TOULOUSE, France, 11 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Sumber tenaga pesawat daripada haba badan, bagasi bergelonsor di atas lapisan udara dan penggunaan kuasa lembu (gas metana) untuk menjana pesawat -- ini merupakan beberapa idea-idea pergolakan zaman yang dihasilkan oleh pelajar universiti dari seluruh dunia. Aneh, tetapi buah fikiran mereka mungkin menjadi suatu kenyataan bagi pesawat masa depan.
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/61908-airbus-competition-showcases-ideas
Konsep-konsep penerbangan disruptif tersebut telah dikemukakan dalam pertandingan Fly Your Ideas, satu pertandingan berperingkat global yang dianjurkan oleh Airbus, pengeluar pesawat antarabangsa, -- dengan sokongan UNESCO -- untuk menggalakkan bakat-bakat baru mencipta industri penerbangan masa depan yang lebih mampan. Airbus mencabar peserta untuk membangunkan idea-idea radikal yang mesra alam untuk industri penerbangan, dan lima pasukan finalis telah dipilih daripada beratus-ratus penyertaan yang kreatif dari segi kejuruteraan dan reka bentuk.
Pasukan terpilih ini akan menuju ke ibu pejabat Airbus di Toulouse untuk membentangkan idea mereka kepada panel hakim bagi merebut hadiah utama EUR30,000. Konsep yang akan dikemukakan oleh pasukan tersebut adalah seperti berikut:
Bagasi terapung di udara -- dikemukakan oleh pasukan Levar dari Brazil
Pesawat dijana kuasa lembu -- dikemukakan oleh pasukan CLiMA dari Australia
Bahan ubahsuai yang mengurangkan bunyi enjin -- dikemukakan oleh Pasukan AVAS dari India
Enjin hibrid kuasa bateri -- dikemukakan oleh Pasukan Flybrid dari Italy
Tenaga dalam kabin yang dijana oleh haba badan -- dikemukakan oleh Embarker dari Malaysia
Tenaga ini disalurkan kepada alat elektronik dalam pesawat dan dengan itu mengurangkan keperluan tenaga dalam penerbangan.
Sungguhpun idea-idea yang dikemukakan seperti metana sebagai bahan api penerbangan dan pengurangan bunyi hanya melalui pengubahsuaian reka bentuk enjin seolah-olah mustahil untuk dicapai, tetapi mungkin tidak lama lagi konsep-konsep ini dapat direalisasikan.
Charles Champion, Naib Presiden Kejuruteraan di Airbus selaku penaung Fly Your Ideas, berkata: "Pengenalan konsep inovasi disruptif dan teknologi masa depan ini membuktikan bahawa bidang kejuruteraan tidak menumpukan kemahiran teknikal sahaja. Bidang ini berkembang dengan minda yang inovatif dan pendekatan yang kreatif. Demi mencapai industri penerbangan yang neutral karbon menjelang 2020, kami memerlukan idea-idea inovatif dan kreatif yang berterusan dari jurutera masa kini. Pertandingan ini mengemukakan penyelesaian mampan untuk masa depan kami. Melalui Fly Your Ideas, kami membantu idea-idea ini menjadi kenyataan."
Namun begitu, sikap berinovasi mungkin terancam kerana jurang kemahiran teknikal dalam tenaga kerja. Industri teknologi canggih sedang menghadapi kekurangan 40 juta pekerja mahir untuk merelisasikan wawasan 2020, terutama sekali industri aeroangkasa, termasuk sektor permotoran dan peralatan perubatan. (Note 1) Dengan itu, ekonomi global mungkin merosot teruk.
Dr Lidia Brito, Pengarah Dasar Sains dan Pembangunan Kapacity UNESCO berkata, "Jika kita tidak mencari jalan untuk memberi peluang kepada generasi jurutera baru untuk menunjukkan kebolehan mereka, ini akan menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi global yang sedang pulih secara perlahan-lahan. Laporan Kejuteraan UNESCO baru-baru ini menyatakan bahawa kekurangan jurutera masalah yang ketara di banyak negara.
