omniture

Lam Research Menguatkan Rangkaian Pembuatan Global dengan Membuka Kemudahan Pembuatan Terbesarnya di Malaysia

Syarikat tersebut telah melebihi anggaran awal mengenai ukuran kemudahan dan pengambilan pekerja tempatan untuk memenuhi permintaan yang meningkat
Lam Research Corporation
2021-08-04 17:54 76

PENANG, Malaysia, 4 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Lam Research Corporation (Nasdaq: LRCX) hari ini mengumumkan pengembangan kapasiti pembuatan globalnya dengan pembukaan kemudahan terbesar syarikat tersebut di Batu Kawan, Malaysia. Tempat pembuatan baharu ini akan membolehkan Lam untuk bekerjasama rapat dengan pelanggan utama dan rakan rantaian bekalan di rantau ini, sambil memperkukuhkan daya tahan rangkaian pembuatan syarikat dan menyokong pertumbuhan dalam peningkatan permintaan untuk teknologi semikonduktor.

"Pembukaan kemudahan terbaharu kami di Pulau Pinang merupakan langkah kritikal yang telah diambil untuk memenuhi permintaan teknologi canggih kami yang semakin meningkat, mengembangkan jejak global kami untuk melayani pelanggan kami dengan lebih baik dan memposisikan syarikat kami agar terdapat pertumbuhan berterusan," kata Tim Archer, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lam Research Corporation, yang berada di lokasi untuk pembukaan kemudahan baharu. "Saya ingin mengiktiraf usaha luar biasa pekerja dan rakan Lam untuk menyelesaikan projek tepat pada waktunya walaupun sedang menghadapi cabaran pandemik ini."

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang menghadiri majlis maya untuk menandakan pembukaan kemudahan tersebut, menyatakan, "Saya berasa terdorong bahawa lebih banyak syarikat semikonduktor global sedang memperluas operasi mereka ke Pulau Pinang. Ini terbukti bahawa usaha kerajaan untuk menciptakan persekitaran yang lestari, ekosistem perindustrian yang kuat dan infrastruktur yang baik dapat menarik minat para pelabur utama seperti Lam."

Chow tambah bahawa dengan kehadiran Lam, yang pertama di antara pembuat peralatan fabrikasi wafer teratas di dunia yang menubuhkan kemudahan pembuatannya di Malaysia, Pulau Pinang akan dapat meningkatkan rantaian nilai semikonduktor global dengan membuka peluang baharu dalam pembuatan semikonduktor bahagian hadapan. Ini mewujudkan prospek untuk peluang pekerjaan yang bernilai lebih tinggi untuk tenaga kerja tempatan.

"Kami berbangga bahawa Malaysia mampu terus menyesuaikan diri dalam pertumbuhan dan strategi perniagaan syarikat asing yang bereputasi baik. Pelaburan ini adalah bukti tahap daya saing sektor pembuatan luas kita," kata Arham Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), "Walaupun kita sedang menghadapi masa yang amat mencabar dengan pandemik COVID-19, kami akan terus mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra perniagaan. Kerajaan, melalui MIDA, sedang bekerja keras untuk menarik pelaburan berkualiti lebih tinggi di seluruh dunia, terutamanya dalam bidang teknologi dan inovasi, seperti Lam, untuk melonjakkan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi mengikut kerangka Aspirasi Pelaburan Negara (NIA)."

Kemudahan Lam di Batu Kawan, juga dikenali sebagai Lam Research International Sdn Bhd (LRI), pada mulanya dirancang untuk mempunyai kawasan binaan seluas 700,000 kaki persegi namun kini telah dibesarkan kepada seluas 800,000 kaki persegi untuk memenuhi permintaan yang meningkat. Tambahan lagi, syarikat ini telah mengembangkan unjuran pengambilan awal dari 350 hingga ke lebih daripada 600 orang pekerja menjelang akhir tahun untuk menyokong pertumbuhannya.

