CHANGZHOU, China, 3 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Trina Solar menerbitkan laporan 2019-20 mengenai tanggungjawab sosial korporat. Laporan berkenaan, mencakupi tempoh dua tahun, adalah sangat komprehensif, disediakan sejajar dengan Piawaian Pelaporan Kelestarian GRI 2018 yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Kelestarian Global (Global Sustainability Standards Board). Ia memperincikan mengenai banyak amalan dan pencapaian syarikat berhubung dengan CSR dan kelestarian seperti tadbir urus korporat, kepimpinan teknologi, inovasi produk, pembangunan lestari mesra alam, yang menyumbang kepada masyarakat dan bertindak balas terhadap COVID-19.
Klik pautan, muat turun laporan:
http://static.trinasolar.com/sites/default/files/TrinaSolar_CSRreport_2019-2020_EN.pdf
Ketelusan korporat dan pendedahan maklumat berkala
Pada 10 Jun tahun lalu Trina Solar menerbitkan Saham-A pertamanya di Shanghai Sci-Tech Innovation Board yang turut dikenali sebagai STAR MARKET, lalu menjadi syarikat PV pertama yang disenaraikan di sana. Dalam tempoh pendedahan daripada laporan CSR tersebut dan sejak syarikat ini disenaraikan, ia membuat 108 pengisytiharan sementara dan mengeluarkan 3 laporan berkala. Sistem pendedahan maklumat yang amat cekap, telus dan teratur, dengan pengisytiharannya yang lengkap dan tepat, menyumbang kepada reputasi cemerlang syarikat dalam pasaran ini dan lebih luas lagi atas sifatnya yang sangat teliti.
Kepimpinan teknologi
Dari tahun 2010 hingga 2020 State Key Laboratory of PV Science and Technology dikendalikan oleh Trina Solar mempunyai jumlah pelaburan kira-kira sebanyak 10 bilion RMB dalam pendanaan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Ia telah menjadi platform inovasi teknikal yang bertaraf dunia. Tahun lalu, perbelanjaan syarikat ini ke atas R&D meningkat sebanyak 22.29% berbanding tahun 2019 apabila perbelanjaan tersebut meningkat sebanyak 23.73%. Pada penghujung Jun 2021, syarikat ini dan State Key Laboratory of PV Science and Technology telah memecah 21 rekod dunia berhubung dengan kecekapan penukaran sel solar dan kuasa output modul PV.
Modul kuasa ultra tinggi 210 Vertex terajui pembangunan industri
Sejak tahun 2019 Trina Solar telah menjadi peneraju dalam menggalakkan penyelidikan dan pembangunan modul 210mm. Tahun lalu Trina Solar bersiap sedia untuk melancarkan modul berkuasa ultra tinggi Vertex di seluruh dunia dan menjadi peneraju untuk merealisasikan pengindustriannya, memimpin industri ini untuk menembusi era kuasa ultra tinggi 600W+ PV secara rasmi. Modul kuasa ultra tinggi 210mm Trina Solar dan platform teknologi baharu disepadukan dengan sistem telah menunjukkan jalan ke hadapan untuk industri PV.
Prestasi cemerlang dalam kelestarian
Menurut Matlamat Pembangunan Lestari Trina Solar 2020 (Trina Solar 2020 Sustainable Development Goals), berbanding dengan tahun asas 2015, bagi penggunaan tenaga disatukan setiap modul MW, Trina Solar telah menetapkan matlamat pengurangan peratusan sebanyak 10%. Laporan CSR yang didedahkan ini menurun 29.5% pada tahun 2020 berbanding dengan tahun 2015.
Bagi satu unit pengeluaran setiap kuasa elektrik yang dihasilkan (MW), syarikat ini berjanji untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 15% dan penggunaan air sebanyak 10% pada tahun 2020. Laporan ini mendedahkan bahawa tahun lalu sasaran ini telah dapat dipenuhi sepenuhnya, penggunaan kuasa elektrik menurun 59.7% berbanding dengan tahun 2015 manakala penggunaan air menurun 50.6% menggunakan penanda aras yang sama.
Pada tahun 2019, pengurangan emisi gas rumah hijau di China domestik mencecah 46% berbanding dengan tahun 2015 dan tahun lalu, prestasi adalah lebih baik, pengurangan sebanyak 68.6% berbanding dengan tahun 2015 telahpun dipenuhi.
Menjelang suku pertama tahun 2021, Trina Solar telah menghantar lebih daripada 70GW+ modul yang dapat menjana kira-kira 90 billion kWj kuasa tenaga bersih dan mengurangkan emisi CO2 sebanyak 94.22 juta tan setiap tahun, bersamaan dengan menanam 5.1 bilion batang pokok.
Pada tahun 2019, kapasiti penjanaan tenaga bersih bagi loji janakuasa solar yang dimiliki oleh Trina Solar di China melebihi penggunaan kuasa daripada kesemua kilang pembuatan domestik syarikat dan pusat R&D sebanyak 14 juta kWj. Tahun lalu, angka yang setara mencecah hampir 30 kali ganda banyaknya, iaitu 412 juta kWj.
Trina Solar telah menyertai inisiatif Science Based Targets (Sasaran Berasaskan Sains) global dan menandatangani Cita-cita Perniagaan demi ikrar 1.5°C. Ini sekali lagi menekankan komitmen syarikat untuk membantu mengehadkan peningkatan suhu global kepada 1.5°C melalui tindakannya sendiri untuk mengurangkan emisi.
Mengambil langkah tegas untuk memerangi COVID-19 tetapi mengurangkan kesan ke atas operasi perniagaan
Selepas penularan COVID-19 tahun lalu, Gao Jifan, pengerusi Trina Solar, mengambil tindakan segera untuk membeli bekalan anti-pandemik di China dan di tempat lain dan menyumbang bekalan tersebut ke pusat penularan pandemik.
Trina Solar turut mewujudkan mekanisme tindak balas kecemasan dalaman serta program penjagaan kakitangan untuk menjamin kawalan mahupun pencegahan pandemik di samping mematuhi operasi perniagaan biasa dengan cara yang praktikal dan selamat sebaik mungkin.
Mengulas mengenai prestasi syarikat serta peluang dan cabaran di hadapan, Gao berkata, "Kami percaya bahawa era pertumbuhan tinggi dalam tenaga baharu sedang menanti kita. Trina Solar akan tetap teguh dalam memenuhi misinya, komited terhadap tanggungjawab yang lebih besar dan sentiasa menyumbang kembali kepada masyarakat."
Sebagai peneraju dunia dalam PV dan penyedia penyelesaian menyeluruh tenaga pintar, Trina Solar sentiasa berbangga akan ketekunannya dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya. Sejak tahun 2011, ia mematuhi dengan tekun piawaian pelaporan CSR, menerbitkan laporan yang mendedahkan strategi, amalan dan prestasi Trina Solar dalam bidang CSR.
Maklumat lanjut mengenai Trina Solar: https://www.trinasolar.com/en-glb/about_trina_solar