omniture

Huawei Meningkat Maju dengan Keupayaan Terbuka HMS Core 6.0 Baharu untuk Pembangun Aplikasi Mudah Alih

Huawei Mobile Services
2021-08-02 10:00 114

SINGAPURA, 2 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Huawei telahpun melancarkan HMS Core 6.0, rangka pembangunan aplikasi terkini untuk pembangun globalnya. HMS Core 6.0 memperkenalkan beberapa kit baharu dalam domain grafik, media dan sistem serta menaik taraf perkhidmatan sedia ada bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat terhadap fungsi-fungsi aplikasi pintar. Semua alat pembangunan kini dapat diakses melalui laman sesawang HUAWEI Developers untuk membolehkan pembangun mencipta aplikasi yang inovatif dengan mudah. Mulai sekarang hingga 5 September, pembangun APAC dapat mengintegrasikan atau mencipta aplikasi dengan HMS Core 6.0 untuk menyertai AppsUP 2021 – Pertandingan Inovasi Aplikasi HMS Huawei dan meraih kemenangan daripada jumlah hadiah keseluruhan bernilai US$200,000.

HMS Core 6.0 Huawei memperkenalkan siri kit baharu untuk pembangun aplikasi termasuk Kit Saluran AV, Kit Pemodelan 3D dan banyak lagi. Pembangun kini dapat mengakses semua alat pembangunan melalui laman sesawang HUAWEI Developers (https://developer.huawei.com/consumer/en/hms) dan mencipta aplikasi yang inovatif dengan mudah.
HMS Core 6.0 Huawei memperkenalkan siri kit baharu untuk pembangun aplikasi termasuk Kit Saluran AV, Kit Pemodelan 3D dan banyak lagi. Pembangun kini dapat mengakses semua alat pembangunan melalui laman sesawang HUAWEI Developers (https://developer.huawei.com/consumer/en/hms) dan mencipta aplikasi yang inovatif dengan mudah.

Menerusi versi terkini HMS Core, beberapa kit pembangunan baharu disediakan termasuk Kit Saluran AV (AV Pipeline Kit), Kit Pemodelan 3D (3D Modelling Kit), Kit Editor Video (Video Editor Kit), Kit Editor Audio (Audio Editor Kit) dan Kit Modem 5G (5G Modem Kit). Berserta kit yang sedia ada seperti Enjin AR (AR Engine), Kit Pecutan (Accelerate Kit), Kit Peta (Map Kit), Kit Pemandangan (Scene Kit) dan banyak lagi, rangkaian penuh keupayaan HMS Core memperhebatkan pembangun untuk mencipta aplikasi yang berkualiti dengan penyelesaiannya yang pintar, kontekstual dan berasaskan senario.

Kit Saluran AV baharu mengandungi rangka yang ringan dan pelbagai pemalam berprestasi tinggi untuk menjadikan pemprosesan audio dan video mudah. Kit ini termasuk saluran pratetap untuk senario seperti main balik video, resolusi-super visual dan pengesanan peristiwa bunyi. Saluran ini membantu menangani kesukaran biasa yang dihadapi oleh pembangun aplikasi media seperti penggunaan kuasa yang tinggi semasa pengaturan dan proses pengoptimuman visual yang panjang. Umpamanya, Kit Saluran AV dapat menyokong Resolusi Super (SC) bingkai-demi-bingkai semasa main balik bagi meningkatkan resolusi visual pada masa sebenar sekali gus mengoptimumkan pengalaman menonton video apabila rangkaian tidak stabil dengan ciri Resolusi Adaptifnya.

Kit Pemodelan 3D merupakan satu lagi sorotan dalam kemas kini ketika ini. Kit berasaskan AI ini menyokong koleksi foto satu-klik dan penghasilan model 3D automatik yang meningkatkan kecekapan penghasilan model dengan pengalaman profesional yang minimum diperlukan. Kit yang mudah digunakan ini bermanfaat khususnya untuk aplikasi e-dagang dan animasi, yang membolehkan pembangun menghasilkan model 3D dengan telefon bimbit yang dilengkapi dengan kamera RGB.

Selain daripada kit baharu, terdapat juga beberapa pengemaskinian terhadap perkhidmatan sedia ada. Contohnya, Kit Grafik Komputer (Computer Graphics Kit) memperkenalkan buat julung kalinya teknik persembahan "kabus volumetrik". Ciri grafik baharu ini membantu mencipta kesan pencahayaan dinamik dan kabus bayangan. Disediakan untuk semua peranti Android yang menyokong Vulkan API, ciri ini membolehkan pembangun memperoleh pemandangan dalaman yang realistik dan imersif dalam permainan mudah alih yang bermanfaat khususnya untuk permainan gaya siberpunk.

Bagi meningkatkan prestasi rangkaian, HMS Core turut mengemas kini Kit Rangkaian (Network Kit) dengan menambah fungsi pemecutan rangkaian berkuasa AI. Fungsi ini akan mempersiapkan rangkaian berdasarkan senario penggunaan yang diramal, seterusnya mengoptimumkan prestasi rangkaian dan mengurangkan kependaman aplikasi sebanyak lebih 20%.

Keupayaan HMS Core membolehkan pembangun mencipta aplikasi natif, aplikasi web dan aplikasi pantas melalui pelbagai peranti pintar termasuk telefon pintar, tablet, TV pintar, peranti boleh pakai dan produk audio. Keupayaan terbuka ini juga boleh digunakan untuk mencipta aplikasi yang beroperasi melalui Android dan HarmonyOS dengan menggunakan rangka pembangunan silang-platform seperti React Native dan Cordova.

Menggunakan HMS Core 6.0 bagi mencipta aplikasi inovatif untuk AppsUP 2021

Huawei mengadakan pertandingan inovasi aplikasi globalnya, AppsUP, buat tahun kedua yang bertujuan untuk menginspirasikan dan menyokong pembangun bagi menerima pakai HMS Core Kits untuk mencipta aplikasi yang inovatif.

Edisi APAC tahun ini membawakan 10 kategori anugerah – Aplikasi Terbaik, Permainan Terbaik, Anugerah Impak Sosial Terbaik, Anugerah Aplikasi Khas, Anugerah Aplikasi Paling Popular dan kategori-kategori baharu termasuk Anugerah Bintang Bersinar AppGallery, Anugerah Inovasi Teknologi Kewangan Terbaik, Anugerah Inovasi HMS Core Terbaik, Anugerah Pelajar Cemerlang dan Anugerah Wanita Teknologi.

Dua puluh aplikasi yang cemerlang akan dipilih berdasarkan reka bentuk aplikasi, pengalaman pengguna, daya pembaharuan dan nilai perniagaan untuk meraih kemenangan daripada jumlah hadiah keseluruhan bernilai US$200,000. Pembangun APAC hanya perlu menyerahkan aplikasi yang telah diintegrasikan dengan sekurang-kurangnya satu HMS Core Kit sebelum 5 September agar layak untuk bertanding.

Untuk mendaftar AppsUP 2021, sila kunjungi: http://bit.ly/appsupapacpr.

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment New products/services