omniture

'BUS RYDE' YAS - Menyediakan Penjagaan dan Keterangkuman Kewangan untuk Komuter

YAS Digital Limited
2021-08-02 15:06 78

HONG KONG, 2 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Satu lagi pencapaian buat YAS MicroInsurance, sebuah syarikat inovasi mikroinsurans terkemuka yang beribu pejabat di Hong Kong membawakan 'BUS RYDE', mikroinsurans penumpang bas terbina dalam yang pertama di dunia oleh YAS. 'BUS RYDE' ialah ciptaan bersama sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik dengan Assicurazioni Generali S.p.A ('Generali') dan Kowloon Motor Bus Company (1933) Limited (KMB'). Kejayaan inovasi dan kerjasama ini ialah satu langkah untuk merangkul dan sebagai tindak balas kepada visi dan misi yang dinyatakan dalam Rangka Tindakan Bandaraya Pintar Hong Kong oleh Kerajaan Hong Kong.

BUS RYDE – Mikroinsurans Penumpang Bas Pertama Dunia yang Terhubung dengan Kad Transit Awam
BUS RYDE – Mikroinsurans Penumpang Bas Pertama Dunia yang Terhubung dengan Kad Transit Awam

BUS RYDE ialah produk mikroinsurans perintis yang memberikan penjagaan, kemudahan dan satu imaginasi baharu terhadap pengalaman insurans kepada lebih 4 juta komuter bas awam harian Hong Kong. Melalui pendaftaran OpenAPI dan Kad Transit Octopus (kad pintar pengangkutan awam terbesar di Hong Kong) di aplikasi YAS, pemegang pas bulanan KMB dapat menebus perlindungan mikroinsurans BUS RYDE dengan lancar. Ketenangan tambahan untuk melindungi milik peribadi dengan perlindungan melebihi US$250 (kehilangan atau kecurian) dan perlindungan perbelanjaan perubatan kemalangan sehingga US$640. Nota: Generali ialah penerbit dan pengauderait polisi.

Penubuhan 'BUS RYDE' juga membawakan lensa baharu kepada syarikat-syarikat dan Kerjasama perniagaan untuk memulakan kesinambungan hebat antara syarikat multinasional dengan 190 tahun sejarah ('Generali'), syarikat pengangkutan massa berusia 88 tahun ('KMB') dan usaha sama teknologi insurans pertumbuhan hiper berusia 18 bulan ('YAS').

YAS MicroInsurance Melancarkan Mikroinsurans Penumpang Bas Pertama Dunia – BUS RYDE
YAS MicroInsurance Melancarkan Mikroinsurans Penumpang Bas Pertama Dunia – BUS RYDE

"Pelancaran besar-besaran BUS RYDE pastinya membuka lembaran baharu untuk YAS dan industri insurans dengan menghubungkan dan mengukuhkan Teknologi Kewangan dan Teknologi Insurans dengan kehidupan seharian orang awam," Andy Ann, Pengasas Bersama YAS berkata. "Sebagai sebuah syarikat baru mula teknologi berusia 18 bulan, kami sangat teruja dan berbesar hati dapat melangkah ke hadapan dengan lebih banyak produk inovatif baharu dalam suku akan datang, dengan rakan kongsi strategik kami, KMB dan Generali, masing-masing mempunyai kepakaran mereka, asas yang kuat dan sejarah kecemerlangan yang lama dalam bidang mereka sendiri."

William Lee, seorang lagi Pengasas Bersama YAS menambah, "Kami percaya pelancaran BUS RYDE memenuhi salah satu visi kami untuk menjadikan bandaraya kami lebih pintar dan lebih selamat. Sebagai mikroinsurans, perlindungan 'BUS RYDE' adalah berpatutan untuk semua dan membolehkan kami menjadi merangkumi kewangan kerana setiap detik dan setiap orang penting!"

"Selepas Hong Kong, pasukan ini bersedia untuk memulakan usahasama baharu di Asia Tenggara dan lebih lagi. Pengalaman daripada Kerjasama dengan Generali dan KMB mengukuhkan asas kami sebelum kami membawakan perlindungan mikroinsurans lain ke rantau ini," kata Samson Fong, Ketua Pemasaran dan Perkongsian di YAS.

Latar Belakang YAS MicroInsurance – Setiap Detik Penting 

YAS ialah syarikat mikroinsurans dan teknologi yang beribu pejabat di Hong Kong dengan operasi di Vietnam dan semakin berkembang di Rantau Asia. Visi mereka adalah untuk mendayakan dan membina insurans ke dalam detik seharian setiap orang, di mana sahaja, pada bila-bila masa dan untuk membina masa depan insurans tanpa pembaziran, dioptimumkan, boleh diselaraskan, boleh dikongsi dan atas permintaan.

YAS MicroInsurance menggunakan teknologi inovatif seperti rantaian blok, API Terbuka, AI, GPS untuk memberikan pengalaman insurans abad ke-21 kepada pelanggan. YAS disokong oleh pelabur-pelabur ternama seperti 500startups dan Beyond Ventures. Mereka mempunyai perancangan untuk menuju ke Malaysia, Vietnam, India, Greater Bay Area of Chine dan seluruh Asia.

Laman Web YAS MicroInsurance: https://yas.io/

Aplikasi YAS MicroInsurance:

iOS: https://yasss.info/iOS

Android: https://yasss.info/android

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Foxy Tang | +852 9650 3493 | foxy.tang@yas.io atau pr@yas.io

Source: YAS Digital Limited
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Insurance Transportation New products/services Financial Technology