omniture

Kertas Putih Pusat Data Semua-Kilat Baharu Dikeluarkan untuk Takrifkan Semula Pusat Data Semua-Kilat

Huawei
2021-08-05 16:12 162

SHENZHEN, China, 5 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Satu kertas putih International Data Corporation (IDC) Melangkah Ke Arah Era Pusat Data Semua-Kilat untuk Mempercepatkan Transformasi Digital, ditaja oleh Huawei, telahpun diumumkan untuk melancarkan Pusat Data Semua-Kilat yang merupakan yang pertama dalam industri untuk menerangkan mengenai pusat data semua-kilat secara sistematik dari segi penyimpanan, pengkomputeran dan rangkaian. Ia berperanan sebagai rujukan dan panduan penting bagi pembinaan pusat data untuk perusahaan yang ingin mengalami transformasi secara digital yang bertujuan untuk menggalakkan pembinaan dan pembangunan pusat data semua-kilat berorientasikan masa depan dalam semua industri.

Transformasi dan inovasi pusat data merupakan trend yang pasti berlaku apabila kita melangkah ke era pintar. Susulan penaiktarafan seni bina IT perusahaan, semakin banyak organisasi melabur dalam teknologi inovatif yang meliputi inovasi data, ketangkasan masa sebenar, kecekapan tenaga, keandalan dan pengurusan pintar. Aspek-aspek ini menunjukkan trend baharu untuk pusat data mampan yang berorientasikan masa depan.

Kertas putih ini menakrifkan semula konsep pusat data semua-kilat sebagai pusat data yang menerima pakai SSD untuk sekurang-kurangnya 90% daripada kapasiti penyimpanannya (mencakupi sistem penyimpanan luar dan penyimpanan pelayan terbina dalam) dan dalam masa yang sama menyediakan ketumpatan dan keandalan tinggi, kependaman rendah dan kecekapan tenaga. Pusat data semua-kilat ini akan memainkan sedikit peranan dalam menggalakkan perniagaan dan aplikasi berasaskan digital dan membantu perusahaan memaksimumkan nilai inovasi data.

Di samping itu, kertas putih ini menjelaskan mengenai definisi dan kedudukan pusat data semua-kilat berdasarkan amalan terbaik global dalam industri kewangan, pembawa, rawatan kesihatan dan sebagainya.

  • Sistem semua-kilat tidak lagi terhad kepada aplikasi dan beban kerja tertentu dan kini dapat dilancarkan untuk memenuhi beban kerja yang kritikal dan bernilai tambah dalam pelbagai persekitaran.
  • Dasar nasional dan antarabangsa berhubung penjimatan tenaga mesra alam telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam pengeluaran dan operasi perusahaan. Pusat data semua-kilat merupakan pilihan yang pintar dan langkah yang seterusnya dalam pembangunan mampan.
  • Rangkaian pusat data berkembang ke arah rangkaian semua-IP. NVMe ke atas Fabrik diunjurkan menjadi pemangkin untuk inovasi seni bina penghantaran bagi mencapai prestasi yang lebih tinggi dan memudahkan pengurusan O&M, terutamanya dalam seni bina terpisah pengkomputeran dan penyimpanan.
  • Transformasi digital membawa cabaran yang baharu kepada perusahaan termasuk cabaran yang dibawa oleh data masa sebenar. Infrastruktur dipacu-memori kini menjadi pilihan biasa kerana ia menyediakan kependaman yang optimum untuk beban kerja dan menggunakan teknologi canggih seperti AI, pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam. Infrastruktur sedemikian menyediakan keserempakan data yang tinggi pada kependaman rendah yang sangat sesuai untuk pengembangan beban kerja.
  • Menuju ke hadapan, infrastruktur digital akan berkembang untuk menjadi infrastruktur merata dan meliputi seluruh kitaran hayat data. Pusat data semua-kilat akan melaksanakan penggunaan silang-domain dalam seluruh kitaran hayat data, menawarkan O&M pintar yang dapat mengurangkan kos dan kerumitan pengurusan pusat data, sekali gus menyampaikan prestasi dan keandalan unit yang lebih tinggi berbanding model alternatif.

Pusat data semua-kilat menggunakan penyimpanan berkualiti tinggi siri-penuh untuk menawarkan kilat semua-senario dan perlindungan semua-senario kepada anda. Ia sesuai untuk mereka yang ingin memenuhi keperluan pembangunan digital mereka dan inovasi saintifik serta teknologi. Di samping itu, dilengkapi dengan rangkaian pusat data semua-IP dan O&M pintar, pusat data semua-kilat mengurangkan jejak pusat data dan penggunaan tenaga, lalu membantu anda menurunkan kos tenaga anda dan mencipta lebih nilai. Ketahui lebih lanjut mengenai Penyelesaian Pusat Data Semua-Kilat OceanStor Huawei.

Untuk memuat turun kertas putih tersebut, sila kunjungi https://e.huawei.com/en/products/storage/form/2021/idc-white-paper?ic_medium=hwdc&ic_source=ebg_EEBGHQ197501L&source=news&ic_content=all-flash%20data%20center_IDC%20white%20paper

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research