omniture

PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, Ditransformasi Sepenuhnya Menjadi 'Taman-dalam-Hotel' Pertama di Singapura, Susulan Renovasi S$45-Juta

PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, Singapore
2021-08-04 11:00 304

SINGAPURA, 4 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Susulan proses renovasi berjumlah S$45-juta, PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, yang dimiliki oleh Pan Pacific Hotels Group, telahpun selesai transformasinya menjadi 'Taman-dalam-Hotel' yang pertama di Singapura, menjadikan hotel ini sebagai salah satu hotel yang paling focus ekological dan berinovasi di negara ini.

 

PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, Singapura
PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, Singapura

Melvin Lim, Pengurus Besar PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, berkongsi bahawa, "Jenama PARKROYAL COLLECTION telah dicipta untuk memperjuangkan kelestarian dan menjalani kehidupan dengan lebih bertanggungjawab, mempromosikan seni bina dan reka bentuk ikonik serta menerapkan kesejahteraan dan gaya hidup sihat. Kami semestinya telah mengusahakan semua ini dengan bersungguh-sungguh apabila kami memikirkan pelbagai inisiatif dan pencapaian kami."

Himpunan Fakta Eklektik:

REKA BENTUK IKONIK

  • Hotel ini mempunyai Atrium skylit dalaman terbesar di Asia Tenggara, reka bentuk seni bina setinggi 21 tingkat yang memancarkan rasa keagungan bandar, dan keaslian Arkitek neo-futuristik John Portman.
  • Orchidea, ukiran bunga yang digantung di Atrium, dipasang pada tahun 1986 oleh Patung Kawat Amerika tekenal Ahli Seni Pahat Wayar Amerika termasyhur Richard Lippold. Ada yang mengatakan ia seperti wang syiling yang jatuh ke tangan, menandankan kemakmuran Hotel!
  • Tembok hijau setinggi 13 meter di lobi oleh FDAT, dengan abstrak awan dan pegunungannya, mengingatkan pada lukisan landskap tradisional Cina.
  • Lobi menempatkan dua patung cendana berukuran yang lebih besar daripada saiz biasa daripada ahli falsafah Cina purba Li Bai dan Confucius. Arca ini berasal pada tahun 80-an dan merupakan karya Pengukir kontemporari terkenal Taiwan Ju Ming.
  • Hotel ini menempatkan lebih dari 2,400 tanaman, pokok, semak dan penutup tanah daripada lebih 60 jenis flora. Reka bentuk landskap secara keseluruhan mengintegrasikan tumbuh-tumbuhan tersebut ke bahagian dalaman hotel, untuk menciptakan gambaran yang jelas dari hutan berlapis dan menghijau. Berjalan-jalan di sepanjang Skybridge sambil menikmati berjalan kaki di atas kanopi hutan, diapit oleh paviliun yang menggambarkan permandagan sarang burung yang tersumbunyi di sebalik puncak pohon.

KELESTARIAN

  • Struktur ikonik bangunan Hotel ini telah dipelihara semasa transformasi selama sembilan bulan lamanya bagi mengelakkan lebih daripada 51,300 tan karbon dioksida dihasilkan semasa pembinaan yang bersamaan dengan menebang 8.7 juta batang pokok atau memusnahkan kawasan yang lebih besar daripada kesemua kawasan simpanan alam semula jadi di Singapura.
  • "UrbanFarm" di Hotel ini mengandungi lebih 60 jenis buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan bunga boleh makan yang menjadi tulang belakang konsep dari ladang ke meja (farm-to-table) di restoran, bar dan spa di Hotel.

KESEJAHTERAAN & GAYA HIDUP

  • "Skyline" yang terdapat di Hotel ini, merupakan, kumpulan ruang, yang merangkumi COLLECTION Club Lounge, Skyline Bar, The Green Space - ruang terbuka pelpagaoi fungsi yang menghadap ke cakrawala kota dan Marina Bay, yang digemari oleh peminat yoga luaran - serta 25-meter kolam renang air mineral yang berkaca-kaca dengan 1,380 lampu gentian optik pada waktu malam.

Harga bilik bermula daripada S$228++ setiap orang. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lungsuri lelaman www.panpacific.com/marinabay.

Sila klik di sini untuk mengakses 'Himpunan Fakta Eklektik' dan Lembaran Fakta Hotel.
Sila klik di sini untuk mengakses video Jelajah Maya kami dan di sini untuk imej resolusi tinggi Hotel kami.

Source: PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, Singapore
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Construction/Building Entertainment Environmental Products & Services Hotels and Resorts Travel New products/services