LRI merupakan lokasi pembuatan keenam dalam rangkaian kilang global Lam, dengan dua lokasi di Amerika Syarikat, dan kemudahan-kemudahan di Austria, Korea dan Taiwan. Lam telah menghantar modul pertamanya dari kemudahan tersebut dan menjangkakan kemudahan itu akan meningkatkan pengeluaran seluruh portfolio produk terkemuka Lam.

Majlis pembukaan maya LRI hari ini telah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin sivil termasuk Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D. McFeeters; dan kemimpinan kanan Lam termasuk naib presiden eksekutif Sokongan Pelanggan Kumpulan Perniagaan dan Operasi Global, Pat Lord; naib presiden korporat pembuatan, Mike Snell dan Pengurus Besar LRI, Soon Kuek.

Mengenai Lam Research Corporation

Lam Research Corporation merupakan pembekal global peralatan dan perkhidmatan fabrikasi wafer yang inovatif kepada industri semikonduktor. Sebagai rakan kongsi yang dipercayai, kolaboratif untuk syarikat semikonduktor terkemuka di dunia, kami menggabungkan kemampuan kejuruteraan sistem yang unggul, kepemimpinan teknologi, dan komitmen yang teguh terhadap kejayaan pelanggan untuk mempercepat inovasi melalui peningkatan prestasi peranti. Hari ini, hampir semua cip termaju dibina dengan teknologi Lam. Lam Research (Nasdaq: LRCX) merupakan sebuah syarikat FORTUNE 500® beribu pejabat di Fremont, California, dan beroperasi di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di www.lamresearch.com. (LRCX-B).

Amaran Mengenai Kenyataan Berpandangan ke Hadapan

Kenyataan yang dibuat dalam siaran akhbar ini yang bukan dari fakta sejarah adalah kenyataan yang berpandangan ke hadapan dan tertakluk kepada peruntukan pelabuhan selamat yang dibuat oleh Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta tahun 1995. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu berkaitan tetapi tidak terhad: masa pembinaan dan permulaan operasi kemudahan baharu; rancangan sumber tempatan Lam serta jumlah perniagaan yang dibuat oleh rancangan tersebut; bilangan dan masa peluang pekerjaan baharu; ukuran atau kepentingan potensi keuntungan untuk operasi Lam, kesinambungan perniagaan, dan kepantasan kepada penyelesaian yang mungkin timbul dari kemudahan baharu; sokongan masa hadapan kerajaan tempatan untuk industri semikonduktor dan kesan terhadap penciptaan pekerjaan tempatan dan peluang dari sokongan tersebut; permintaan global masa hadapan untuk peralatan fabrikasi semikonduktor dan wafer; cabaran bekalan dan bahan semikonduktor pada masa hadapan; dan campuran produk yang akan dihasilkan di kemudahan Lam Malaysia. Kenyataan-kenyataan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa dan tertakluk kepada risiko, ketidakpastian, dan perubahan keadaan, kepentingan, nilai dan kesan, seperti kelewatan pembinaan, keperluan peraturan, dan risiko yang berkaitan dengan pengambilan pekerja. Kenyataan ini selanjutnya adalah berdasarkan jangkaan semasa dan tertakluk kepada risiko, ketidakpastian, dan perubahan keadaan, kepentingan, nilai dan kesan termasuk risiko dan ketidakpastian yang dijelaskan dalam dokumen yang kami failkan atau berikan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk secara khususnya Faktor Risiko yang dijelaskan dalam laporan tahunan kami dalam Borang 10-K untuk tahun fiskal yang berakhir pada 28 Jun 2020 dan Borang 10-Q kami untuk suku yang berakhir pada 28 Mac dan 27 Jun 2021. Ketidakpastian dan perubahan ini boleh mempengaruhi kenyataan yang berpandangan ke hadapan secara material dan menyebabkan hasil sebenar berbeza dari jangkaan dengan cara yang material. Syarikat ini tidak berkewajiban untuk mengemas kini maklumat atau kenyataan yang dibuat dalam siaran ini.

 

Source: Lam Research Corporation
Related Stocks:
NASDAQ:LRCX
Keywords: Computer/Electronics Mining/Metals Semiconductors Corporate Expansion