Walaupun secara purata, bilangan pelajar kejuruteraan semakin meningkat di seluruh dunia, kadar pendaftaran dalam bidang kejuruteraan menurun berbanding dengan bidang-bidang lain, dan ini amat merunsingkan. Kita perlu mengadakan insiatif praktikal seperti Fly Your Ideas untuk memberi motivasi kepada generasi muda untuk perkembangkan potensi kejuruteraan dan mencari penyelesaian yang boleh mengatasi isu-isu yang dihadapi sekarang."
Fly Your Ideas Airbus bertujuan meluaskan peluang perkembangan kerjaya untuk pencipta muda yang boleh memperbaiki keadaan dunia khususnya industri penerbangan yang mampan, buat masa kini dan masa hadapan.
Dalam pertandingan Fly Your Ideas 2013, pelajar bukan sahaja disediakan mentor dari Airbus untuk menggariskan hala tuju keseluruhan projek, tetapi juga seorang pakar Airbus dalam bidang pilihan mereka. Ini bermakna semua peserta mendapat nasihat pakar untuk mengimbas peluang-peluang sedia ada dalam industri penerbangan yang menyokong lebih daripada 56 juta pekerjaan; untuk menyumbang 35% daripada perdagangan dunia, dan US$ 2.2 trilion dalam KDNK global. Pihak pendidikan tinggi antarabangsa turut mendapat manfaat dengan mengenalpasti peluang penyelidikan dan pembangunan lanjutan.
Fly Your Ideas sebahagian daripada visi syarikat Airbus "The Future" yang menyasarkan penerbangan mampan menjelang 2050. Pemenang pertandingan ini akan diumumkan pada majlis anugerah di Paris pada 14 Jun.
Untuk matlumat lanjut, sila layari www.airbus-fyi.com
Note:
Butiran projek, video dan gambar boleh didapati di: http://www.airbus.com/presscentre/pressroom/
Nota kepada Penyunting
Jadual Pertandingan Fly Your Ideas 2013
Pendaftaran: |
Tutup 30 November 2012 |
Pusingan 1, Cadangan Projek: |
3 September-7 December 2012 |
Pusingan 2, Penyerahan Projek: |
Januari-April 2013 |
Pusingan 3, Perbentangan Projek (perkembangan): |
May-Jun 2013 |
Perbentangan terakhir (live): Pemenang diumumkan: |
12 Jun 2013 14 Jun 2013 |
Mengenai Fly Your Ideas
Pertandingan yang dianjurkan 2 tahun sekali ini melibatkan tiga pusingan mencabar progresif . Pemenang akan berkongsi hadiah utama sebanyak EUR30,000; naib juara pula sebanyak EUR15,000. Terdapat lima pasukan dalam pusingan akhir. Para hakim yang berprofil tinggi akan menentukan pasukan yang menang.
Ini adalah edisi ketiga cabaran Fly Your Ideas dwitahunan. Pertandingan sebelum ini (2011) menarik penyertaan dari lebih daripada 2,600 orang pelajar yang mewakili 287 universiti dan 75 buah negara. 'Pasukan Wings of Phoenix' dari Nanjing University of Aeronautics and Astronautics China menang dengan sistem generasi kuasa angin berasas di darat mereka yang mengeksploitasi aliran angin pesawat semasa berlepas dan mendarat
Untuk matlumat lanjut, sila layari: www.airbus-fyi.com
Finalis Fly Your Ideas 2013
Australia - Team CLiMA, Royal Melbourne Institute of Technology
Brazil - Team Levar, University of Sao Paulo
India - Team AVAS, SRM University
Italy - Team Flybrid, Technical University of Milan
Malaysia - Team Embarker, Universiti Putra Malaysia