omniture

Jenama Teh Hainan Terkenal Ah Weng Koh Berpindah Ke Arcc Spaces Centrepoint South

Memindahkan hab pejabat ke lokasi pusat Arcc Spaces untuk maju ke hadapan & mengembangkan perniagaan
Arcc Spaces
2021-08-04 14:32 52

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Ah Weng Koh, jenama Teh Hainan berpangkalan di Malaysia yang terkenal berpindah ke Arcc Spaces Centrepoint South Centre awal tahun ini untuk mengembangkan perniagaannya di seluruh Kuala Lumpur. Centrepoint South Centre terletak berhampiran dengan kedai kopinya bagi memastikan operasinya berjalan lancar dan produknya disampaikan tepat pada masanya kepada pelanggan. Bagi meraikan kesatuan ini, Arcc Spaces bekerjasama dengan Ah Weng Koh untuk menarik minat ahli-ahlinya dengan teh Hainan yang lazat sepanjang hari bekerja di kawasan umum pusat tersebut. Ahli-ahli Arcc Spaces juga berpeluang untuk menikmati promosi terkini melalui laman sesawang rasmi Ah Weng Koh.

Jackie Kam, Managing Director of Ah Weng Koh, chose Arcc Spaces Centrepoint South to expand the company's business in Kuala Lumpur
Jackie Kam, Managing Director of Ah Weng Koh, chose Arcc Spaces Centrepoint South to expand the company's business in Kuala Lumpur

Ah Weng Koh kini membuka kedai kopi pertamanya di bandar ini, menarik minat pelbagai pelanggan ke gerai mereka. Selain daripada Teh Hainannya yang terkenal, Ah Weng Koh turut menyajikan sarapan tradisional Malaysia seperti sekeping roti bakar atau roti kukus dan telur setengah masak tempatan. Pandemik COVID-19 telah menjejaskan setiap industri terutamanya sektor makanan dan minuman (F&B) ekoran sekatan pergerakan seluruh negara yang masih berterusan dan syarikat-syarikat yang beralih kepada bekerja dari rumah dan tidak masuk ke pejabat. Syarikat ini meletakkan Teh Hainannya yang terkenal sebagai minuman bertenaga dan iringan ideal untuk kerja jarak jauh bagi mengekalkan produktiviti. Untuk maju ke hadapan & mengembangkan perniagaan, Jackie, Pengarah Urusan Ah Weng Koh mencari tempat kerja yang memberi kefleksibelan untuk berkembang, kemudahan penyimpanan serta perkhidmatan dan kemudahan yang sedia digunakan bagi mengurangkan tekanan pentadbiran harian kepada pekerja, bagi membolehkan beliau untuk menumpukan perhatian terhadap kerja beliau. Setelah membandingkan pejabat-pejabat tradisional di Kuala Lumpur dan penyedia-penyedia perkhidmatan tempat kerja fleksibel yang lain, Jackie memilih Arcc Spaces Centrepoint South sebagai ruang kerja baharunya lantaran lokasi, suasana dan pengalaman khidmat pelanggannya.

Arcc Spaces membuka pusat pertamanya di Kuala Lumpur pada tahun 2007 dan kini mempunyai tiga buah pusat di kawasan daerah pusat perniagaan Mid Valley and Bukit Bintang, bagi menawarkan kepada syarikat, usahawan dan ahli profesional kerja yang lain dengan penyelesaian ruang kerja yang fleksibel, suit peribadi, meja panas (hot desk), bilik mesyuarat dan ruang acara berkemudahan lengkap

sepenuhnya dengan bayaran mengikut jam serta penyelesaian pejabat maya. Dengan pengalaman selama lebih 15 tahun dalam pasaran ini, Arcc Spaces memahami keperluan dan kehendak perniagaan untuk syarikat pemula, PKS dan MNC di bandar ini dan menawarkan pelbagai penyelesaian individu serta perusahaan bagi membantu ahli-ahlinya mencapai pertumbuhan perniagaan mereka. Melaksanakan pendekatan berpandukan hospitaliti serta menawarkan penyelesaian tempat kerja yang dibuat khusus untuk ahli-ahli berdasarkan lokasi pusat dan profil ahli, Arcc Spaces Centrepoint South terletak secara strategik antara Pusat Bandar dan Petaling Jaya di Mid Valley City yang sibuk, tumpuan kepada pelbagai jenis gaya hidup dan tawaran F&B. Ruang pejabat ini terletak di emper bangunan dengan pemandangan seluruh bandar yang menakjubkan. Ia direka untuk menggalakkan kecekapan aliran kerja dengan pejabat persendirian, bilik mesyuarat dan bilik berasingan yang dihubungkan melalui sistem rangkaian infrastruktur IT bergred-industri yang selamat dan andal.

