HAIKOU, China, 5 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pada 2 Ogos, musim kedua siri dokumentari pendek Discovering Mysteries, yang memberi penjelasan yang jelas mengenai geografi ekologi dan budaya pulau Hainan paling selatan China, dilancarkan secara rasmi. Musim baharu ini meneroka hutan bakau, tanah lembap dan hutan hujan tropika di sekitar pulau tersebut selain melihat dengan lebih dekat spesies-spesies misteri dan jarang ditemui yang hidup di sana.
https://www.youtube.com/watch?v=5cAKEZ6OVFc
Klik di video untuk menonton episod pertama, dibintangi oleh Ketam Askar yang comel!
Episod pertama dalam musim baharu yang bertajuk "Mudflat Crab Army", membawa penonton ke dunia Ketam Askar yang mempesonakan yang hidup di dataran lumpur di hutan bakau Danzhou, terletak di bahagian barat laut pulau tersebut.
Burung Rapang Mongolia menangkap Ketam Askar di dataran lumpur di Teluk Danzhou, Pulau Hainan, China. (Tangkap layar video)
Dalam musim pertama Discovering Mysteries yang ditayangkan pada bulan Mei 2020, krew filem meneroka jauh ke dalam hutan Yinggeling, Wuzhishan dan banyak lokasi lain untuk membuat penggambaran mengenai serangga yang muncul daripada fasa lava dan terbang dari permukaan air, Kerengga membina sarang, Burung Cegar Besar membesarkan anak-anaknya, Cicak Gurun sedang makan lipas, serangga daun yang hampir tidak dapat dibezakan daripada daun sebenar dan banyak lagi pemandangan yang menarik.
Musim kedua mengandungi 24 episod, setiap episod ditayangkan sekitar 4 minit dan akan memfokuskan haiwan-haiwan kecil yang hidup di hutan bakau, tanah lembap, Baihualing dan hutan hujan Wuzhishan serta kawasan simpanan semula jadi Jiaxi dan Exianling. Nantikan untuk menonton episod-episod akan datang di laman sesawang rasmi Hainan International Media Center (www.hicn.cn) atau saluran Youtube (www.youtube.com/channel/UCXaxF-wOJlaxPLjQK5W4uKA).
Siri dokumentari pendek Discovering Mysteries menonjolkan keindahan dan kekayaan persekitaran semula jadi Hainan yang hebat, memfokuskan alam semula jadi, perlindungan ekologi dan penyelidikan saintifik serta memberikan kepada penonton gambaran di dalam ekologi semula jadi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang berasal dari pulau tersebut dan pencapaian zon perintis budaya ekologi nasional.