omniture

Aplikasi Permainan Capai Skor Tinggi di AppGallery semasa Kempen Game Fest Global

AppGallery, Huawei
2021-08-10 16:00 274

SHENZHEN, China, 10 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Menjalin kerjasama dengan 13 pembangun permainan yang paling berpandangan jauh di dunia, Huawei melancarkan kempen Game Fest sulungnya untuk memberi inspirasi kepada pengguna AppGallery untuk meneroka permainan generasi baharu di platform tersebut, Kempen berkenaan berjalan selama enam minggu secara keseluruhan, mencakupi 12 pasaran di peringkat global.

GameFest
GameFest

Selain daripada menjana hampir satu bilion dalam jangkauan PR global untuk rakan kongsi, Game Fest menghasilkan lebih daripada 600 juta impresi digital untuk tajuk dan peningkatan sebanyak 90% dalam purata muat turun harian. Menunjukkan kuasa audiens AppGallery yang luas, keputusan menunjukkan peningkatan dari segi jumlah purata muat turun harian semasa kempen mahupun untuk tempoh 6 minggu pasca-kempen berbanding dengan angka-angka pra-kempen.

  • Asphalt 9 (oleh Gameloft): Di Mexico, Asphalt 9 menyaksikan peningkatan 93% dari segi jumlah muat turun semasa kempen, dengan muat turun harian melonjak 137% pasca-kempen berbanding dengan data pra-kempen.
  • State of Survival (oleh KingsGroup Holdings): Di Perancis, State of Survival menyaksikan peningkatan 383% dari segi jumlah muat turun semasa Game Fest dengan muat turun harian meningkat sebanyak 155% pasca-kempen berbanding dengan angka-angka pra-kempen.
  • Standoff 2 (oleh Axlebolt): Di Itali, Standoff 2 mengalami peningkatan 141% dari segi jumlah muat turun semasa kempen, kekal meningkat 15% pasca-kempen berbanding dengan angka-angka pra-kempen.
  • Summoners War (oleh Com2us): Di Filipina, Summoners War menikmati peningkatan 171% dari segi jumlah muat turun semasa kempen dan peningkatan 9% dari segi muat turun harian pasca-kempen berbanding dengan peringkat pra-kempen.
  • Pascal's Wager (oleh Giant Network): Di Rusia, Pascal's Wager menyaksikan peningkatan 340% dari segi jumlah muat turun semasa kempen dengan peningkatan 92% dari segi muat turun harian pasca-kempen berbanding dengan data pra-kempen.

Pelancaran Game Fest menunjukkan komitmen AppGallery terhadap kejayaan rakan kongsinya dan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai platform yang menawarkan sokongan yang tidak berbelah bahagi dan menyeluruh kepada pembangun. Sokongan ini termasuk menyediakan perkhidmatan pembangunan perniagaan teknikal, dan pemasaran pertumbuhan yang disesuaikan di peringkat tempatan dengan sentuhan tinggi bagi membantu memaksimumkan kejayaan mereka di platform tersebut.

Ilya Fedotov, Ketua Perkongsian Global & Komunikasi Eko-Pembangunan, Huawei CBG, menambah: "AppGallery berusaha untuk menjadi pasaran aplikasi definitif yang menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna dan menyediakan pembangun dengan teknologi inovatif yang diperlukan oleh mereka untuk membayangkan kemungkinan baharu. Terdorong oleh keputusan Game Fest yang sangat positif, kami akan terus bekerjasama dengan pembangun untuk membawa cara yang baharu dan kreatif kepada mereka untuk mempromosikan permainan mereka serta membolehkan pelanggan Huawei mendapat lebih banyak cara untuk bermain berbanding sebelum ini."

Latar Belakang AppGallery - Pasaran Aplikasi Global 3 Utaman

Sebagai pasaran aplikasi global 3 yang utama, AppGallery menawarkan pelbagai jenis Aplikasi global dan tempatan dalam 18 kategori termasuk navigasi & pengangkutan, berita, media sosial dan banyak lagi. AppGallery boleh didapati dalam lebih daripada 170 negara dan wilayah dengan lebih 550 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Huawei bekerjasama dengan 4.5 juta pembangun di seluruh dunia sementara pengedaran aplikasi global daripada AppGallery mencecah 384.4 bilion pada akhir tahun 2020. 

Untuk maklumat lanjut sila muat turun eBuku Game fest: https://appg.al/gamefest_ebook

Source: AppGallery, Huawei
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications