omniture

Subsidiari Thai Yili Menang Pengiktirafan daripada Kerajaan Thai atas Amalan Pengurusan Tenaga Kerja dan Kebajikan Cemerlang

Yili Group
2021-08-06 16:06 82

BANGKOK, 6 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Yili Group, pengeluar produk tenusu yang terkemuka di Asia, komited untuk memperluas jaringannya dalam pasaran Asia Tenggara dan menyediakan pekerjaan bagi membantu menyerlahkan potensi wilayah tempatan. Pada Julai 2021, Chomthana, subsidiari Thai Yili dan pengeluar ais krim yang terbesar di Thailand, menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Tenaga Kerja dan Kebajikan 2021 daripada Jabatan Perlindungan Tenaga Kerja dan Kebajikan Kementerian Tenaga Kerja Thailand. Anugerah tersebut memperlihatkan pengiktirafan tinggi oleh kerajaan Thai atas dedikasi Yili untuk mewujudkan tempat kerja yang cemerlang dan memperkasa industri tempatan.

Subsidiari Thai Yili Menang Pengiktirafan daripada Kerajaan Thai atas Amalan Pengurusan Tenaga Kerja dan Kebajikan Cemerlang
Subsidiari Thai Yili Menang Pengiktirafan daripada Kerajaan Thai atas Amalan Pengurusan Tenaga Kerja dan Kebajikan Cemerlang

Anugerah berkenaan dianggap sebagai penghormatan tertinggi oleh Thailand kepada perusahaan yang berdedikasi untuk menambah baik tempat kerja dan meningkatkan kebajikan pekerja serta membina hubungan tenaga kerja yang mesra secara aktif bersama-sama kesatuan sekerja dan jawatankuasa kebajikan. Chomthana memenangi anugerah tersebut semasa percubaan pertamanya dan ia merupakan anugerah peringkat kebangsaan yang kedua untuk Chomthana susulan Anugerah Kualiti Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) daripada Kementerian Kesihatan Awam Thailand.

Dalam tempoh dua tahun yang lalu, Chomthana berupaya mewujudkan tempat kerja yang lebih baik melalui pelaburan yang banyak dalam pendanaan, peralatan dan juga sumber manusia. Bagi menjamin persekitaran kerja yang menggalakkan untuk semua pekerja, Chomthana melabur sebanyak lebih 200 juta baht secara berturut-turut untuk menilai dan meningkatkan sistem bekalan kuasanya, sistem kawalan kebakaran serta sistem bekalan air. Bagi tempat kerja yang lebih mesra alam, Chomthana berupaya untuk membina kemudahan rawatan kumbahan serba baharu dan menjalankan operasinya meskipun dengan cabaran yang dibawa oleh pandemik Covid-19. Dalam masa yang sama, Chomthana mengubah suai kantin dan ruang istirehatnya serta menaik taraf perkhidmatan bas ulang aliknya.

"Dalam dua tahun yang lalu, kilang ini telah diubah suai dan diberi wajah baharu. Hidangan makanan di sini enak dan semua orang berasa sangat gembira di tempat kerja," kata Penyelia Pengeluaran Pranom Thongson. Apabila membincangkan mengenai prospek untuk syarikat, Pengurus Pemasaran Runtiwa Plamplamot berkata, "Chomthana akan terus memperkenalkan produk yang lebih inovatif, memperluas saluran pasaran dan terus membangun untuk menjadi jenama yang dipercayai dan dipilih oleh pengguna."

Pekerja Chomthana turut menikmati pelbagai peluang bagi tujuan pembangunan kerjaya. Mereka digalakkan untuk mengikuti kursus latihan bagi meningkatkan kemahiran profesional mereka dan meningkatkan kesedaran tentang pelaksanaan tugas dengan mematuhi undang-undang dan peraturan. Aktiviti-aktiviti pembinaan pasukan juga menjadi popular untuk pekerja bagi mendapat kawan-kawan baharu dan memperkayakan kehidupan sosial mereka. Yili juga bekerjasama dengan kesatuan sekerja untuk memperkenalkan mekanisme profesional bagi penilaian prestasi kakitangan.

Usaha Yili dalam tadbir urus korporat telah diterjemahkan kepada trend yang membawa harapan dalam pelbagai petunjuk prestasi perniagaan. Menurut laporan tahunan 2020 Yili, jualan tahunan syarikat di Thailand meningkat sebanyak 68% berbanding tahun sebelumnya (YoY). Ketika Thailand terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, Chomthana mengambil inisiatif untuk menaikkan gaji dan faedah pekerja bagi memastikan kehidupan harian mereka tidak terjejas. Syarikat ini mengambil segala langkah untuk melindungi nyawa dan kesihatan pekerja yang bekerja di Chomthana, dengan hampir 10 juta baht diperuntukkan untuk memerangi pandemik ini. Syarikat ini mengedarkan 450,000 pelitup muka kepada pekerja, membeli 12 tan alkohol bagi tujuan pensterilan dan menyediakan ujian PCR dan vaksinasi sukarela untuk pekerja. Setakat ini, lebih 90% pekerja di Chomthana telah diberi vaksin terhadap Covid-19 dengan kos ditanggung oleh Yili.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Yili telah menggiatkan usaha pengembangan globalnya. Kerjasama global akan terus menjadi keutamaan tertinggi untuk syarikat ini melalui inisiatifnya untuk membina sebuah "ekosistem kesihatan global". Setakat ini, Yili telah menjalin kerjasama global bersama rakan setara di 33 negara merentas lima benua dan syarikat ini juga akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya di dalam dan luar negara demi menawarkan perkhidmatan kepada pengguna global.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Workforce Management/Human Resources