GUANGZHOU, China, 12 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Di satu pihak, wujud sebuah industri yang terdiri daripada lebih 3.6 juta syarikat-syarikat Amerika yang mencipta peluang pekerjaan kepada lebih 42 juta orang dan menjana jualan tahunan sebanyak US$2.5 trilion.
Di pihak lain pula, sebuah acara dwitahunan untuk 210,000 profesional antarabangsa dari 200 buah negara dan kawasan. Para profesional ini bertemu dan membuat perjanjian dengan 25,000 kilang dan pembekal di China dan menawarkan rangkaian produk yang hebat.
Mereka ialah NRF, Kesatuan Runcit Kebangsaan Amerika, organisasi perdagangan runcit terbesar dunia, dan Pesta Canton, pertunjukan perdagangan paling berprestij di China.
"Saya berbesar hati dan teruja untuk menyertai acara ini. Pesta Canton memainkan peranan penting dalam perhubungan ekonomi dan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat."
Matthew Shay, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif NRF, baru-baru ini membuat satu lagi lawatan ke Pesta Canton. Bertemu dengan Wang Runsheng, Timbalan Pengarah untuk Pesta itu, kehadiran Shay meramalkan perdagangan dua hala antara China dan Amerika Syarikat yang semakin berkembang.
Wang mengakui NRF sebagai persatuan runcit yang terkemuka seluruh dunia memainkan peranan penting dalam menggalakkan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat. Beliau mengusulkan peningkatan hubungan kerjasama antara Pesta Canton dan NRF, membantu lebih ramai peruncit Amerika mendapat faedah daripada acara dwitahunan itu.
Sebagai balasan, Shay berkata beliau datang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pesta itu, dan meramalkan bahawa perdagangan dua hala antara China dan AS akan terus berkembang. Terdapat potensi besar untuk pembangunan lebih maju: Perdagangan Sino-Amerika berjumlah $484.7 bilion tahun lepas, meningkat sebanyak $2.45 bilion pada tahun 1979, dan kedua-dua negara itu kini saling menjadi rakan kongsi perdagangan kedua terbesar untuk negara masing-masing.
"NRF dan Pusat Perdagangan Asing China menjalinkan hubungan kerjasama yang baik," kata Shay lagi. "Ini membenarkan NRF menyampaikan pemahaman runcit AS di Pesta Canton, sambil mempromosikan Pesta Canton di BIG Show, konvensyen tahunan terbesar NRF yang menarik hampir 30,000 orang pengunjung dari seluruh dunia."
Kehadiran pengunjung Amerika di Pesta Canton sentiasa ramai, kebiasaannya menarik 10,000 pengunjung daripada AS. Pesta itu juga menarik kehadiran ramai peruncit-peruncit terbesar dunia: 66 daripada 250 peruncit terbesar di dunia telah hadir pada tahun 2012, termasuk enam yang berada di kedudukan 10 terbesar.
Penganjur Pesta Canton kini tidak sabar-sabar lagi mahu mengalu-alukan semua pengunjung untuk menghadiri acara itu yang ke-114 kali diadakan, yang bakal dirasmikan pada 15 Oktober tahun ini.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati:http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp