omniture

Amalan Pengurangan Karbon Luar Biasa Yili Ditampilkan sebagai Kajian Kes dalam Sektor Makanan & Pertanian dalam Kertas Putih Terkini UN Global Compact

Yili Group
2021-08-05 15:56 285

BEIJING, 5 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pada 27 Julai, United Nations Global Compact dengan rasminya telah melancarkan kertas putih terkininya Corporate Net Zero Pathway bagi memulakan rancangan untuk korporat mencapai sifar bersih. Antara amalan-amalan terbaik yang terpilih daripada penggiat korporat utama, amalan pengurusan pengurangan karbon luar biasa Yili telah disampaikan sebagai kajian kes dalam sektor makanan dan pertanian.

Pelancaran kertas putih UN Global Compact Corporate Net Zero Pathway
Pelancaran kertas putih UN Global Compact Corporate Net Zero Pathway

Pengurusan pengurangan karbon sepanjang kitar hayat

Pan Gang, Pengerusi Yili Group, mencadangkan konsep "kepimpinan hijau" seawal tahun 2007. Sejak itu, Yili telah menyepadukan kelestarian ke dalam strategi korporatnya dan menubuhkan "sistem sasaran tiga peringkat"nya untuk perlindungan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tindakan utama telah disampaikan di sepanjang kitar hayat untuk mengurangkan pelepasan karbon, yang merangkumi pembangunan padang ragut dan kilang, pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan. Sebagai contoh, Yili telah berusaha untuk membina sistem pertanian yang lebih bersepadu yang mendayakan formula padang ragut karbon rendah dan seterusnya mengitar semula najis binatang sebagai baja. Menjelang 2030, anggaran pelepasan karbon Yili untuk setan produk tenusu dijangka akan menurun sebanyak 40% dengan 2012 sebagai tahun asas.

Pengurangan pelepasan setara karbon dioksida (CO2e) dalam tempoh 11 tahun lalu bersamaan dengan 10.7 bilion kilowatt-jam tenaga elektrik

Yili memulakan pengauditan pelepasan karbon komprehensifnya dalam tahun 2010, peneraju dalam sektor tenusu China. Sejak itu, satu pasukan yang berdedikasi telah dibentuk untuk menjalankan pengauditan pelepasan karbon untuk setiap tahun. Yili mengikuti garis panduan IPCC dan menyeragamkan proses pengauditannya. Satu sistem yang holistik telah dibentuk untuk mengumpul dan memantau penggunaan air, tenaga elektrik, gasolin dan diesel, dan wap, serta pelepasan kumbahan, antara lain. Dengan usaha selama lebih sedekad, Yili telah mengurangkan sebanyak 6.51 juta tan pelepasan CO2e, yang bersamaan dengan 10.7 bilion kilowatt-jam tenaga elektrik.

Inovasi dalam produk rendah karbon

Dalam tahun 2021, Yili melancarkan Projek Keneutralan Karbon rasminya dan telah menjalankan pengauditan pelepasan karbon di setiap barisan produk, yang termasuk susu cair, aiskrim, serbuk susu, yogurt, dan lain-lain. Antaranya, Susu Organik Satine adalah satu contoh yang baik untuk usaha pengurangan karbon Yili. Dalam tahun 2020, Satine menggunakan bahan pembungkusan yang diperakui oleh FSC untuk 4.9 bilion pek produknya, disumberkan daripada sejumlah 185,500 mu hutan lestari yang diuruskan secara bertanggungjawab. Pada Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini, Satine telah menonjolkan buat pertama kalinya penutup berasaskan tumbuhan yang inovatif diperbuat daripada tebu, sumber yang boleh dikitar semula dan boleh diperbaharui, yang mengurangkan jejak karbon dengan berkesan dan merupakan yang pertama seumpamanya di China. 

Berucap di Forum Keamanan Paris 2020, Setiausaha Agong PBB Guterres menekankan bahawa, "Setiap negara, bandaraya, institusi kewangan dan syarikat patut menerapkan rancangan untuk beralih ke pelepasan sifar bersih menjelang 2050." Sebagai penggiat terkemuka dalam industri makanan, Yili akan berusaha ke arah masa depan karbon rendah dan lestari sebagai salah satu perintis, dengan visi untuk memenuhi impian "World Integrally Sharing Health"nya.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Food/Beverages