omniture

GenScript Ganding Bahu dengan Allozymes Sediakan Pembinaan Pustaka Pintar untuk Kejuruteraan Protein Jitu

GenScript
2021-08-04 09:44 175

SINGAPURA, 4 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- GenScript Biotech Corporation (Kod Saham: 1548.HK) hari ini mengumumkan satu jalinan kerjasama dengan Allozymes, sebuah syarikat biologi sintetik yang mentransformasikan pembuatan ramuan dengan menyerlahkan potensi kejuruteraan protein melalui teknologi perintis. Melalui kerjasama ini, GenScript akan menyediakan pembinaan pustaka mutan kepada Allozymes untuk aplikasi hiliran mereka dalam pelbagai industri termasuk farmaseutikal, kosmetik serta makanan & minuman.

Di bawah perjanjian tersebut, GenScript akan memanfaatkan kepakaran yang mantap dalam keupayaan sintesis gen de novo dan dengan teknologi sintesis oligo berasaskan semikonduktor termaju bagi menawarkan kawalan jitu ke atas setiap varian yang disintesis untuk mencapai pustaka mutan yang pelbagai dan diliputi sepenuhnya dengan pengagihan yang tidak berat sebelah. Pendekatan yang tepat dan rasional ini dapat menjimatkan masa saringan sasaran yang berharga, mempercepatkan aliran kerja penemuan dan mengurangkan perbelanjaan hiliran keseluruhan. Bersama-sama platform penyaringan berpaten Allozymes, perkongsian ini dijangkakan dapat mencapai kejayaan penting dalam penyelidikan kejuruteraan protein.

"Di Allozymes, kami membina platform kejuruteraan protein generasi seterusnya, yang terpantas seumpamanya, terletak di tengah-tengah Asia, Singapura. Kerjasama dengan GenScript akan mempercepatkan perjalanan kami dan menggerakkan kami ke hadapan bagi mencapai matlamat kami dengan lebih pantas," kata Dr. Peyman Salehian, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Allozymes.

"Sebagai salah satu penyedia penyelesaian yang utama dalam industri sains hayat global, GenScript komited untuk menyokong rakan kongsi kami bagi membangunkan industri biologi Singapura. Sejak penubuhan pejabat Asia Pasifik kami, kami menyediakan sokongan yang disesuaikan kepada penyelidik tempatan dan memperoleh pelanggan baharu dan Allozymes merupakan salah satu daripadanya. Teknologi proprietari kami dalam sintesis gen melengkapkan platform berpaten termaju Allozymes untuk membantu penyelidik dalam pembangunan biologi sintetik," kata Cik Dawn Lee, Pengarah Jualan SEA dari GenScript.

Latar Belakang GenScript Biotech Corporation

GenScript Biotech Corporation (Kod Saham: 1548.HK) ialah kumpulan bioteknologi bertaraf global. Dibangunkan berdasarkan teknologi sintesis gen yang terkemuka, GenScript dibahagikan kepada empat platform utama termasuk platform organisasi penyelidikan kontrak sains hayat (CRO), platform organisasi pembangunan dan pengeluaran kontrak biologi (CDMO), platform terapi sel global dan platform produk biologi sintesis perindustrian.

GenScript ditubuhkan di New Jersey, AS pada tahun 2002 dan disenaraikan di Hong Kong Stock Exchange pada tahun 2015. Operasi perniagaan GenScript mencakupi lebih 100 negara dan wilayah di seluruh dunia dengan entiti sah di AS, Tanah Besar China, Hong Kong, China, Jepun, Singapura, Belanda dan Ireland. GenScript menyediakan produk dan perkhidmatan premium, mudah dan andal untuk lebih 100,000 pelanggan.

Setakat 31 Disember 2020, GenScript mempunyai lebih daripada 4600 pekerja secara global, lebih 39% daripadanya berkelulusan sarjana dan/atau ijazah Ph.D. Di samping itu, GenScript memiliki beberapa hak harta intelek dan rahsia perdagangan, termasuk 146 paten dan 517 permohonan paten yang menunggu kelulusan. 

Didorong oleh misi korporat "menjadikan orang ramai dan alam semula jadi lebih sihat melalui bioteknologi", GenScript berusaha untuk menjadi syarikat bioteknologi yang paling dipercayai di dunia. Setakat 31 Disember 2020, produk atau perkhidmatan GenScript telah dipetik oleh 52,500 artikel jurnal berwasit di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi GenScript:

https://www.genscript.com.

Latar Belakang Allozymes

Ditubuhkan pada tahun 2019, Allozymes menyampaikan ramuan semula jadi yang lebih bersih, lebih mesra alam dan dihasilkan secara lestari dengan meluas. Melalui kuasa enzim tersuai, kami membantu rakan kongsi kami mencapai objektif-objektif mereka untuk biopembuatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar yang merangkumi pelbagai jenis aplikasi, termasuk agri-makanan, bahan api biologi, farmaseutikal dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.allozymes.com.

Source: GenScript
Related Stocks:
HongKong:1548
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Semiconductors Contracts Licensing/marketing agreements STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)