omniture

Pemenang Anugerah Grammy® dan Artis Berbilang Platinum, Ariana Grande Memasuki Kategori Kecantikan Bersih dengan Pelancaran God is a Woman, Wangian Baharu yang Diilhamkan daripada Kehebatan Alam Semula Jadi

LUXE Brands
2021-07-30 20:12 183

NEW YORK, 30 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pemenang Anugerah Grammy® , Ariana Grande menjemput anda menikmati kemesraan dan bau-bauan menakjubkan dengan wangian baharu mereka yang hebat, God is a Woman. Haruman menyegarkan deria yang dinanti-nantikan hasil kerjasama dengan jenama LUXE ini akan dilancarkan secara eksklusif di Ulta.com hari ini dan di kedai-kedai Ulta Beauty di seluruh negara di Amerika Syarikat pada 1 Ogos 2021.

Grammy® Award Winning and Multi-Platinum Artist Ariana Grande Enters the Clean Beauty Category with the Launch of God is a Woman, a New Fragrance Inspired by the Power of Nature
Grammy® Award Winning and Multi-Platinum Artist Ariana Grande Enters the Clean Beauty Category with the Launch of God is a Woman, a New Fragrance Inspired by the Power of Nature

Diilhamkan oleh kuasa alam semula jadi, God is A Woman mengandungi 91% bahan-bahan bersih semula jadi, pencapaian pertama daripada francais Wangian Ariana Grande serta 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan dan bebas daripada kekejaman haiwan. Dalam tempoh dua minggu susulan pelancaran God is a Woman, sumbangan daripada setiap pembelian wangian yang layak akan disalurkan kepada inisiatif pembersihan lautan di seluruh dunia.

"Saya amat teruja untuk meraikan pelancaran wangian bersih pertama kami," kata Grande. "Sudah tentu kami telah lama bebas daripada kekejaman haiwan tetapi langkah seterusnya ke arah bahan bersih dengan sumber yang bertanggungjawab dan berasaskan tumbuh-tumbuhan merupakan sesuatu yang amat kami banggakan. Saya benar-benar menyukai wangian ini dan berharap semua orang yang memakainya terasa cantik dan berkuasa."

"God is a Woman ialah gambaran sebenar mesej hebat Ariana buat para peminatnya. Wangian dan jenama yang memikat ini menandakan evolusi francais ke arah Kecantikan Bersih," jelas Noreen Dodge, Ketua Pegawai Pemasaran LUXE Brands. "Jenama ini telah lama bebas daripada kekejaman haiwan dan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi namun kami ingin mengubah pembungkusan di seluruh barisan produk kami kepada bahan yang lebih lestari. Peneraju industri dalam pelbagai kategori sengaja mengambil langkah ini dengan berhati-hati dan anda akan terus melihat perubahan yang menarik dari semasa ke semasa di seluruh francais."

Direka oleh Jerome Epinette Robertet, pembuat minyak wangi dan artisan di sebalik Byredo dan Atelier Cologne, God is a Woman merupakan gabungan bahan semula jadi mewah yang tidak dapat dijangka yang akan melitupi anda daripada hujung rambut ke hujung kaki. "God is a Woman menampilkan ciri keduaan yang julung-julung kali ditampilkan dalam wangian - struktur minyak wangi yang sangat ringkas berasaskan beberapa bahan semula jadi paling indah dan paling didambakan yang tersedia kepada saya sebagai pembuat minyak wangi – khususnya Ambrette dan Orris.  Cara kami mencipta haruman ini menunjukkan masa depan yang saya gambarkan pada minyak wangi; keringkasan dan kemewahan berasaskan alam semula jadi," kata Jerome Epinette, Naib Presiden & Ketua Pembuat Minyak Wangi, Robertet Inc.

Grande melancarkan minyak wangi pertamanya pada tahun 2015. Sejak itu, kejayaan global Grande dalam bidang wangian tidak dapat ditandingi dengan jualan runcit yang menjangkau $750 juta sejak dilancarkan. Francais yang memenangi anugerah ini telah dicalonkan untuk anugerah Fragrance of the Year, Media Campaign of the Year dan Consumer Choice dengan pelancaran Thank U Next pada tahun 2019 dan kemenangan memberangsangkan 'Cloud' bagi anugerah Fragrance of the Year 2020 dan R.E.M bagi anugerah Fragrance of the Year 2021.

"Saya terus mengagumi hubungan erat Ariana dengan para peminat beliau dan pendekatan langsung beliau dalam membangunkan bau-bauan unik yang akan mereka minati serta kempen ketulenan yang mereka nanti-nantikan," kata Tony Bajaj, Ketua Pegawai Eksekutif LUXE Brands. "Daripada nota haruman hingga kepada bahan sumber lestari yang digunakan dalam pembungkusan, Ariana merupakan individu yang bertanggungjawab di sebalik proses kreatif God is a Woman. LUXE Brands berbesar hati untuk sekali lagi bekerjasama dengan ikon berpengaruh seperti beliau."

