh komuniti perubatan Malaysia
Joint Commission of Taiwan
2021-07-30 15:30 63

TAIPEI, 30 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Ekspo Rawatan Kesihatan Pintar Taipei 2021: Forum Rawatan Kesihatan Pintar Antarabangsa (Sesi 1), dianjurkan oleh Joint Commission of Taiwan (JCT), telahpun diadakan pada 30 Julai 2021. Diwujudkan untuk mempromosikan penyelesaian rawatan kesihatan pintar Taiwan mengikut trend semasa dalam komuniti perubatan Malaysia, acara dalam talian tersebut menarik minat sekitar 500 peserta dan mendapat respons yang bersemangat, dengan matlamat untuk mengukuhkan kerjasama antara Taiwan dan Malaysia memandangkan ia berkaitan dengan rawatan kesihatan.

Group photo of ISHF 2021
Group photo of ISHF 2021


Malaysia mencatatkan kadar penghidap diabetes yang tertinggi di Asia. Penyakit vaskular periferi kronik yang disebabkan oleh diabetes tidak seharusnya dipandang ringan. Lantaran bilangan individu yang ramai yang menghidap penyakit ini, permintaan terhadap peralatan maklumat dan komunikasi (ICT) sentiasa meningkat dalam sektor bantuan perubatan kecemasan. Industri perubatan dan ICT Taiwan merupakan antara yang terbaik di dunia. Forum Rawatan Kesihatan Pintar Antarabangsa 2021 SHE: Sesi 1 menjemput empat orang penceramah terkemuka daripada industri rawatan kesihatan pintar Taiwan untuk berbincang mengenai penyelesaian rawatan kesihatan pintar Taiwan dan aplikasi praktikal dengan tujuan untuk berkongsi pengalaman yang berjaya bersama golongan profesional perubatan di Malaysia dan mencipta lebih banyak peluang untuk menjalin kerjasama antara kedua-dua wilayah tersebut.

David Wei Chun Huang, pengarah Jabatan Perubatan Rawatan Kritikal di Kaohsiung Veterans General Hospital, membuat pembentangan mengenai sistem EKG mudah alih yang dapat mencari dan memindahkan data yang diukur ke hospital dalam masa 30 saat melalui pemeriksaan EKG 12-dedawai dan ciri tafsiran automatik, bagi membantu menyelamatkan nyawa semasa beberapa minit pertama yang kritikal selepas bermulanya serangan jantung. Pengurus besar Viewlead Technology Sam Tsai menyampaikan ceramah mengenai sistem menyelamat dinamik awan pintar yang dilancarkan hampir tiga tahun lalu dengan kerjasama kerajaan Bandar Taipei Baharu. Sistem tersebut telah membawa kepada peningkatan 2.75% yang signifikan dalam kadar pemulihan pesakit dengan masalah jantung terhenti di luar hospital (OHCA), menunjukkan bahawa integrasi sumber perubatan yang pintar dapat meningkatkan kadar kejayaan menyelamat kecemasan. Chi-Sheng Hung, pengarah eksekutif Tele-Health Center di Taiwan University Hospital, berkongsi butiran mengenai model perkhidmatan telekesihatan yang inovatif. Ditubuhkan lebih daripada 10 tahun yang lalu, pusat tersebut menyediakan perkhidmatan perubatan yang mengintegrasikan pemantauan fisiologi jarak jauh dan analisis AI terhadap luka kronik, meningkatkan dengan sangat tinggi kualiti rawatan penyakit vaskular periferi dan mengurangkan risiko amputasi. Naib presiden Compal Electronics Jui-Chun Hsu mengambil Compal iCare sebagai contoh untuk menggambarkan bagaimana teknologi integrasi perubatan pintar dapat diaplikasikan untuk rawatan jangka Panjang setelah keluar dari hospital, mengurangkan kos rawatan sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan. Teknologi tersebut bertindak sebagai asas untuk membina ekosistem rawatan kesihatan yang pintar.   

Sebagai respons kepada pandemik COVID-19, forum berkenaan disiarkan secara langsung, bagi membolehkan 500 hadirin mengambil bahagian dalam acara tersebut dan menyertai perbincangan pada waktu sebenar. Perbincangan semasa forum tersebut diadakan dari perspektif aplikasi dalam persekitaran hospital dan pembangunan produk, lalu menginspirasikan keyakinan peserta Malaysia terhadap keadaan rawatan kesihatan pintar di Taiwan. Ramai yang berkata bahawa mereka mengharapkan kerjasama yang selanjutnya dalam bidang rawatan kesihatan antara kedua-dua wilayah.

Sejak edisi pertama diadakan pada tahun 2017, Forum Rawatan Kesihatan Pintar Antarabangsa SHE mendapat sambungan hangat dari seluruh dunia. Joint Commission of Taiwan secara rasminya menubuhkan Health Smart Taiwan (HST) (https://www.hst.org.tw/en/) pada tahun 2019. Ketua Pegawai Eksekutif Joint Commission of Taiwan Dr. Pa-chun Wang berkata bahawa HST, platform integrasi sehenti, memaparkan aplikasi praktikal penyelesaian rawatan kesihatan pintar yang berkualiti tinggi, yang seiring dengan Tapak Demonstrasi di Taiwan, bagi membantu pengunjung memahami dengan cepat mengenai aplikasi serta trend masa depan sekali gus mencipta model baharu untuk hospital pintar. Sesi 2 Forum Rawatan Kesihatan Pintar Antarabangsa SHE yang akan datang, dijadualkan pada 6 Ogos, akan menyelidik mengenai aplikasi digital dan aplikasi inovatif yang lain terhadap data rawatan kesihatan.

Pesuruhjaya Wan I Lin
Tel: 02-8964-3000 samb.3197
Faks: 02-2963-4022
E-mel: hst@jct.org.tw
Alamat: 5F, 31, Sec. 2, Sanmin Road, Banqiao District, New Taipei City 220

Source: Joint Commission of Taiwan
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Survey, Polls & Research Trade show news