omniture

CATL Perkenal Teknologi Perintis Terkini dengan Lancarkan Generasi Pertama Bateri Natirum-ion

Satu Lagi Pencapaian Penting dalam Pengindustrian Teknologi Inovatif
Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
2021-07-30 17:53 245

NINGDE, China, 29 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Contemporary Amperex Technology Co., Ltd. (CATL) berjaya mengadakan acara pelancaran dalam talian pertamanya, "Tech Zone" pada 29 Julai. Dr. Robin Zeng, pengerusi CATL, memperkenalkan bateri natrium-ion generasi pertama syarikat, berserta penyelesaian pek bateri ABnya yang berupaya untuk mengintegrasikan sel natrium-ion dan sel litium-ion ke dalam satu pek - di acara tersebut. Sebagai satu lagi pencapaian penting oleh CATL dalam penerokaan sains dan teknologi asas, bateri natrium-ion akan menyediakan penyelesaian baharu untuk penggunaan tenaga bersih dan pengelektrikan pengangkutan, dan dengan itu menggalakkan pencapaian awal matlamat keneutralan karbon.

Dr. Robin Zeng, founder and chairman of CATL
Dr. Robin Zeng, founder and chairman of CATL

Menembusi hambatan teknologi bateri natrium-ion

Memandangkan keneutralan karbon telah menjadi kesepakatan global, industri tenaga baharu telah memasuki peringkat pembangunan yang kompleks dan pelbagai. Pasaran yang semakin bersegmen ini telah menimbulkan keperluan yang berbeza untuk bateri. Dalam masa yang sama, penyelidikan dan pembangunan seluruh dunia terhadap bahan asas untuk bateri dipercepatkan yang membuka wadah dua-hala untuk pengindustrian bateri natrium-ion.

Bateri natrium-ion mempunyai prinsip kerja yang serupa dengan bateri litium-ion. Ion natrium juga berulang alik antara katod dan anod. Walau bagaimanapun, dibandingkan dengan ion litium, ion natrium mempunyai volum yang lebih besar dan keperluan lebih tinggi berkaitan kestabilan struktur dan sifat-sifat kinetik bahan. Ini telah menjadi hambatan untuk pengindustrian bateri natrium-ion.

CATL telah berdedikasi untuk penyelidikan dan pembangunan bahan-bahan elektrod bateri natrium-ion selama bertahun-tahun. Dari segi bahan katod, CATL mengaplikasikan bahan putih Prusia dengan kapasiti khusus yang lebih tinggi dan mereka bentuk semula struktur pukal bahan dengan menyusun semula elektron yang dapat menyelesaikan masalah dunia berkaitan pemudaran kapasiti yang pantas terhadap kitaran bahan. Dari segi bahan anod, CATL membangunkan bahan karbon keras yang mempunyai struktur berliang unik yang membolehkan penyimpanan yang banyak dan pergerakan pantas ion natrium dan juga memberi prestasi kitaran yang cemerlang.

Berdasarkan beberapa inovasi dalam sistem kimia, generasi pertama bateri natrium-ion CATL memiliki kelebihan ketumpatan tenaga yang tinggi, keupayaan pengecasan pantas, kestabilan terma yang sangat baik, prestasi suhu rendah yang hebat dan kecekapan integrasi yang tinggi, antara lain. Ketumpatan tenaga sel bateri natrium-ion CATL dapat mencapai sehingga 160Wj/kg dan bateri boleh dicas dalam masa 15 minit sehingga 80% SOC pada suhu bilik. Tambahan pula, dalam persekitaran suhu rendah iaitu -20°C, bateri natrium-ion mempunyai kadar pengekalan kapasiti sebanyak lebih daripada 90% dan kecekapan integrasi sistemnya dapat mencapai lebih daripada 80%. Kestabilan terma bateri natrium-ion melangkaui keperluan keselamatan nasional untuk bateri daya tarikan. Generasi pertama bateri natrium-ion boleh digunakan dalam pelbagai senario pengelektrikan pengangkutan terutamanya di kawasan-kawasan dengan suhu yang sangat rendah, yang mana kelebihan cemerlangnya jelas terlihat. Selain itu, ia boleh diadaptasi dengan fleksibel terhadap keperluan aplikasi untuk semua senario dalam bidang penyimpanan tenaga.

Sistem inovasi empat-tonggak bagi menyokong tiga hala tuju pembangunan strategik 

CATL sentiasa komited untuk menjadi syarikat teknologi inovatif utama global dan memberi sumbangan yang cemerlang kepada resolusi tenaga mesra alam untuk umat manusia sebagai visinya. Bagi mencapai visinya, CATL melakukan usaha yang bersungguh-sungguh dalam tiga hala tuju pembangunan strategik. Hala tuju pembangunan pertama adalah untuk menggantikan tenaga fosil pegun dengan penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan penyimpanan tenaga; yang kedua adalah untuk menggantikan tenaga fosil mudah alih dengan menggunakan bateri EV bagi mempercepatkan pembangunan E-mobiliti; ketiga adalah untuk menggalakkan inovasi integrasi dalam aplikasi pasaran dengan memanfaatkan pengelektrikan berserta kecerdasan untuk mempercepatkan usaha ke arah aplikasi tenaga baharu dalam bidang-bidang berbeza. Bagi menyokong pembangunan yang berterusan dalam ketiga-tiga hala tuju pembangunan ini, CATL menubuhkan sistem inovasi empat-tonggak iaitu dalam sistem kimia, sistem struktur, sistem pembuatan dan model perniagaan bagi membina keupayaan transformasi yang pesat bermula daripada penyelidikan asas hinggalah aplikasi industri dan kemudiannya kepada pengkomersialan berskala besar.

Dr. Robin Zeng, founder and chairman of CATL
Dr. Robin Zeng, founder and chairman of CATL

Penyelidikan asas bahan dan sistem kimia adalah sangat penting. Dr. Robin Zeng, pengerusi CATL, berkata bahawa sesetengah individu percaya bahawa sistem kimia bateri hampir tidak lagi dapat melihat apa-apa kejayaan dan hanya penambahbaikan sahaja yang dapat dibuat dalam sistem struktur fizikal. Namun demikian, kami percaya bahawa dunia elektrokimia seperti adalah seperti Kiub Tenaga (Energy Cube) yang mana masih banyak lagi yang tidak diketahui yang perlu kita terokai. Kami tidak pernah letih untuk meneroka misterinya. Dengan menggunakan platform pengiraan daya pemprosesan tinggi dan teknologi simulasi, berdasarkan pemahaman kami yang mendalam mengenai prinsip-prinsip digabungkan dengan aplikasi algoritma termaju dan kapasiti pengkomputeran, kami terlibat dalam penerokaan yang mendalam untuk membangunkan sistem kimia yang paling sesuai untuk bateri natrium-ion, membolehkannya memasuki jalan pintas menuju pengindustrian dan terus berkembang. Sasaran pembangunan ketumpatan tenaga bateri natrium-ion generasi seterusnya adalah untuk melebihi 200Wj/kg.

Dari segi inovasi sistem bateri, CATL telah melakar satu lagi kejayaan dalam integrasi sistem bateri dan membangunkan penyelesaian sistem bateri AB yang bertujuan untuk mencampurkan dan memadankan bateri natrium-ion dan bateri litium-ion dengan perkadaran tertentu dan mengintegrasikannya ke dalam satu sistem bateri dan mengawal sistem bateri yang berbeza melalui algoritma jitu BMS. Penyelesaian sistem bateri AB dapat mengimbangi kekurangan ketumpatan tenaga semasa bagi bateri natrium-ion dan juga memperluas kelebihan kuasa dan prestasinya yang tinggi pada suhu yang rendah. Hasil daripada sistem struktur yang inovatif ini, senario aplikasi untuk sistem bateri litium-natrium dapat diperluaskan.

Penggunaan berbilang dimensi untuk menggalakkan pengindustrian bateri natrium-ion

Di acara tersebut, Dr. Qisen Huang, timbalan dekan CATL Research Institute, berkata bahawa pembuatan bateri natrium-ion benar-benar serasi dengan peralatan dan proses pengeluaran bateri litium-ion dan barisan pengeluaran dapat ditukarkan dengan pantas bagi mencapai kapasiti pengeluaran yang tinggi. Sehingga kini, CATL telah memulakan penggunaan industri bateri natrium-ion dan merancang untuk membentuk rantaian industri asas menjelang tahun 2023. CATL menjemput pembekal huluan dan pelanggan hiliran serta institusi penyelidikan untuk bersama-sama mempercepatkan promosi dan pembangunan bateri natrium-ion.

Dr. Qisen Huang, deputy dean of CATL Research Institute
Dr. Qisen Huang, deputy dean of CATL Research Institute

Dr. Robin Zeng berkata bahawa keneutralan karbon telah mencetuskan permintaan untuk bateri skala-TWj dan telah menggalakkan pembangunan pesat industri tenaga baharu. Kemunculan berterusan permintaan aplikasi memberi peluang untuk memaparkan keupayaan teknologi yang berbeza. Laluan teknikal yang pelbagai juga akan menjamin kestabilan pembangunan jangka panjang industri ini.

CATL's first-generation sodium-ion battery
CATL's first-generation sodium-ion battery

 

Advantages of the first-generation sodium-ion battery performance
Advantages of the first-generation sodium-ion battery performance

Latar Belakang CATL 

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL) ialah peneraju global bagi inovasi teknologi tenaga baharu, komited untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang utama untuk aplikasi tenaga baharu di seluruh dunia. Pada Jun 2018, syarikat ini didagangkan secara terbuka di Shenzhen Stock Exchange dengan kod saham 300750. Menurut SNE Research, dalam tahun 2020, jumlah penggunaan bateri EV CATL disenaraikan di kedudukan No.1 di dunia selama empat tahun berturut-turut. CATL turut menikmati pengiktirafan yang luas oleh rakan kongsi OEM global. Bagi mencapai matlamat untuk merealisasikan penggantian bahan bakar fosil dalam sistem tenaga pegun dan mudah alih dengan sistem kuasa elektrik amat cekap yang dihasilkan melalui bateri canggih dan tenaga boleh diperbaharui dan menggalakkan inovasi bersepadu aplikasi pasaran dengan pengelektrikan dan 'intelligentization', CATL mengekalkan inovasi yang berterusan dalam empat dimensi termasuk sistem kimia bateri, sistem struktur, sistem pembuatan dan model perniagaan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.catl.com

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Oil/Energy Utilities New products/services