omniture

Jadikannya Kenyataan: Snapmaker Sambut Ulang Tahun ke-5

Shenzhen Snapmaker Technologies Co., Ltd.
2021-08-03 20:23 301

Syarikat pembuatan digital Snapmaker meraih pencapaian penting 5-tahunnya dan memulakan kempen ulang tahun pada 2 Ogos dengan beberapa aktiviti menarik.

SHENZHEN, China, 3 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Sejak penubuhannya pada tahun 2016, Snapmaker mempunyai misi untuk membawa pengalaman industri dalam pembuatan digital kepada pengguna. Pada tahun 2017, pencetak 3D 3-dalam-1 logam sepenuhnya yang pertama Snapmaker Original membuat penampilan sulung di Kickstarter dan mengumpul lebih 2.2 juta dolar. Dua tahun kemudian, Snapmaker 2.0 dilancarkan dan mengumpul 7.85 juta dolar, lalu menjadikannya projek teknologi yang paling banyak dibiayai dalam sejarah Kickstarter.

Ulang tahun ke-5 Snapmaker: Jadikannya Kenyataan
Ulang tahun ke-5 Snapmaker: Jadikannya Kenyataan

Selepas mengadakan dua kempen pendanaan khalayak, syarikat ini mengumpul berjuta-juta dolar dalam pendanaan siri A pada bulan Mac 2021 yang dikhususkan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta perekrutan bakat. Kini memasuki tahun kelimanya, Snapmaker telah berkembang daripada 4 menjadi 200 pekerja dengan lebih 60,000 mesin dihantar ke lebih daripada 120 negara dan diterima baik oleh pembuat, penggemar, pertubuhan pendidikan dan juga pemilik perniagaan kecil-kecilan.

Mengimbau kembali 5 tahun menjalankan perniagaan ini, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Daniel Chen menyatakan: "Saya berbangga dengan apa yang telah kami capai sejak 5 tahun yang lalu. Ia merupakan satu pencapaian penting yang menunjukkan bahawa pasukan, pengguna dan rakan kongsi kami percaya tugas yang kami lakukan bernilai. Kami tidak akan mampu mencapai sejauh ini tanpa sokongan anda yang tidak berbelah bahagi dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa terima kasih kami dan meraikan detik penting ini bersama-sama."

"Konsep jenama kami telah beralih daripada "Make Anything" ("Hasilkan Apa Sahaja") kepada "Make Something Wonderful" ("Hasilkan Sesuatu yang Hebat") selama bertahun-tahun. Pada awalnya, kami berharap dapat memperkasa setiap pengguna dengan keupayaan untuk menghasilkan apa sahaja. Walau bagaimanapun, hidup ini singkat dan kita hanya mempunyai waktu dan tenaga yang terbatas untuk memfokuskan apa yang menjadi minat kita."

Bagi menyambut ulang tahun ke-5, Snapmaker akan menganjurkan beberapa acara yang bertemakan "Make It Happen" ("Jadikannya Kenyataan") mulai Ogos hingga Oktober sebagai usaha untuk berkongsi pencapaian penting dan cabarannya sejak 5 tahun yang lalu bersama pengguna dan rakan kongsinya dan dalam masa yang sama menantikan peluang masa depan. Kempen sambutan tersebut terdiri daripada acara dalam talian untuk berinteraksi bersama pengguna dan memenangi hadiah istimewa, jualan ulang tahun global bagi menawarkan diskaun menarik dan juga parti maya.


Sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut, Snapmaker akan turut memberi sumbangan amal untuk perlindungan haiwan, pendidikan STEAM serta kelestarian. Di samping itu, laman sesawang ulang tahun ke-5 yang ditampilkan akan turut dilancarkan untuk berinteraksi dengan pihak-pihak berbeza, berkongsi kisah Snapmaker, pesanan Ketua Pegawai Eksekutif dan butiran mengenai acara.

Melangkah ke hadapan, seperti yang dikatakan oleh Daniel, "Kami telah menyaksikan pertumbuhan dan pembangunan yang luar biasa sepanjang tempoh 5 tahun yang lalu, namun masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi. Seterusnya, kami akan terus menjadikan alat-alat boleh dicapai oleh pengguna biasa dengan teknologi kejuruteraan bagi memperkasa setiap individu untuk menikmati pembuatan dan menghasilkan sesuatu yang hebat."

Latar Belakang Snapmaker 

Snapmaker ialah sebuah syarikat inovatif dan berkembang pesat yang mengkhusus untuk membangunkan mesin pemfabrikatan digital atas meja. Snapmaker memfokuskan teknologi pencetakan 3D, turisan laser serta ukiran CNC dan membangunkan mesin atas meja 3D yang berkualiti tinggi, modular dan berbilang fungsi.

Maklumat perhubungan

Alamat emel: press@snapmaker.com

Source: Shenzhen Snapmaker Technologies Co., Ltd.
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Future Events