omniture

Elitecore Membawa Platform Pengurusan Sesi Teras untuk Perkhidmatan CSP Generasi Seterusnya

Elitecore Technologies
2013-06-14 05:54 201

MUMBAI, India dan DUBAI, UAE, 14 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Elitecore Technologies, penyedia global untuk OSS/BSS, mengumumkan EliteCSM. EliteCSM adalah sebuah platform pengurusan sesi teras untuk rangkaian generasi seterusnya dengan produk tersepadu termasuk AAA, Map Gateway, PCRF, Diameter Signalling and Charging Gateway. Platform ini bertindak sebagai satu penyelesaian sehenti untuk meningkatkan hasil daripada perkhidmatan sedia ada dan memuncul tanpa perlu melakukan penggantian besar-besaran setiap kali terdapat inovasi baharu. Maka, ini membantu mereka berubah suai pantas dengan perubahan yang tidak dijangka dalam persekitaran perniagaan.

 (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130226/599701 )

Dengan menggunakan tindanan Diameter dan RADIUS yang sama bagi semua produk, ini membolehkan penyepaduan mudah untuk keterkaitan lancar. EliteCSM mengurangkan kos pembangunan dan garis masa projek secara drastik. Ia juga menyelesaikan isu penyepaduan kompleks dengan unsur rangkaian vendor berbilang seperti vendor GGSN, PGW, HSS, PCRF dan OCS, dan membenarkan operator menggunakan rangkaian mereka semula untuk perkhidmatan masa hadapan dengan pelangganan boleh abai.

Kata Dhaval Vora, Naib Presiden Pengurusan Produk Elitecore, "Dengan rangkaian 3G, 4G yang memuncul dan dinamik rangkaian yang berubah, operator terperangkap dalam sebuah ekosistem tegar di mana ciptaan perkhidmatan baharu dan pembangunan perisian terlalu memakan masa dan mahal untuk direka. Ia juga menyebabkan penangguhan perkhidmatan dan gangguan dalam pengaturan kedudukan vendor berbilang dan rangkaian berbilang kerana setiap vendor mempunyai peta jalan produk atau garis masa pelancaran yang berbeza. Bagi menangani cabaran-cabaran ini, platform EliteCSM kami memberikan pelaburan kalis masa hadapan yang akan membuat operator lebih fleksibel dan cekap dalam mencipta pelan baharu."

 Platform EliteCSM menumpukan terhadap rangkaian akses berbilang seperti rangkaian FTTH, ADSL, 2G, 3G, Wi-Fi, LTE, IMS dan WiMax. Platform ini direka untuk prestasi dan kebolehskalaan ekstrem. Platform ini juga membantu operator menguruskan proses-proses yang semakin rumit yang berkaitan dengan transformasi generasi mendatang dengan menawarkan perkhidmatan ditambah nilai yang memacu pertumbuhan ARPU.

Mengenai Elitecore

Elitecore Technologies adalah sebuah syarikat produk IT yang dilaburkan oleh Kumpulan Carlyle dengan kehadiran merentasi lebih 90 penyedia perkhidmatan dalam lebih daripada 30 buah negara. Penyelesaian BSS bersepadunya terdiri daripada Pengurusan Urusan Bil dan Hasil, pelepasan beban PCRF, AAA, DSC dan Wi-Fi, bagi membantu mengoptimumkan rangkaian operator dengan memindahkan mereka daripada ekosistem bertumpukan produk kepada ekosistem bertumpukan pelanggan. Platform ini memberikan prestasi tinggi dengan mengaplikasikan inovasi bagi memberi skala pada barangan dan perkhidmatan perniagaan CSP lalu menukarkan perkhidmatan LTE, IMS dan MVNO mereka daripada sedia ada kepada versi generasi mendatang. Kemampuan Elitecore dalam menyepadukan komponen teras IT dan mudah alih berbilang vendor mengurangkan masa ke pasaran dan tawaran interaktif yang terkhusus membolehkan pengewangan perkhidmatan generasi mendatang dengan lebih berkesan lalu membolehkan penyedia perkhidmatan bertindak sebagai penyedia pengalaman sambil mengurangkan TCO.

Hubungan Media:
LK Pathak
E: l.k.pathak@elitecore.com
B: +91-9925012059

Sumber: Elitecore Technologies

 

Source: Elitecore Technologies
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services