omniture

Kumpulan Oberoi Mengumumkan Pembukaan The Oberoi, Dubai

The Oberoi Group
2013-06-12 23:27 144

DUBAI, UAE, 12 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Tahap terbaik dalam perkhidmatan dan kemewahan kontemporari di tengah-tengah Dubai

Kumpulan Oberoi hari ini mengumumkan pembukaan The Oberoi, Dubai. The Oberoi, Dubai bakal menjadi hartanah pertama kumpulan itu di Emiriah Arab Bersatu. Terletak di Pusat Oberoi, The Oberoi adalah sebuah hotel mewah kontemporari yang menjelmakan ketinggian, cahaya dan ruang. Hotel itu menghadap Burf Khalifa yang ikonik dan setiap satu daripada 252 buah bilik dan suitenya mempunyai tingkap daripada siling ke lantai yang memberikan pemandangan mengagumkan latar langit bandar itu. Hotel itu terletak di sebuah lokasi pusat dan hanya beberapa minit perjalanan dengan kereta dari pusat bandar Dubai dan Dubai Mall.

     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130611/619023-a )
     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130611/619023-b )
     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130611/619023-c )

"Dengan bangganya kami mempersembahkan The Oberoi, Dubai yang menawarkan standard tertinggi untuk kemewahan dan hospitaliti. Pembukaan hotel ini penting bagi kami. Sebilangan Hotel Oberoi telah diiktiraf secara konsisten sebagai antara yang terbaik di dunia. Saya yakin The Oberoi, Dubai akan meneruskan tradisi ini." kata En. P.R.S. Oberoi, Pengerusi Eksekutif The Oberoi Group.

En. Karim Bizid, Pengurus Besar The Oberoi, Dubai menambah, "Dengan pembukaan The Oberoi, Dubai kami menawarkan pengunjung perniagaan dan libur yang bercitarasa, sebuah oasis ketenangan dengan perkhidmatan yang mesra, penyayang dan tersuai khusus. Kami yakin bahawa The Oberoi, Dubai akan menambah nilai ketara kepada sektor hospitaliti di Emiriah Arab Bersatu."

Bagi mematuhi tradisi perintis Kumpulan itu, The Oberoi, Dubai membawa sebuah etos perkhidmatan tanpa kompromi kepada UAE dengan ahli-ahli pasukan penting yang dilatih di Pusat Pembelajaran dan Pembangunan Oberoi. The Oberoi, Dubai akan mempunyai proses pendaftaran masuk di dalam bilik yang lancar, perkhidmatan butler dan rencam Les Clefs d'Or 24 jam.

Tarikan kulinari menarik di The Oberoi, Dubai termasuklah pelbagai pengalaman mengusik deria. UMAI, sebuah restoran Pan Asia kontemporari, NINE7ONE, sebuah restoran yang dibuka sepanjang hari, yang menawarkan yang terbaik daripada kuisin dunia dan ANANTA, sebuah restoran masakan India yang istimewa.

Perkhidmatan terkemuka yang diberi oleh ahli pasukan yang teliti dan mesra akan menjadikan The Oberoi, Dubai pilihan utama untuk pengunjung perniagaan dan libur yang bercitarasa tinggi ke Emiriah Arab Bersatu.

Nota tambahan untuk Editor:

Mengenai The Oberoi Group

The Oberoi Group, yang telah ditubuhkan pada tahun 1934, kini mengendalikan 30 buah hotel lima bintang, sebuah kapal persiaran Sungai Nil dan sebuah kapal bermotor di air balik Kerala di bawah jenama mewah 'Oberoi' dan  'Trident' bertaraf lima bintang dalam beberapa buah negara. Kumpulan itu juga terlibat dalam katering makanan dalam penerbangan, menguruskan restoran lapangan terbang, perkhidmatan pelancongan dan perjalanan, sewaan kereta, pengurusan projek dan sewaan kapal terbang korporat.

http://www.oberoihotels.com | http://www.tridenthotels.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Silki Nanda
Pengarah - Komunikasi Korporat
The Oberoi Group
Telefon: +91-11-2389-0505
Emel: silki.nanda@oberoigroup.com

Khushi Khanna
Wakil Korporat, Weber Shandwick
Telefon: +91-11-2389-0505
Emel: corp.comm@oberoigroup.com

Sumber: The Oberoi Group

Source: The Oberoi Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion New products/services