PEMBUNGKUSAN
Reka bentuk pembungkusan God is a Woman menampilkan pernyataan yang benar-benar berani dengan cara yang ringkas. Gelas lut cahaya lavender wangian ini berbentuk tinggi, bertingkat, nipis dan elegan dengan ketulenan abadi yang ditutup dengan penutup berwarna putih krim. Botol ini diletakkan di dalam pemegang berbentuk batu yang menakjubkan, mewujudkan gabungan suci yang sempurna.

Pakej luarnya mewarnai latar, menunjukkan Ariana diliputi bunga-bunga indah seolah-olah beliau bersatu dengan alam semula jadi yang menampilkan sebuah fantasi di luar pemikiran.

NOTA WANGIAN
Atas:
Ambrette & Jus Pir

Tengah:
Kelopak Orris & Mawar Turki

Dasar:
Vanila Madagascar & Krim Kayu Cedar

HARGA 

Semburan Eau de Parfum, 3.4 FL OZ/100 mL  $65.00
Semburan Eau de Parfum, 1.7 FL OZ/50 mL  $55.00
Semburan Eau de Parfum, 1.0 FL OZ/30 mL  $45.00

Semua harga ialah harga runcit yang dicadangkan oleh pengeluar dalam dolar AS.

Jenama ini akan dilancarkan kepada peruncit berprestij tambahan di seluruh dunia pada akhir musim luruh, termasuk

    • Kanada: Shoppers Drug Mart
    • Eropah: Douglas
    • UK: Boots, Superdrug, The Perfume Shop dan The Fragrance Shop
    • Australia: My Chemist

TENTANG ARIANA GRANDE
Seorang artis rakaman pelbagai platinum yang memenangi anugerah Grammy dan bintang terkenal antarabangsa, Ariana Grande juga merupakan artis pertama yang menduduki tiga tempat teratas Billboard Hot 100 selepas the Beatles pada tahun 1964 dengan "7 Rings," "Break Up With Your Girlfriend, I'm Bored," dan "Thank U, Next."  Pada tahun 2020, beliau menjadi artis pertama dan satu-satunya yang mempunyai 5 single debut di kedudukan #1 dalam sejarah carta. Pada tahun 2021, Grande mencipta sejarah sebagai artis pertama yang menduduki tiga daripada 10 tempat terbaik pada carta Billboard Pop Airplay dan Mediabase Top 40 Charts dengan "positions", "34+34" dan "pov." Pada usia 27 tahun, beliau telah berjaya menyampaikan lima album jualan platinum dan mengatasi 35 bilion penstriman – beliau merupakan artis wanita paling banyak distrim di Spotify dalam dekad lalu – serta dengan pantas menjadi salah seorang bintang pop paling hebat generasi kita dengan suara yang menakjubkan serta penampilan pentas dan penampilan bersama para peminat yang tiada tandingan. Pada tahun 2019, Grande memulakan Jelajah Dunia Sweetener dan tampil dalam lebih 100 persembahan sepanjang tahun, termasuk barisan penyampai di Lollapalooza dan Coachella - yang menampilkan beliau sebagai penyampai termuda dalam sejarah festival tersebut. Pada tahun 2021, Grande telah diumumkan untuk menyertai THE VOICE NBC sebagai jurulatih. Beliau turut membintangi filem Adam McKay yang akan datang iaitu DON'T LOOK UP, di samping Leonardo DiCaprio dan Jennifer Lawrence untuk Netflix.

TENTANG LUXE BRANDS
LUXE Brands, Inc. ialah sebuah syarikat kecantikan berprestij global yang dikhususkan untuk membangunkan jenama kecantikan bertaraf dunia serta memberi inspirasi kepada pengguna di seluruh dunia. Pendekatan inovatif syarikat untuk mereka bentuk, memasar dan membina jenama dengan etos digital pertama telah memperoleh pelbagai anugerah di serata dunia. LUXE Brands telah dianugerahkan Fragrance of the Year 2019 mewakili Cloud oleh Ariana Grande. Portfolio penuh ini merangkumi Ariana Grande, Nicki Minaj, Eau de Juice oleh Cosmopolitan dan perkongsian berlesen dengan General Motors untuk jenama Hummer.

Hubungan Akhbar Ariana Grande Fragrance:
Lede Company
Sarah Cramer
Sarah.Cramer@LedeCompany.com

Devi Kinkhabwala
Devi.Kinkhabwala@LedeCompany.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1583835/launch_of_god_is_a_woman.jpg?p=medium600

 

Source: LUXE Brands
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services