omniture

Megaport Umum Megaport PartnerVantage, Program Rakan Kongsi Baharu Diwujudkan untuk Menjadikan Sambungan NaaS Mudah

Megaport PartnerVantage (MPV) akan memperkasakan pengedar nilai tambah, penyedia perkhidmatan terurus, penyepadu sistem, operator pusat data, ejen dan rakan kongsi lain untuk mempercepatkan dan mendapatkan peluang sambungan awan.
Megaport
2021-08-04 11:06 157

BRISBANE, Australia, 4 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Megaport Limited (ASX: MP1) ("Megaport"), penyedia Rangkaian sebagai satu Perkhidmatan (NaaS) global yang terkemuka, hari ini mengumumkan pembangunan Megaport PartnerVantage –program rakan kongsi baharu yang diwujudkan untuk membantu operator pusat data, penyedia perkhidmatan terurus, penjual nilai tambah, penyepadu sistem, ejen dan penyedia teknologi yang lain menyampaikan sambungan Rangkaian sebagai satu Perkhidmatan (NaaS) dengan mudah untuk mempercepatkan transformasi digital pelanggan mereka.

Megaport PartnerVantage akan memudahkan rakan kongsi untuk menambah penyelesaian NaaS seperti sambungan awan, penghalaan maya dan perangkaian pinggir ke dalam portfolio tawaran mereka agar mereka dapat meningkatkan pendapatan dan mendorong kejayaan pelanggan. Program ini akan menyediakan rangkaian alat dan sumber komprehensif yang akan membolehkan rakan kongsi penting Megaport mengurus semua penglibatan pelanggan mereka, bermula daripada sebut harga hingga pembekalan dan invois, daripada satu jendela kaca tunggal. Megaport PartnerVantage diwujudkan untuk mengurangkan perselisihan dalam proses jualan rakan kongsi, memberi kebebasan kepada mereka untuk memberi tumpuan dalam memberi nilai yang strategik kepada pelanggan mereka.

Megaport PartnerVantage akan menyediakan sumber-sumber rakan kongsi yang berikut:

  • VantageHub: platform Pengurusan Hubungan Rakan Kongsi (PRM) yang bertindak sebagai portal tunggal bersepadu yang akan menyediakan semua sumber yang diperlukan oleh rakan kongsi untuk memacu dan mengurus penglibatan pelanggan Megaport mereka.
  • VantageTransact: portal transaksi rakan kongsi yang akan mendayakan peruntukan kendiri atas permintaan dan pengurusan perkhidmatan Megaport untuk pelanggan.
  • VantageFunds: insentif kewangan yang akan membantu rakan kongsi melihat dan mengurus ganjaran yang diterima oleh mereka termasuk diskaun bahagian depan, penjayaan dan dana pembangunan pemasaran (MDF).
  • VantageSelling: sokongan jualan khusus dengan Pengurus Akaun Rakan Kongsi dan Seni Bina Penyelesaian Rakan Kongsi yang ditugaskan.
  • VantageLearn: modul latihan atas-permintaan yang akan menyediakan kursus pembelajaran yang fleksibel bagi meningkatkan kemampuan jualan rakan kongsi, teknikal dan sokongan.
  • VantageMarketing: sokongan pemasaran rakan kongsi termasuk kit alat dijenamakan bersama, kempen, 'battlecard' dan bahan pemasaran lain yang akan membantu rakan kongsi mendorong permintaan.

Megaport PartnerVantage akan menawarkan dua tahap, Prestij dan Pilihan, dengan tahap keperluan kewangan, latihan dan pemasaran berbeza yang akan mendorong peningkatan tahap insentif kewangan dan sumber penjualan serta pemasaran tambahan. Program ini diwujudkan untuk membantu rakan kongsi mencapai kejayaan pelanggan jangka panjang dalam transformasi digital mereka dan inisiatif awan.

"Kami menghargai hubungan kami bersama Megaport dan berharap agar dapat meneruskan usaha kami ini bersama-sama dalam menyediakan penyelesaian sambungan yang terbaik dalam kelasnya bagi menangani cabaran transformasi digital yang rumit buat pelanggan kami," kata Paul Comito, Ketua Pegawai Eksekutif Securiton Technologies. "Dengan penyertaan kami dalam Megaport PartnerVantage, kami dapat memperkasa pelanggan untuk berinovasi dengan rangkaian moden dan tangkas sebagai asasnya."

"Kami telah bekerjasama erat dengan Megaport sejak menyediakan Pertukaran Perkhidmatan bersama-sama pada tahun 2016 dan berharap dapat meneruskan kerjasama kami bagi menyediakan penyelesaian sambungan yang fleksibel dan terbuka untuk menangani cabaran transformasi digital pelanggan perusahaan kami yang rumit," kata Ketua Pegawai Teknologi Digital Realty Sharp. "Kami berkongsi wawasan sama yang melibatkan kuasa saling sambungan terbuka untuk membuka nilai yang terperangkap dalam perniagaan digital tatkala kami bekerjasama untuk membina fabrik daripada fabrik terbuka yang terbesar dalam industri ini. Penyertaan kami dalam Megaport PartnerVantage akan mendayakan lagi komuniti data terhubung di seluruh dunia untuk berinovasi berdasarkan asas saling sambungan yang moden dan tangkas."

"Rakan kongsi kami penting untuk perniagaan kami, kejayaan pelanggan kami dan matlamat pertumbuhan jangka panjang kami," kata Rodney Foreman, Ketua Pegawai Hasil, Megaport. "Megaport PartnerVantage menunjukkan pencapaian penting dalam menunaikan janji kami kepada rakan kongsi kami untuk membantu mendorong pertumbuhan jangka panjang mereka. Mengurangkan masa dan kerumitan untuk bersambung ke awan dan titik akhir perkhidmatan dapat mempercepatkan inisiatif transformasi digital dan meningkatkan peluang pendapatan untuk rakan kongsi kami mahupun pelanggan kami. Kami bekerjasama erat dengan rakan kongsi kami bagi pembangunan program ini untuk memastikan PartnerVantage akan dapat membantu mereka mencapai matlamat mereka dan dalam masa yang sama menjadikannya mudah untuk bekerjasama dengan Megaport. Kami berharap dapat meneruskan kerjasama kami bersama mereka untuk membantu mendorong kejayaan mereka."

Untuk maklumat lanjut mengenai Megaport PartnerVantage, sila kunjungi megaport.com/partners.

Latar Belakang Megaport 

Megaport ialah penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian Rangkaian sebagai satu Perkhidmatan (NaaS). Rangkaian Tentuan Perisian (SDN) global syarikat ini membantu perniagaan menghubungkan dengan pantas rangkaian mereka ke perkhidmatan melalui portal yang mudah digunakan atau API terbuka kami. Megaport menawarkan keupayaan rangkaian tangkas yang dapat mengurangkan kos kendalian dan meningkatkan kepantasan untuk dibawa ke pasaran berbanding dengan penyelesaian rangkaian tradisional. Megaport bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan terunggul di dunia termasuk AWS, Microsoft Azure dan Google Cloud serta operator pusat data, penyepadu sistem dan penyedia perkhidmatan terurus yang terbesar di dunia. Megaport ialah sebuah syarikat yang mendapat perakuan ISO/IEC 27001.

Source: Megaport
Related Stocks:
Australia:MP1
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications New products/services