KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Hong Leong Bank ("HLB" atau "Bank") menjemput semua pengubah digital untuk menyertai 'Can You Hack It' Virtual Hackathon ASEAN Edition 2021 ('Bolehkah Anda Menggodamnya' Hackathon Maya Edisi ASEAN 2021) untuk bersama-sama mencipta penyelesaian Inovatif yang berfokuskan kepada ESG. Hackathon maya yang bertemakan 'Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social and Governance "ESG")' ini bertujuan untuk menggalakkan idea dan penyelesaian yang kreatif tentang bagaimana orang ramai di rantau ini mentafsir ESG dan bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan produk, perkhidmatan dan pengalaman perbankan digital.
Terbuka kepada SEMUA dengan kebebasan untuk membentuk pasukan tiga anggota, Bank memperluaskan aplikasi Hackathon maya ini ke pelbagai negara di seluruh ASEAN. Para peserta dikehendaki mengusulkan idea dengan menyelesaikan pernyataan masalah yang disediakan oleh Bank. Kemudian, melaksanakan pengekodan, pengesahan, dan menunjukkan prototaip yang berfungsi kepada panel eksekutif HLB, serta pemain digital dan Teknologi Kewangan (Fintech). Kategori pernyataan masalah yang berfokuskan kepada ESG pada tahun ini merangkumi perbankan komuniti, pelaburan komuniti, pembiayaan iklim positif, perniagaan yang bertanggungjawab secara sosial dan celik kewangan. Pasukan diharapkan dapat menggunakan data besar, kecerdasan buatan ("AI"), blockchain, pembelajaran mesin dan visi mesin untuk menangani pernyataan masalah.
Pasukan yang mengambil bahagian juga akan berpeluang untuk dibimbing oleh eksekutif-eksekutif utama daripada rakan kerja serantau di Vietnam, Kemboja dan Singapura, Google Cloud, Malaysia Digital Economy Corporation ("MDEC"), MaGIC, JomHack Malaysia dan pemenang HLB Launchpad 2021, ERTH, startup yang menawarkan perkhidmatan kitar semula e-sisa.
Shailesh Grover, Ketua Pegawai Inovasi Digital HLB berkata, "Strategi digital-at-the-core kami sejak beberapa tahun lalu telah berjaya memudahkan cara pelanggan berinteraksi dengan kami melalui saluran pilihan mereka dan mendapat pengalaman yang menyenangkan. Sebagai bank komuniti yang menjadikan kelestarian sebagai nilai teras, kami kini ingin mengambil langkah seterusnya untuk mewujudkan produk dan perkhidmatan perbankan dan kewangan yang berkesan yang mampu mencipta nilai mampan untuk pelanggan, komuniti dan planet kami dalam jangka masa panjang."
"Pada masa depan, kami mahu memanfaatkan sepenuhnya teknologi seperti AI, pembelajaran mesin dan analitis data raya akan membolehkan kami menjana dan menganalisa data ESG dengan lebih baik, memperoleh pandangan yang lebih mendalam untuk menilai dan meningkatkan "darjah hijau" kami untuk semua perkara yang berkaitan dengan kewangan. Dengan itu, kami menjemput semua bakat pengubah digital di rantau ini yang ingin mengenalpasti penyelesaian, model dan peluang-peluang perniagaan baharu ESG dalam penciptaan perbankan dan kewangan digital yang lestari," tambah Grover.
Permohonan dibuka sehingga 31 Ogos 2021. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.hlb.com.my/hlbcanyouhackit/.