omniture

Menteri Kabinet Ukraine Akan Membentangkan Program Pembangunan Ekonomi Negara di Persidangan Perniagaan Antarabangsa

ABC: Ukraine & Partners
2013-06-13 02:49 109

KIEV, Ukraine, 13 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Tiga menteri kabinet Ukraine bakal membentangkan perincian mengenai "Program Pengaktifan Negara untuk pembangunan ekonomi Ukraine bagi tahun 2013 - 2014" kepada delegasi "ABC: Ukraine dan Rakan Kongsi" pada hari Khamis.

Pembentangan itu akan dibuat oleh Serhiy Arbuzov (Timbalan Perdana Menteri Pertama Ukraine), Igor Prasolov (Menteri Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan Ukraine) dan Mikhail Korolenko (Menteri Polisi Perindustrian Ukraine).

Serhiy Arbuzov berkata perbincangan program itu di forum yang sebegitu berprestij menunjukkan sebuah, "polisi kerajaan yang kuat, pragmatik dan terbuka yang disasarkan kepada pemodenan ekonomi kebangsaan."

Arbuzov menerangkan bahawa program itu bakal memenuhi tiga objektif utama:

  • Merangsang pertumbuhan ekonomi;
  • Mula memodenkan sektor sebenar ekonomi kebangsaan, meningkatkan penghasilan syer dengan nilai tambah tinggi;
  • Pembangunan prasarana dan pemodenan kemudahan bersama.

Program itu direka untuk meningkatkan daya saing ekonomi Ukraine dan memperbaik persekitaran pelaburan. Ia juga akanmenyokong cabang-cabang penting yang membentuk sumbangan terbesar kepada KDNK, termasuk pengeluaran keluli, pertanian, pemesinan dan penghasilan bahan kimia. Tambahan lagi, ia akan menyediakan jaminan ekonomi untuk perusahaan kecil dan sederhana, terutamanya tekstil, industri pertukangan kayu dan sektor IT.

Menurut Arbuzov, semasa fasa pertama Program itu, sebilangan peralatan kewangan akan dicipta bagi menyediakan pinjaman jangka panjang dan berkos rendah kepada sektor sebenar ekonomi, jika tanpanya, aset-aset penting sesebuah perusahaan tidak boleh dimodenkan.

Tambahan lagi, Arbuzov menekankan bahawa Program itu akan diseimbangkan dengan kemampuan belanjawan sebenar.

"Hanya tugasan dan aktiviti yang boleh disokong dengan sumber kewangan akan kekal dalam versi akhir Program itu. Ini adalah satu jaminan bahawa program yang digunakan itu akan dilaksanakan," ulas Arbuzov.

Menurut Igor Prasolov, Menteri Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan, forum perniagaan itu akan membuka banyak peluang luas untuk dialog lanjutan antara pihak berkuasa dan sektor perniagaan.

"Persidangan ini akan menyumbang kepada hubungan kerjasama yang lebih rapat antara lingkungan perniagaan pelbagai negara dan bakal membantu mencipta persekitaran pelaburan yang bagus di Ukraine. Ia juga akan mempertingkat kedudukan global Ukraine sebagai rakan kongsi perniagaan yang diyakini. Ini akan membantu negara kita merangsang ekonomi kebangsaannya dan memastikan kebajikan rakyat."

Mykhailo Korolenko, Menteri Polisi Perindustrian, menyetujui hujah ini.

Sumber: ABC: Ukraine & Rakan Kongsi

Source: ABC: Ukraine & Partners
Keywords: Banking/Financial Service