- Dengan Peranan Baharu ini, Eksekutif yang Lama Berkhidmat dengan Coty itu akan Mempromosikan Imej Coty ke Seluruh Dunia
NEW YORK, 12 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Coty Inc., sebuah peneraju yang meningkat naik dalam kecantikan global, telah memilih salah seorang daripada bakat terbaik syarikat itu, Catherine Walsh, bagi mengisi sebuah jawatan yang baru diwujudkan iaitu naib presiden kanan, Komunikasi Korporat. Dengan peranan baharu ini bersama penambahbaikan organisasi yang bakal dilakukan, Coty berusaha memperkukuhkan pembinaan jenamanya di seluruh dunia.
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130611/NY28823 )
"Catherine Walsh telah menjadi penggerak utama dalam mencipta dan membangunkan portfolio Amerika Coty Prestige sejak beliau menyertai kami pada tahun 2001," kata En. Michele Scannavini, Ketua Pegawai Eksekutif Coty, Inc. "Semangat beliau untuk semua bentuk kecantikan, sifat ingin tahu beliau yang semulajadi dan kemampuan pemasaran beliau yang unik semua telah menyumbang kepada kejayaan Coty Prestige yang semakin meningkat sejak 10 tahun lepas, dan itu hanya sebilangan daripada ciri-ciri yang meyakinkan saya terhadap kemampuan beliau menjawat peranan baharu ini."
Dengan peranan baharu ini, Walsh bertanggungjawab mempromosi imej korporat Coty, melaksanakan komunikasi kewangan efektif, memandu Coty Cares, membangunkan kemampuan digital dan mengetuai komunikasi dalaman. Di bawah pimpinan beliau, sebuah pasukan silang divisyen akan berkhidmat untuk membantu mencapai semua matlamat itu, dan ini termasuklah wakil daripada jabatan-jabatan Perhubungan Korporat Awam, Kemampanan Korporat, Digital Global dan Komunikasi Kakitangan.
"Saya telah bersama dengan keluarga Coty selama lebih 10 tahun dan kini saya tidak sabar-sabar lagi untuk membantu menjadikan Coty salah sebuah jenama terkukuh dalam industri kecantikan," kata Walsh. "Matlamat saya adalah untuk memastikan jenama kami dikenali dan dikagumi oleh rakan setara, peruncit, pengguna,, pembekal dan kakitangan. Dengan pasukan hebat yang saya ada bagi membantu saya, saya tahu kami akan berjaya mencapai semua matlamat itu dan lebih banyak lagi."
Antara pencapaian Walsh yang banyak sepanjang tempoh khidmat beliau di Coty termasuklah menghidupkan semula model wangian selebriti dengan membentuk sebuah kerjasama yang berterusan dengan Jennifer Lopez, mencipta konsep baharu dan wilayah jenama dengan Marc Jacobs dan Balenciaga, serta membawa jenama-jenama mega seperti Calvin Klein ke tahap cemerlang. Beliau berada dalam Lembaga Penasihat Industri Institut Teknologi Fesyen dan Lembaga Pengarah Yayasan Chinati.
Untuk maklumat lanjut berkenaan semua jenama Coty, sila lawati www.coty.com.
Mengenai Coty Inc.
Coty adalah peneraju yang meningkat naik dalam bidang kecantikan global dengan hasil bersih sebanyak $4.6 bilion bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2012. Diasaskan di Paris pada tahun 1904, Coty adalah syarikat kecantikan fokus perniagaan tunggal dengan portfolio yang terdiri daripada wangian, kosmetik warna dan produk penjagaan kulit dan tubuh terkemuka yang dijual di lebih 130 buah negara dan wilayah. Produk-produk yang ditawarkan oleh Coty termasuklah jenama-jenama global seperti adidas, Calvin Klein, Chloe, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan Sally Hansen.
Untuk maklumat tambahan mengenai Coty Inc., sila lawati www.coty.com