omniture

Lebih 3,000 unit HFNC diserahkan ke Poland dan Peru, Micomme Medical bantu dunia perangi pandemik COVID-19

Micomme
2021-08-05 22:32 193

CHANGSHA, China, 5 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Micomme telah bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi Poland dan Peru untuk menyelesaikan pembelian terpusat kerajaan masing-masing sebanyak 1,600 dan 1,500 unit HFNC. Kedua-dua pembelian merupakan simpanan bahan strategik kerajaan tempatan. Pandemik global masih berterusan dan keselamatan nyawa penduduk menjadi keutamaan tertinggi yang diperjuangkan oleh kerajaan. Projek-projek tersebut turut menunjukkan pandangan jauh dan kesungguhan kerajaan tempatan. Kedua-dua pembelian diserahkan pada Jun 2021.

Sebagai syarikat terapi pernafasan bukan invasif yang terkemuka di China, Micomme Medical melancarkan Peranti Terapi Oksigen Kanula Nasal Aliran Tinggi transnasal mereka yang pertama (selanjutnya dirujuk sebagai HFNC) OH-70C pada tahun 2017. Pada peringkat permulaan penularan pandemik, Micomme Medical bertindak balas cepat semasa Festival Musim Bunga Cina tradisional. Kesemua pekerja kembali bekerja setelah bercuti, barisan pengeluaran diaktifkan sepenuhnya dan lebih daripada 5,000 unit HFNC dihantar di Wuhan dengan segera. Pada tahun 2020, Micomme mencapai lebih daripada 10,000 pemasangan HFNC di seluruh dunia (tidak termasuk China) dan telah membantu negara-negara di seluruh dunia memerangi COVID-19 dengan kapasiti pengeluaran mencecah 500 unit sehari.

Peranti Terapi Oksigen Kanula Nasal Aliran Tinggi transnasal merupakan mesin yang disyorkan oleh WHO dan garis panduan antarabangsa yang berkaitan untuk rawatan terhadap pesakit yang menghidap COVID-19. Ia bertujuan untuk meningkatkan ketepuan oksigen (SpO2) pesakit dengan cepat dan mengurangkan simptom hipoksia dalam pesakit dengan menyediakan gas campuran udara-oksigen aliran tinggi kepada pesakit dengan suhu, kelembapan tetap dan kepekatan oksigen yang berterusan. Sebagai salah satu pengeluar HFNC pertama di China, Micomme telah meraih pengiktirafan daripada pasaran menerusi kualiti produknya yang cemerlang dan prestasi produk yang luar biasa. Dalam perjuangan memerangi COVID-19, Micomme memenuhi komitmen sebagai syarikat yang terkemuka.

Untuk butiran lanjut, sila hubungi: market.intl@micomme.com

Rujukan:

www.who.int/publications/i/item/clinical-care-of-severe-acute-respiratory-infections-tool-kit 
www.who.int/publications/i/item/technical-specifications-for-invasive-and-non-invasive-ventilaotrs-for-covid-19

Source: Micomme
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Contracts