Jackie Kam, Pengarah Urusan Ah Weng Koh berkata, "Industri makanan dan minuman (F&B) amat berdaya saing di Malaysia. Bagi membezakan kami dengan pesaing kami, kami mengutamakan reputasi jenama, pengekalan kakitangan dan khidmat pelanggan bagi memenangi kesetiaan dan minat pelanggan kami. Setiap satu daripada nilai-nilai ini adalah sangat penting buat kami dan bertujuan agar selari dengan rakan kongsi yang berkongsi keutamaan yang serupa seperti kami, kami teruja kerana dapat mewujudkannya bersama Arcc Spaces. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, krisis COVID-19 yang masih berterusan memberi kesan bukan sahaja kepada perniagaan kami tetapi juga cara hidup kami dan pekerja kami gementar apabila melakukan perjalanan keluar dan masuk ke bandar ini untuk pergi ke tempat kerja. Namun begitu, hasil daripada bantuan Pasukan Pengalaman Pelanggan Arcc Spaces, kebimbangan kami dapat diredakan apabila mengetahui bahawa kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan kami menjadi keutamaan di Centrepoint South. Pasukan ini mengikuti garis panduan yang dinasihatkan oleh kerajaan dan pusat ini dibersihkan setiap jam, pemeriksaan suhu dibuat semasa tiba serta langkah-langkah penjarakan sosial dikenakan bagi membolehkan saya dan pasukan saya memberi tumpuan terhadap tugas kami dalam persekitaran yang selesa dengan yakin."

Varian Saw, Pengurus Besar Arcc Spaces Centrepoint South, berkongsi, "Kami sangat gembira dengan adanya Ah Weng Koh sebagai salah satu ahli terbaharu kami. Ah Weng Koh merupakan jenama F&B yang terkenal dengan produk dan khidmat pelanggan berkualiti tinggi, kami teruja dengan adanya Teh Hainan mereka yang terkenal di kawasan umum kami untuk menarik minat ahli-ahli kami pada waktu pagi dan selepas makan tengah hari. Arcc Spaces menyediakan persekitaran kerja yang selamat untuk ahli-ahli kami dan kami berbangga dengan adanya Ah Weng Koh ditawarkan bagi mengekalkan produktiviti ahli, membolehkan setiap individu menangani tekanan mereka dan merehatkan minda mereka semasa waktu rehat. Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan Ah Weng Koh dan berharap agar dapat membawa produk mereka ke pusat-pusat kami yang lain di Kuala Lumpur dan lebih jauh."

Untuk maklumat lanjut mengenai Arcc Spaces, sila kunjungi: https://www.arccspaces.com/

Untuk maklumat lanjut mengenai Ah Weng Koh, sila kunjungi: http://www.ahwengkoh.com/

Latar Belakang Arcc Spaces

Arcc Spaces ialah jenama ruang kerja bersama dengan 16 lokasi di seluruh Asia yang bekerjasama dengan syarikat-syarikat korporat untuk mentransformasikan cara mereka bekerja dan memacu inovasi melalui jaringan ruang berpandukan hospitaliti. Beribu pejabat di Singapura, Arcc Spaces mempunyai lokasi di seluruh Malaysia, Beijing, Shanghai dan Hong Kong. Kami memberi akses kepada himpunan hab perniagaan yang direka indah, ruang istirehat dan makmal yang didasarkan kepada projek-projek mercu tanda merentas bandar-bandar pintu masuk di dunia bagi memperkasa pemimpin-pemimpin hari ini untuk bertemu, bekerjasama, belajar dan mengakses bakat serta peluang. Arcc Spaces merupakan sebahagian daripada Arcc Holdings, syarikat hartanah dan hospitaliti transformatif yang membangunkan dan mengendalikan pelbagai konsep dalam bidang "Bekerja, Hidup dan Bermain". Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.arccspaces.com

Latar Belakang Ah Weng Koh

Ah Weng Koh ialah memori kolektif dan diiktiraf sebagai pelopor jenama Teh Hainan di Malaysia.

Pada tahun 1960-an, mereka bermula sebagai gerai penjaja yang ketika itu dilihat kurang signifikan di Kuala Lumpur. Rasa istimewa Teh Hainan yang berasal daripada Ah Weng Koh menjadi masyhur setelah sekian lama. Selama beberapa dekad, pengguna sentiasa memberi sokongan kepada gerai Ah Weng Koh Hainan Tea sebagai ritual kehidupan mereka bagi menikmati rasa enak teh kami yang melegakan.    

Susulan perubahan era dan zaman, Ah Weng Koh Hainan Tea bukan lagi sekadar secawan minuman yang lazat, tetapi juga rasa yang membangkitkan kenangan indah buat ramai pelanggan setia kami. Hari ini, ia juga menjadi tempat tarikan kepada pelancong di seluruh dunia yang melakukan perjalanan jauh semata-mata untuk menikmati rasa tempatan yang unik ini.

Teh Hainan bukan kopi mahupun teh susu, sebaliknya gabungan antara kedua-duanya. Keunikannya terletak pada resepinya yang begitu seimbang yang menekankan wangian teh, dengan rasa kesan yang hebat. Ah Weng Koh Hainan Tea merupakan adunan antara teh hitam India yang terbaik di Dunia, berserta biji kopi Arabica dan Robusta yang berkualiti. Teh Hainan mempunyai tekstur yang diperkaya namun halus. Dengan satu hirupan, anda akan mula merasakan aroma kopi yang kuat, diikuti dengan rasa teh susu halus yang kuat. Campuran yang sempurna akan meninggalkan anda dengan rasa kesan yang tersendiri, menjanjikan kepuasan yang pasti untuk deria rasa anda.

Produk Ah Weng Koh bukan sahaja boleh didapati dengan mudah di Malaysia, tetapi juga boleh didapati melalui platform-platform e-dagang di Singapura dan Hong Kong. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.ahwengkoh.com

Butiran Perhubungan:
Arcc Spaces
Tel: (65) 6595-6272
Emel: pr@arccspaces.com

Source: Arcc Spaces
Keywords: Beverages Food/Beverages Retail Contracts Corporate Expansion