HONG KONG, 13 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Ekspo Dewasa Asia (dirujuk sebagai "AAE") & Intimate Lingerie Asia (dirujuk sebagai "iLA") akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong dari 29-31 Ogos 2013. Vertical Expo Services Co. Ltd. (dirujuk sebagai "VE") mengumumkan hari ini bahawa pertunjukan itu telah memenuhi ruang sedia ada dan kini sedang diperluaskan ke sebuah dewan baharu.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130613/HK28915LOGO )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2012/04/12/20120412123408652921-l.jpg )
En. Kenny Lo, Ketua Pegawai Eksekutif "VE" berkata, "Ia sesuatu yang memang menggalakkan apabila kita lihat lebih 65% wajah baharu menyertai acara yang baru julung kali diadakan ini, ramai pengilang Asia dan China tidak sabar-sabar untuk memperluaskan rangkaian jualan mereka ke luar negara. AAE & ILA menyediakan rangkaian produk berkualiti yang luas iaitu barangan novelti dewasa, pakaian dalam seksi, produk BDSM, produk bondej kulit, makanan tambahan dan lain-lain lagi."
Pemain baharu yang menyasarkan pasaran Asia dan China: MiO MiKO: pengeluar coklat Belgium yang boleh menghasilkan set hadiah coklat erotik khusus sebagai hadiah istimewa; Toys-Sakai: salah sebuah pengeluar besar untuk alat masturbasi lelaki di Jepun, menerima pesanan untuk ODM, OEM juga untuk pengurut bergetar, kondom dan losen; Wildone – peruncit yang terkemuka yang mempromosikan produk Jepun, mempunyai kedai-kedai di Jepun, Hong Kong & Guangzhou, Tanah Besar China.
Rakan kongsi dan jenama jangka panjang di pesta itu: Pipedream; JOYDIVISION, BIOglide; Loewie, Njoy, V-Wibe, Lylou, OhMiBod; Odecco; Loveshop; NMC; Hop Shing dan lain-lain lagi.
Acara yang diadakan serentak dengannya iaitu Intimate Lingerie Asia juga menerima sambutan yang memberangsangkan. Terdapat satu pavilion Taiwan yang akan terdiri daripada pengeluar pakaian dalam yang diaturkan oleh Persatuan Pengeluar Hosieri Taiwan seperti Tung Tung Enterprise Co., Ltd., Juihung Textile Co., Ltd, Gold Camlet Co., Ltd. Pengeluar lain: Evol Bodice – mempromosikan pakaian dalam mewah yang anggun tetapi santai; Wai Hing: ejen jualan di Hong Kong untuk jenama seluar dalam dan pakaian renang lelaki "I SWIM".
Persidangan B2B pertama bertajuk "Peluang Baharu" akan diadakan di AAE. Topik-topik: "Pembrokeran Laman Web 101: Bagaimana Menjadikan Laman Web Anda Lebih Bernilai" dan "Pemasaran Berjaya dalam Industri Dewasa" dan banyak lagi.
Cik Mabel Chan daripada Shopintimates Singapura berkata, "Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menyumberkan pembekal baharu dan kami juga sedang mencari produk yang menarik." Pengimport, pengedar dan pemborong daripada 25 buah negara sudah mendaftar untuk mengunjungi ekspo itu. Bagi menggalakkan penyertaan, pra-pendaftaran percuma untuk profesional perdagangan dibuka sekarang.
Untuk maklumat lanjut
Sila hubungi:
Cik Arosia Tong
Tel: +852-2528-0015
E-mel: info@asiaadultexpo.com, info@ilingerieasia.com
Laman web pesta: www.asiaADULTexpo.com, www.iLingerieAsia.com