omniture

Dable Bekerjasama dengan IAS untuk Memperkukuh "Brand Safety" dalam Kalangan Pemasar

Dable
2021-08-03 09:55 175

SEOUL, Korea Selatan, 3 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Dable, platform iklan natif global yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah bekerjasama dengan Integral Ad Science (IAS) (Nasdaq: IAS), peneraju global dalam kualiti media digital. Kerjasama ini akan menghadirkan fitur-fitur brand safety tambahan kepada para pengiklan.

Dable, platform iklan native global terkemuka bekerjasama dengan Integral Ad Science, peneraju global dalam kualiti media digital, untuk menghadirkan fitur-fitur brand safety tambahan kepada para pengiklan.
Dable, platform iklan native global terkemuka bekerjasama dengan Integral Ad Science, peneraju global dalam kualiti media digital, untuk menghadirkan fitur-fitur brand safety tambahan kepada para pengiklan.

Dable Native Ad, yang memaparkan iklan berdasarkan kepada minat dan tingkah laku pengguna, telah mengintegrasikan solusi brand safety IAS. Dengan solusi ini, para pengiklan dapat menghindari konten yang dinilai tidak sesuai oleh kebanyakan jenama. Berbagai jenama yang menggunakan Dable Native Ad kini dapat menghindari konten berisiko berdasarkan pilihan mereka dalam beraneka kategori seperti Produk Dewasa, Alkohol, Muat Turun Haram, Ubat-ubatan Terlarang, Ujaran Kebencian, Bahasa-bahasa Kasar dan Keganasan. Fitur pengendalian brand safety IAS tersedia secara pre-bid. Ini bererti, pemasar hanya melakukan penawaran iklan menurut impresi iklan yang selamat bagi jenama mereka, dan menjangkau pelanggan dalam persekitaraan yang terpercaya. Dengan kerjasama IAS ini, Dable juga akan menyediakan analisis berkaitan penawaran iklan yang dihapus ekoran risiko brand safety.

"Aspek brand safety adalah amat penting apabila sesebuah syarikat berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelanggan. Dable berkomitmen untuk menyediakan pengalaman pengiklanan terbaik kepada jenama-jenama dengan tahap brand safety tertinggi," kata Chaehyun Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Dable. "IAS adalah syarikat terkemuka yang melindungi brand safety melalui sejumlah teknologi unggulan. Melalui kerjasama ini, saya percaya pengiklan global kami dapat menyampaikan pesanan dengan yakin dalam persekitaran yang terpercaya dan mencapai objektif pemasaran mereka."

IAS menyediakan fitur pengendalian brand safety berdasarkan tinjauan konten masa sebenar (real-time) menggunakan teknologi machine learning. Lebih dari sekadar menganalisis kata-kata kunci atau URL, IAS mengkaji pelbagai unsur halaman web yang memaparkan Dable Native Ad untuk mempelajari konteks sebuah konten secara mendalam. Pengiklan boleh mengawal sama ada untuk memilih atau mengecualikan kategori konten dalam kempen mereka, sekaligus membantu menjangkau pelanggan, seiring konten yang selamat dan memenuhi piawaian jenama mereka. Kini, pengiklan dapat memanfaatkan solusi brand safety IAS tanpa kos tambahan dan dapat mencegah iklan mereka dari ditampilkan sekitar konten yang tidak sesuai.

"Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Dable dan menyediakan solusi brand safety untuk lebih ramai pemasar," kata Laura Quigley, Naib Presiden Kanan APAC di IAS. "Kami komited untuk membantu pelanggan kami memperoleh impresi iklan yang layak dengan menyajikan analisis dan teknologi yang dapat melindungi investasi pengiklanan daripada persekitaran yang tidak selamat, sehingga mencapai objektif pemasaran mereka. Kami akan terus membantu melindungi ekuiti jenama pengiklan melalui kerjasama baharu bersama peneraju industri seperti Dable."

Latar Belakang Dable

Dable ialah platform penemuan konten No.1. Dable menganalisis minat pengunjung laman sesawang dengan menggunakan teknologi pemprosesan dan pemperibadian data raya bertaraf dunia dan menyediakan solusi cadangan konten peribadi. Ditubuhkan pada tahun 2015 dan beribu pejabat di Seoul, Dable bekerjasama dengan lebih 3,000 media premium di Asia termasuk Korea, Taiwan, Jepun, Indonesia, Vietnam dan Malaysia. Untuk maklumat lebih terperinci mengenai Dable, kunjungi http://dable.io/en/ .

Latar Belakang Integral Ad Science

Integral Ad Science (IAS) ialah peneraju global bagi kualiti media digital. IAS menjadikan setiap impresi bermanfaat, memastikan agar iklan boleh dilihat oleh individu sebenar dalam persekitaran yang selamat dan sesuai, mengaktifkan penyasaran kontekstual dan memacu pengoptimuman laluan bekalan. Misi kami adalah untuk menjadi penanda aras global bagi kepercayaan dan ketelusan dalam kualiti media digital untuk jenama, penerbit dan platform yang terkemuka di dunia. Kami menjayakan usaha ini melalui teknologi berpandukan data dengan isyarat dan pandangan masa sebenar yang boleh diambil tindakan. Ditubuhkan pada tahun 2009 dan beribu pejabat di New York, IAS bekerjasama dengan beribu-ribu pengiklan terunggul dan penerbit premium di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi integralads.com. 

Hubungan media: Eunjin Kang, Pengurus perhubungan awam / press@dable.io   

Source: Dable
Related Links:
Keywords: Advertising Licensing/marketing agreements