omniture

Universiti Asia bakal Mendominasi Pemeringkatan Global dalam Masa Dua Dekad

QS Quacquarelli Symonds
2013-06-12 05:15 112

LONDON, 12 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Universiti-universiti di Asia boleh mengatasi universiti di Barat dalam masa dua dekad lagi, kata pengumpul Pemeringkatan Universiti QS: Asia yang dikeluarkan hari ini di http://www.topuniversities.com

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120528/533558 )

HKUST mengungguli pemeringkatan di hadapan Universiti Kebangsaan Singapura dan Universiti Hong Kong , yang seri pada tempat kedua. Universiti Peking meningkat satu anak tangga ke tempat kelima, kedudukannya yang tertinggi setakat ini.

Pemeringkatan Universiti Asia QS 2013: 10 Teratas




Negara

2013

2012

Institusi

Wilayah

1

1

HKUST

HK

    2=

2

Universiti Kebangsaan Singapura

Singapura

    2=

3

Universiti Hong Kong

HK

4

4

Universiti Kebangsaan Seoul

Korea

5

6

Universiti Peking

China

6

7

KAIST

Korea

    7=

9

POSTECH

Korea

    7=

5

Universiti China Hong Kong

HK

9

8

Universiti Tokyo

Jepun

    10=

10

Universiti Kyoto

Jepun

    10=

17

Universiti Teknologi Nanyang

Singapura

© QS Quacquarelli Symonds 2004-2013 http://www.topuniversities.com

 "Pendidikan tinggi Asia sedang mengalami perubahan pantas. Singapura, Hong Kong, China dan Korea kini berada di barisan hadapan negara yang menghasilkan para elit akademik sedunia," kata Ben Sowter, ketua Unit Kepintaran QS, yang juga mengumpulkan Pemeringkatan Universiti Dunia QS.

"Kini sudah ada 17% lebih banyak universiti Asia yang berada dalam 200 kedudukan teratas sedunia sejak kegawatan, dan dua dekad seterusnya bakal menyaksikan universiti-universiti utama di AS dan Eropah diatasi secara objektif."

Pemeringkatan Universiti QS: Asia juga menunjukkan kenaikan mendadak selama lima tahun dalam bilangan pelajar antarabangsa yang belajar di institusi yang tersenarai dalam pemeringkatan rantau itu, daripada 175,286 orang dalam tahun 2009 ke 255,212 orang tahun ini. Jumlah fakulti antarabangsa juga telah meningkat daripada 21,223 kepada 35,677.

"Ketika pentadbiran Barat bertungkus-lumus untuk mengekalkan kadar pendanaan, institusi Asia semakin pantas meningkatkan kemampuan mereka untuk menarik kedatangan fakulti dan pelajar terbaik dunia,"kata Sowter.

Kelajuan pantas dalam perubahan di rantau itu dipaparkan dalam pemeringkatan pelengkap, 50 Teratas di Bawah 50 QS, yang memeringkatkan universiti-universiti yang ditubuhkan sejak tahun 1963. Asia mempunyai lima daripada enam institusi muda terbaik dunia, sebuah ramalan untuk penjajaran semula masa hadapan yang menyeimbangkan kuasa sedunia dari Barat ke Timur.  

   (10 Teratas)

2012



Negara

Kedudukan

Global

Institusi

Wilayah

1

33

HKUST

HK

2

47

Universiti Teknologi Nanyang

Singapura

3

58

Universiti Warwick

UK

4

63

Institut Sains dan Teknologi Lanjutan Korea

Korea

5

95

Universiti Bandar Hong Kong

HK

6

97

Universiti Sains dan Teknologi Pohang

Korea

7

107

Universiti Maastricht

Netherlands

8

155

Universiti California, Irvine

AS

9

159

Universiti Politeknik Hong Kong

HK

10

163

Universiti Lancaster

UK

Sumber: QS Quacquarelli Symonds

Source: QS Quacquarelli Symonds
Keywords: Education Higher Education Survey, Polls & Research