omniture

Syarikat Gergasi Cina GAC dan Huawei Bakal Bekerjasama Bangunkan SUV Pintar

GAC MOTOR
2021-08-03 00:00 119

GUANGZHOU, China, 3 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pada 9 Julai 2021, GAC Group secara rasminya mengumumkan satu projek bersama yang menarik dengan syarikat gergasi teknologi Huawei: kedua-dua firma ini akan bekerjasama untuk membangunkan "SUV pintar" yang disasarkan untuk dijual dalam pasaran menerusi pengeluaran secara besar-besaran menjelang penghujung tahun 2023.

Chinese Giants GAC and Huawei Will Work Together to Develop a Smart SUV
Chinese Giants GAC and Huawei Will Work Together to Develop a Smart SUV

SUV ini akan menjadi produk bersama yang pertama daripada kedua-dua perusahaan ini. SUV elektrik tulen yang bersaiz sederhana hingga besar, wawasan di sebalik kereta ini merupakan visi teknologi futuristik, berkuasa dan cekap yang akan membawa keupayaan tenaga baharu yang menarik dan pemanduan berautonomi Tahap 4 kepada pembeli.

GAC Group menerima dan menggalakkan inovasi teknologi yang luas dalam kenderaannya dan Huawei merupakan peneraju global dalam banyak jenis teknologi. Kerjasama yang strategik ini akan membolehkan kedua-duanya membina kenderaan pintar dan platform digital generasi baharu. SUV ini dan pelbagai model masa depan yang lain akan memanfaatkan platform cesi GEP.30 GAC dan CCA (Seni Bina Pengkomputeran dan Komunikasi) Huawei serta melaksanakan tindanan penuh penyelesaian kenderaan pintar Huawei.

Sejak menandatangani perjanjian kerjasama strategik pada tahun 2017, GAC dan Huawei telah bekerjasama dalam bidang teknologi kenderaan elektrik terhubung pintar.

Pada bulan September 2020 di Guangzhou, kedua-dua firma ini menandatangani satu perjanjian untuk mengukuhkah lagi kerjasama dengan tumpuan terhadap seni bina pengkomputeran dan komunikasi selaras dengan trend pembangunan ke arah kenderaan perisian-berat.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, GAC telah meraih kejayaan yang besar dalam merealisasikan pengelektrikan kenderaan dan dalam pelbagai bidang teknologi tenaga baharu. GAC Group amat komited terhadap penyelidikan dan pembangunan, diperlihatkan oleh berbilion-bilion yuan disalurkan ke Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) GAC di seluruh dunia.

Pasaran global untuk kenderaan elektrik hanya semakin berkembang. Data meramalkan bahawa pasaran global EV akan meningkat hampir lima kali ganda antara tahun 2016 dan 2027; satu peningkatan tahunan sebanyak 20%. GAC Group berkedudukan kukuh untuk menerima sepenuhnya trend ini ke arah mencipta kereta yang lebih bersih, lebih mesra alam dan lebih baik dengan GAC MOTOR yang menyasarkan untuk mengeluarkan barisan kenderaan dielektrikkan sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Pertumbuhan pesat ini menunjukkan permintaan baharu dalam pasaran automobil untuk kereta pintar dan untuk ketukangan Cina.

Dengan teknologi baharu, proses baharu dan bahan baharu serta penggunaan pembuatan pintar dan peningkatan kapasiti pengeluaran secara komprehensif, GAC dan Huawei menyasarkan untuk mengeluarkan lapan model dan pelbagai siri kenderaan elektrik termaju yang memberi pengalaman memandu yang baharu pada kos yang jauh lebih rendah.

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation Asian-related news New products/services