omniture

Laiye Dinamakan Sebagai Vendor Khusus dalam Magic Quadrant untuk Automasi Proses Robotik 2021 Gartner

Laiye
2021-08-05 15:23 270

BEIJING, 5 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pada 26 Julai, Gartner mengeluarkan laporan tahunannya "Magic Quadrant untuk Automasi Proses Robotik 2021" ("2021 Magic Quadrant for Robotic Process Automation") yang meletakkan Laiye di kedudukan sebagai Penggiat Khusus dan menonjolkan vendor-vendor berpengaruh yang lain termasuk UiPath, Automation Anywhere dan BluePrism.

Keupayaan unik Laiye memberi kelebihan kepada perisiannya sebagai vendor Khusus memandangkan ia dapat mencakupi seluruh automasi proses, pemprosesan dokumen, komunikasi dan kolaborasi. Ini mendayakan Ketahanan Adaptif dalam organisasi-organisasi agar dapat mengawal operasi mereka dan mempunyai kefleksibelan untuk beradaptasi dengan persekitaran perniagaan yang berubah-ubah. Ketangkasan dan "ciri kalis masa depan" ini juga diperkasakan melalui AI Natif yang disepadukan sepenuhnya dan memanfaatkan Robot Sembang (Chatbot) dengan AI Perbualan bagi memahami tujuan dan memperhebatkan komunikasi; RPA untuk mengautomasikan fungsi sistem melalui bot berdasarkan peraturan yang boleh diramal; dan IDP untuk menginges, mengesahkan dan memahami dokumen yang tidak berstruktur secara meluas.

Jejak global Laiye mencakupi Asia, Amerika dan Eropah bersama-sama rakan kongsi seperti Microsoft, Deloitte, KPMG dan Digital China. Dengan pengembangannya, Laiye komited untuk memenuhi jangkaan dan keperluan teknologi unik yang tersebar luas di wilayah tempatan demi memastikan penyelesaiannya relevan untuk pasaran sasarannya.

RPA ialah segmen perisian yang berkembang paling pantas di dunia, menurut Gartner dan juga merupakan salah satu penyelesaian automasi yang paling popular untuk meningkatkan kecekapan operasi. "Magic Quadrant" ialah laporan Gartner yang dikeluarkan setiap tahun susulan kemuncak penyelidikan untuk mengiktiraf dan menempatkan kedudukan vendor teknologi. Tahun 2021 merupakan tahun ketiga berturut-turut untuk Laporan Magic Quadrant RPA. Tahun ini, laporan tersebut merangkumkan dan menilai 18 vendor RPA global utama bagi menyediakan rujukan pilihan untuk perusahaan dalam transformasi digital dan automasi pintar.

Dalam laporan tersebut, inovasi, tinjauan pasaran serta ekosistem rakan kongsi dan pembangun Laiye menurut Gartner, "dapat mengubah pasaran RPA Asia Pasifik yang berkembang pesat dengan mudah."

Menurut laporan Gartner Magic Quadrant untuk Automasi Proses Robotik 2021:

1.Inovasi: Tidak seperti pesaing yang menambah keupayaan pelengkap melalui integrasi pihak ketiga, "Platform Laiye termasuk RPA, IDP, AI perbualan, perlombongan proses dan keupayaan lain memfokuskan automasi hujung-ke-hujung."

2.Pemahaman Pasaran: "Ciri-ciri platform Laiye disasarkan kepada keperluan pelanggan terutamanya di Asia/Pasifik dan pelan tindakannya memperlihatkan hala tuju pasaran RPA di Asia/Pasifik termasuk pengaturan natif-awan, visi komputer yang dipertingkat, keupayaan IDP dan pasaran bot."

3.Ekosistem Rakan Kongsi dan Pembangun: "Strategi pertumbuhan dan pengembangan Laiye bergantung pada populasi pembangunnya yang besar. Laiye memiliki lebih daripada 500 rakan kongsi dan mempunyai lebih daripada 400,000 pembangun komuniti dan memperluas latihan dan kehadirannya di pelbagai universiti."

"Laiye berbangga dengan platform RPA dan inovasi AI natif kami kerana kami memfokuskan untuk mendorong ekosistem rakan kongsi dan pembangun yang mantap. Kami menghargai pengiktirafan daripada Gartner ini dan juga sokongan daripada komuniti global kami. Ini mengukuhkan keazaman kami untuk memperluaskan lagi liputan kami di peringkat antarabangsa dan menunjukkan nilai hebat yang dapat dibawakan oleh RPA+AI kepada dunia," kata Guanchun Wang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Laiye.

Ketika ini, Laiye telah membantu pelanggan perusahaan dalam industri-industri seperti insurans, komunikasi, kuasa elektrik, kewangan, peruncitan dan utiliti awam seperti bandar pintar, perkhidmatan kerajaan, rawatan kesihatan dan institut pengajian tinggi. Ia telah meraih pencapaian yang sangat hebat dalam pelbagai senario perniagaan dan membangunkan penyelesaian automasi hujung-ke-hujung dengan lebih 1000 keadaan penggunaan pra-bina yang tersedia dalam pustaka yang sentiasa berkembang. Sementara itu, Laiye semakin melangkah maju untuk membina platform automasi pintar bersepadu yang bertaraf dunia dan telah menubuhkan pasukan di Asia Tenggara, Amerika, UK dan Eropah untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakan kongsi tempatan dan pelanggan dengan penyelesaian yang inovatif.

Source: Laiye
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation