omniture

Pameran Dekorasi Bangunan Antarabangsa China (Guangzhou) ke-23 Labuh Tirai dan Pameran Baharu Diumum bagi tahun 2022

The China (Guangzhou) International Building Decoration Fair
2021-08-04 12:41 2433

GUANGZHOU, China, 4 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pameran Dekorasi Bangunan Antarabangsa China (Guangzhou) ("Pameran CBD 2021" atau "Pameran") ke-23 melabuhkan tirainya pada 23 Julai dan menarik minat 172,783 pelawat profesional ke acara berkenaan.

The 24th CBD Fair (Guangzhou) has been scheduled for July 8-11, 2022.
The 24th CBD Fair (Guangzhou) has been scheduled for July 8-11, 2022.

Pameran CBD 2021 dibuka susulan kemenangan dalam memerangi satu lagi penularan COVID-19 di Guangzhou pada lewat bulan Mei yang lalu dan menarik minat hampir 2,000 pempamer, kira-kira 400 lebih banyak berbanding tahun lalu. Ia mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju industri dalam tiga aspek: skala, kualiti dan penyertaan daripada seluruh rantaian industri.

Kawasan pameran tahun ini berkeluasan hampir 400,000 meter persegi, satu peningkatan hampir 100,000 meter persegi berbanding tahun lalu, meliputi kesemua 37 dewan pameran di kawasan A, B dan C di Kompleks Pameran Canton dan keenam-enam dewan pameran Poly World Trade Center, lalu menjadikannya acara yang terbesar seumpamanya di dunia dari segi skala. Lebih daripada 2,000 pempamer dari 24 wilayah di seluruh China mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka di acara tersebut.

Komited untuk menerajui secara aktif pembangunan industri yang inovatif, mencapai pembangunan ekonomi dan sosial tempatan yang lebih baik serta memenuhi keperluan orang ramai demi kehidupan yang lebih baik, Pameran ini telah mengadakan lebih daripada 90 aktiviti seperti persidangan dan forum berkualiti tinggi yang diadakan semasa pameran yang berlangsung selama 4 hari lamanya. Selain daripada menganjurkan ceramah yang merangsang fikiran berdasarkan topik-topik yang paling mencabar dalam dekorasi bangunan, Pameran ini juga telah menjadi platform untuk pempamer memperkenalkan buat julung kalinya produk, reka bentuk, bahan atau teknologi baharu mereka.

Pameran ini turut mengukuhkan langkah-langkahnya untuk mengawal penularan COVID-19 sekali gus melaksanakan piawaian mesra alam yang tinggi bagi membangunkan pameran yang menjimatkan tenaga. Dengan sokongan penuh daripada kerajaan tempatan, Pameran tersebut merangka rancangan kerja yang ketat untuk pencegahan wabak, menubuhkan sebuah pasukan perkhidmatan di lapangan dan memastikan keperluan kawalan dan pencegahan dilaksanakan dengan ketat bagi menjamin keselamatan setiap peserta.

"Kejayaan Pameran CBD 2021 memainkan peranan utama yang dapat dicontohi dalam industri ini menerusi era pasca-pandemik. Kami akan terus menyumbang kepada pembangunan yang berkualiti tinggi dalam industri ini serta mengejar impian kami untuk menjadikan Pameran CBD sebagai pameran No.1 di dunia," kata said Liu Xiaomin, Pengurus Besar CFTE, penganjur Pameran CBD 2021.

Sebuah acara tambahan turut diumumkan bagi tahun 2022. Pameran CBD (Shenzhen) akan diadakan di Pusat Pameran & Konvensyen Dunia Shenzhen mulai 3-5 Julai 2022.

Source: The China (Guangzhou) International Building Decoration Fair
Keywords: Advertising Health Care/Hospital Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Infectious Disease Control Real Estate Retail Trade show news